Ibu selalu nagis dan ngadu prangai ayah. Lepas tegur per4ngai gatal ayah makin mjadi. Siap makan ubat utk muda

#Foto sekadar hiasan. SEBENARNYA nak cerita malu tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi s4kit jiwa,

sebab kami dah tak tahan lagi dengan per4ngai ayah sem4kin tua m4kin menjadi–jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tau.

Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, sem4kin dinasihati sem4kin dia tunjukkan per4ngai buruknya pada kami.

Bayangkan ayah boleh memadu asmara dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua supaya kami dengar.

Hinggakan saud4ra mara yang mendengar pun geleng kepada. Cerita ayah mabuk bercinta dan berkasih bukan baru,

sejak darjah lima saya dah tahu ayah ada kekasih tetapi keadaannya taklah seteruk sekarang. Dulu saya tahu ayah telefon kekasihnya di public phone.

Ayah bawa satu uncang duit syiling sebab nak cakap lama. Kawan–kawan sekolah selalu beritahu dia nampak ayah bergayut di telefon.

Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali.

Ayah tak beri emak ikut, susah katanya sebab kami bersekolah dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.

Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di public phone, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar.

Bila cuti sekolah ayah balik rumah sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggiIan telefon.

Saya tahu ayah ada ‘sahabat pena’. Bukan itu saja kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada.

Dalam adik beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur per4ngai ayah. Kakak–kakak tak berani, katanya berd0sa cakap kasar dengan ayah tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah tak berd0sa?

Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak per4ngai ayah tak betul saya tegur walau pun saya selalu kena tengking.

Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka per4ngai ayah cakap depan–depan tapi kata emak sabarlah, satu hari nanti ayah berubah.

Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi–jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.

Peliknya, si isteri orang ini, saya namakan dia sebagai Qas, umur dah lebih 40 tahun,

ada anak 3 orang dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah. Konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke?

Tujuan sebenarnya nak g0da ayah. Peliknya suami Qas tak marah sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.

Saya rasa suaminya tak marah sebab dia izinkan isterinya pergi makan angin 3 malam ke Genting siap bergambar dengan ayah.

Takkan dia tak tanya isterinya pergi mana, tinggalkan anak dan dia siap ambil cuti jaga anak–anak di rumah.

Mulanya saya tak tahu per4ngai ayah tapi guru sekolah tempat ayah mengajar beritahu, mereka tak mahu bersubahat.

Untuk kepastian saya intip ayah. Saya selidik siapa Qas dan suaminya. Memang tak boleh nafikan. Akibatnya emak dapat peny4kit jantung.

Saya pernah curi tengok telefon ayah tertinggal ketika dia mandi. Terk3jut beruk bila saya tengok gambar–gambar ghairah Qas tak berbaju berlengkar atas katil dengan ayah.

Saya tau Qas ambil gambar tu, sebab ayah memang tak pandai gunakan telefon canggih. Saya intip pergerakan ayah dan Qas melalui FB Qas.

Dia memang tak tahu malu, dia cerita apa dia buat dan ke mana dia pergi dengan ayah.

Siap tunjuk hadiah–hadiah yang ayah beri berbanding hadiah kekasih lamanya. Dari situ saya dapat tahu suami Qas pun dapat jam, baju dan kasut mahal–mahal dari ayah.

Bukan itu sahaja, perbelanjaan sekolah tiga orang anaknya ketika masuk sekolah setiap tahun ayah yang tanggung. Siapa tak s4kit hati.

Emak selalu menangis, tapi tak berani tanya ayah. Dia selalu cerita per4ngai ayah, bila saya naik angin emak suruh saya sabar, berd0sa Iawan ayah.

Jadi apa sebenarnya emak mahu? Saya beritahu emak, per4ngai ayah sem4kin buruk berpunca dari sikap emak, sebab terlalu takut dan puji ayah setengah m4ti, hinggakan ayah selalu ugvt nak ter4jang emak.

Kerana malu dan fikiran selalu terganggu, dalam peperiksaan SPM 5 tahun lepas teruk ayah pukuI saya sebab saya dapat 5A.

Dia mahu saya dapat 9A! Sebab malu anak guru lain lebih pandai dari saya. Kerana emak pert4hankan saya, emak kena beIasah sama.

Hngga tangan kiri emak patah. Saya tak boleh lupa peristiwa itu hingga kini. Walaupun dapat 5A saya dapat masuk university, saya bukan b0doh sangat, cuma fikiran terganggu.

Emak pulak suka menangis dan mengadu per4ngai buruk ayah, bila saya naik angin, emak suruh sabar. Sapa tak s4kit jiwa?

Per4ngai buruk ayah satu sekolah dah tau, baik guru–guru atau anak murid. Jiran Qas pun tau sebab ayah selalu lepak rumahnya.

Qas selalu duduk di kantin, pernah juga masuk bilik ayah. Lepas sekolah mereka makan bersama di luar bawa sekali anak Qas.

Satu hari ayah pitam kerana peny4kit d4rah tingginya. Qas berlari ambil ubat dalam kereta ayah, beri ayah ubat, urut d4da dan picit kepala ayah.

Guru–guru lain nak hantar ke hospitaI, Qas tak bagi dia suruh bawa dalam bilik ayah.

Lepas tu apa dia buat guru lain tak tahu. Kerana dah tak tahan per4ngai buruk ayah,

ada seorang dua guru telefon kakak dan saya suruh emak datang tapi kami tak beri sebab emak s4kit jantung. Saya pernah lihat kereta ayah di rumah Qas.

Bila mereka keluar saya tanya anak Qas mana emak dan ayahnya. Kata anaknya emaknya keluar, ayahnya pergi kerja.

Saya tanya lagi mereka tahu tak emaknya isteri orang tak boleh berjalan dengan suami orang. Berd0sa. Bila emaknya balik, mereka beritahu ayah saya dan Qas.

Apa lagi, ayah meng4muk sakan tuduh saya campur urusannya. Saya mengaku sebab nak sedarkan ayah tak baik buat skandal dengan isteri orang,

akibatnya teruk saya kena pen4mpar dan penumbvk ayah. Saya bukan budak kecil, dah 22 tahun.

Tetapi kena pukuI sebab cuba nasihatkan ayah. Sejak itu per4ngai ayah bertambah teruk lagi, seolah–olah menc4bar saya dan emak,

apa kami boleh buat kalau dia berasm4ra dengan kekasihnya di telefon. Ayah langsung tak ada perasaan segan silu.

Lebih menyedihkan ayah sudah lupa solat. Jangan kata solat 5 waktu, solat Jumaat pun dia tak buat asyik keluar makan dan shopping dengan Qas.

Saya tahu ayah ada banyak duit, sebab dia tak tanggung lagi makan minum kami, semua emak uruskan.

Jadi duit lebihannya dia belikan telefon canggih, laptop untuk kekasihnya dan anak–anaknya. Peliknya suami Qas tak marah. Ini bukan kali pertama Qas ada skandal dengan suami orang.

Dia cerita keseronokannya dalam FB, dia bangga kerana dapat ayah jauh lebih baik dari kekasih lamanya.

Ayah tak tahu guna telefon canggih tapi Qas suruh belajar. Nak hantar SMS tulisan halus mata ayah dah kabur kerana peny4kitnya.

Tapi ayah tak malu dia guna kanta pembesar untuk taip dan baca mesej. Saya pernah sindir ayah kalau mata dah kabur ingatlah diri dah tua tak payah bermesej lagi, belajarlah pergi ke masjid.

Sekarang ayah makan ubat ‘double stem cell’ supaya nampak muda, kulit cerah, dan lawa.

Ayah tak tahu pasal benda–benda tu tapi Qas suruh ayah makan supaya ayah kekal muda. Dan dia boleh kikis duit ayah lagi.