Gaji ak 2 bln xleh lawan pendptn mama sebln. Tp pelik mana pegi duit tu smua hingga adik mgadu mama xmasak dn xde brg dapur

#Foto sekadar hiasan. Ini adalah luahan tentang mak aku. Aku bukan nak aibkan mama tapi kami adik beradik betul–betul dah buntu tak tahu macam mana lagi nak sedarkan mama. Mama dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin.

Dibesarkan oleh sepasang ibu bapa yang sudah tua dan uzur bersama 7 orang adik beradik lelaki.

Setelah berusia 23 tahun, mama membuat keputvsan berkahwin dengan abah, seorang yang membesar tanpa ibu bapa. Namun, abah mampu mencapai apa yang beliau inginkan.

Beliau merupakan seorang juruteknik di sebuah syarik4t cari gali yang menjadi burvan graduan kini dan dikurniakan seramai 8 orang anak,

namun tiga daripada mereka Allah pinjamkan hanya beberapa minggu selepas kelahiran mereka.

Aku, sebagai anak kedua dari lima beradik yang ada meneruskan kehidupan aku seperti biasa selepas kem4tian abah. Abah hanyalah berusia 38 tahun ketika beliau meninggaI.

Sewaktu itu, aku berusia lapan tahun. Aku seolah–olah tidak dapat menerima kenyataan yang abah sudah tiada sehinggalah aku berusia 16 tahun.

Aku tidak tahu perasaan adik–adik yang lain pada waktu itu, mereka semuanya masih kecil dan tidak mengerti erti kem4tian.

Hidup kami tetap diteruskan di kampung mama, terletak di Johor. Sebuah perkampungan kecil yang serba–serbi cukup dengan rezeki yang Allah SWT curahkan kepada penduduknya.

Aku dan adik–adik aku yang lain menyambung pelajaran sekolah rendah kami di sini di bawah jagaan mama.

Alhmadulillah, kami bertiga semua sudah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan berbaki dua orang adik yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada hujung tahun ini.

Aku dan kakak aku sudah masing–masing sudah berkahwin dan kami tinggal di satu negeri yang sama tetapi sudah tidak sedaerah dengan kampung halaman kami.

Hari–hari yang dilalui dengan rasa bersyukur ke atas kurniaan rezeki Allah telah membuatkan hati kami tenang mengenal mama aku yang sem4kin dimamah usianya.

Namun, kami semua ters3ntak pada suatu hari, seingat saya bulan April apabila mama kami telibat dalam kes penipuan penghantaran barang dari luar negara.

Sejak itu, mama sem4kin renggang dengan kami. Telefon pintar yang aku berikan kepada mama pada asalnya adalah untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami

dek kerana pada waktu itu (sebelum berkahwin) kami tinggal berjauhan dari rumah kerana menuntut ilmu.

Namun, alat peranti itu ternyata lebih berkuasa dan mer0bek kebahagian yang kami capai selama ini kerana mama terlalu percaya pada penipu dari luar negara

yang berjanji menghadiahkan sejumlah wang besar, IPhone, MacBook dan barangan kemas.

Tidak tahulah di mana logiknya. Puas kami pujuk mama, tunjukkan segala bukti tentang kes–kes penipuan di atas talian yang menjadikan lelaki dan wanita golongan pertengahan abad sebagai sas4ran mereka.

Pernah kakak aku menunjukkan seorang pengguna facebook yang menyamar menggunakan gambar pensyarah kakak aku sendiri sebagai ‘sc4mmer’!

Tidak pula aku dan suami aku sudah habis menggeledah laman sesawang yang ditunjukkan oleh mama sebagai laman rasmi perbankkan di atas talian yang hanya menggunakan domain percuma sebagai laman rasmi mereka, namun mama masih percaya dengan ‘sc4mmer’.

Dic4mpak pula dengan kata–kata dari mama yang kami hanyalah budak–budak yang tidak faham apa yang orang dewasa lakukan di luar sana.

Tidak perlu aku nyatakan tahap pendidikan kami semua tapi kami bukanlah orang yang buta ilmu sehingga digelar sebegitu oleh mama.

Aku dan kakak aku sendiri sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Tidak tegamak kami menghalang mama sekiranya apa yang mama lakukan itu memberi manfaat kepada mama. Sudah semestinya apa yang mama lakukan itu salah di sisi undang–undang!

Tidak cukup dengan itu, baru–baru ini kakak aku dih4ntui ratusan panggiIan dan mesej dari mak ngah kami yang menyatakan mama berhutang berpuluh–puluh ribu dari mak ngah

untuk diberikan sebagai duit pendahuluan sebelum barangan dari ‘sc4mmer’ itu memasuki ruang ud4ra Malaysia.

Memang ini alasan yang biasa kita dengari bukan? Pelbagai alasan dan jenis cukai yang aneh–aneh aku dengar dari mulut mama,

seolah–olah mama yakin apa yang berlaku sememangnya sebahagian dari biokrasi yang terdapat di dalam Malaysia.

Kami sudah muak memberikan mama nasihat tentang perkara itu. Tapi beliau tetap dengan pendirian beliau.

Adik lelaki aku yang masih belajar di sebuah IPTA di Terengganu mula terkesan dengan tindakan mama.

Bahkan, pelajaran beliau mula terabai dengan segala aktiviti h4ram yang mama jalankan.

Adik aku membuat panggiIan kepada aku setiap hari sambil menangis memikirkan tindak tanduk mama. Aku mulai buntu.

Tiada apa yang aku boleh ungkapkan selain bersabar, memohon kepada Allah. Namun, aku tahu itu tidak cukup baginya.

Menurut kedua adik perempuan aku yang masih duduk di rumah pula, hampir setiap hari ada saja kenalan mama yang datang ke rumah, mengutip hutang. Tidak tahulah alasan apa yang mama berikan kepada mereka semua.

Kami bertiga, (kakak, aku dan adik lelaki) risau keselamatan adik–adik kami di rumah.

Manakan tidak, mama sudah tidak memasak untuk adik–adik aku, jarang duduk di rumah, sering keluar dengan seorang lagi rakan kongsi mama

(orang yang mula–mula memperkenalkan mama dengan ‘sc4mmer’) dan tidak dibeli barang basah dan keperluan makanan untuk adik–adik kami.

Setiap bulan, habis duit pencen peninggaIan arw4h abah aku. Tidak tahu ke mana hasil wang itu. Mama sering mangadu tidak cukup duit.

Kami pening, kalau dikira mama meraih hampir empat ribu lebih sebulan hasil dari pencen, rumah sewa di bandar, dan hasil kebun sawit (mama aku tiada rumah dan kereta yang perlu dibayar).

Gaji yang aku perolehi untuk dua bulan pun, tidak mampu menandingi pendapatan mama. Tapi duit tersebut habis entah ke mana.

Beberapa hari yang lepas, kami menerima berita kehilangan sejumlah wang milik adik bongsu kami di dalam biliknya.

Tapi ini bukan kali pertama! Adik bongsu aku hanya mampu menyuruh mama menggantikan duitnya sekiranya ada rezeki.

Mama hanya diam membisu dan membatu seolah–olah mengiyakan perbuatan mencuri. Sewaktu aku mendapat pinjaman MARA aku juga terkena nasib yang sama.

Habis duit aku diberikan kepada mama untuk tujuan yang tidak jelas. Serba salah menyelubungi kami jika tidak dihulurkan sedikit.

Teringat peng0rbanan mama menghantar kami ke sekolah menaiki motosikal peninggaIan arw4h abah berpanas dan berhujan sehingga kami berjaya hari ini.

Kami cuba ikhtiar bertanya kepada rakan sekerja tentang hal mama, namun masih ada manusia yang tidak berhati perut memperlekehkan mama di hadapan aku.

Kami masih sayangkan mama. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan sekiranya mama terus begini dengan kami.

Tidak tahu kepada siapa harus aku adukan. Suami aku sendiri sudah mula lemas dengan cerita–cerita aku tentang aktiviti mama.

Aku faham apa yang suami aku rasa. Siapa tidak muak jika setiap hari mendengar cerita mama yang sudah puas dinasihati tetapi tidak mahu mendengar? Aku akur dengan suami aku.

Jangan katakan kami tidak usaha untuk sedarkan mama.

Segala bukti, laman sesawang yang memberikan khidmat domain percuma, orang yang menghantar ayat–ayat manis kepada mama sudah kami utarakan ke mama.

Segala betuk teguran (lisan, perbuatan dan WhatsApp) dan berkumpul untuk berbincang cara baik dengan mama sudah kami lakukan.

Namun masih belum ada sinaran buat kami semua. Disalahkan pula kami datang dari keturunan arw4h abah kami, digelarnya kami semua sebagai anak–anak derh4ka.

Kami sudah membuat laporan di Jabatan Perkeso, namun kami masih teragak–agak untuk membuat laporan ke Jabatan lain,

takut–takut mama kami pula dikenakan tindakan undang–undang. Doakan kami kuat dan mama bertaubat.

Semoga mama kami berubah ke arah kebaikan semula seperti dahulu. Kalau ada cadangan yang membina, utarakan kepada kami.

Kalau tidak, jangan dikecam mama kami. Mama tetap mama. Tiada anak yang mampu menahan orang lain memanah kata–kata buruk kepada ibu mereka. – H4mba Allah