Sikap tamak mertua tlh makan dirinye sendiri. Dlu ak la menanti h4ntu ak tmpt mertua mengadu kecewa dgn anak kandung sendiri

#Foto sekadar hiasan. Dulu saya sering menangis kerana tidak bernasib baik dapat ibu mertua yang tidak sukakan saya menantunya.

Sejak mula berkahwin, ada saja tentang diri saya yang tidak berkenan di matanya, hinggakan senyuman saya pun dipersoalkan, konon saya menyindir mereka.

Dan kehadiran saya menjadi kebenciannya. Malah mertua saya pernah berpakat dan merancang pelbagai agenda dengan anak–anaknya.

Antaranya, menggalakkan mereka tinggal di rumah saya dan membuat kelakuan yang meny4kitkan hati supaya kami suami isteri berg4duh dan bercerai.

Namun saya bersyukur suami saya, Zahir amat memahami kerenah adik beradiknya.

Dia nasihatkan mereka supaya ubah per4ngai jika mahu terus tinggal di rumah kami jika tidak mereka boleh angkat kaki, kerana mereka telah bekerja dan pergiIah cari rumah sendiri, cubalah merasa hidup berdikari.

Pada mulanya memang mertua masuk campur tuduh saya control Zahir hingga tak boleh kira sepuluh.

Saya dituduh berlagak dan sombong tak sukakan ipar yang datang menumpang di rumah kami. Tapi Zahir nasihatkan ibunya supaya jangan masuk campur urusan kami.

Katanya tujuannya baik supaya adik–adiknya hidup selamat dunia akhir4t.

Kata Zahir, dia tak suka rumah kami jadi macam hotel, selalu balik rumah tengah malam dan bunyi motor kawan–kawan mereka yang datang menggangu jiran tetangga.

Jadi sebelum jiran bersuara kita mesti bertindak segera. Sebenarnya mertua saya marahkan saya dan dituduh control Zahir hingga Zahir tidak mengikut katanya.

Mertua saya mahu anak lelakinya mesti beri gajinya lebih banyak kepada ibu sendiri daripada isteri.

Kerana itu tanggungjawab setiap anak lelaki. Dan dia larang Zahir beli rumah dan perabot kerana akhirnya rumah itu akan jadi milik saya isterinya.

Pada awalnya untuk mendapat apa yang dihajati, mertua saya akan meminta duit dari Zahir sebulan dua tiga kali.

Dengan alasan untuk bantu adik bersekolah dan membaiki dan membesarkan rumah.

Mulanya memang Zahir ikut, sebab nak bantu adik–adik bersekolah tetapi bila Zahir soal mengapa buat rumah besar sedangkan yang tinggal cuma ibu seorang.

Mertua saya marah dan beliau pinggirkan saya dan dituduh hasut suami bencikan ibu. Ketika itu menantu sulungnya jadi kesayangannya.

Tetapi Allah maha besar, dengan kehendakNya, kini sudah terbalik saya pulak jadi menantu kesayangannya.

Dan tambah pelik apabila saya jadi tempat mertua saya mengadu dan berkongsi kesedihan.

Malah beliau kerap datang ke rumah saya kerana kecewa dengan perbuatan anak kandungnya sendiri. Saya hairan apa dah jadi, kalau dulu menantu kesayangannya tidak ada c4cat ceIanya.

Sekarang mertua saya tuduh menantunya telah berpakat dengan suaminya menipu beliau dalam pembahagian tapak tanah rumah di kampung.

Kata mertua saya tanah kampung satu–satunya harta peninggalan suaminya dan dia berusaha besarkan rumah, untuk anak cucu bila balik kampong sekali sekala.

Tetapi kini sebahagian tanah tapak rumah itu telah diambil oleh anak sulungnya untuk buat rumah sewa tanpa berbincang apatah lagi meminta izinnya.

Saya lihat mertua saya amat kecewa dengan perbuatan anak sulungnya yang tinggal di atas tapak tanah yang sama dengannya.

Kerana terlalu marah ,dia tinggalkan rumah mencari tempat lain untuk mengadu nasib. Jadi kepada sayalah dia curahkan rasa kesal dan s4kit hatinya.

Tetapi saya tak boleh campur saya nasihatkannya bersabar. Mertua saya ada lima orang anak.

Suami saya anak kedua. Anak ketiganya meninggaI dunia beberapa tahun lalu kini menantunya itu telah pun berkahwin lagi. Maka putvslah hubungan mereka.

Sebelum ini, mertua saya selalu meminta duit dari menantunya itu walaupun anak lelakinya sudah tiada lagi.

Kerana beliau mendakwa arw4h anaknya masih tinggalkan duit dalam simpanan menantunya, jadi mertua saya ada hak untuk berkongsi duit arw4h dengan bekas menantu perempuannya.

Walhal mertua saya telah mendapat haknya mengikut faraid setelah anaknya meninggaI dunia dulu.

Kini sikap tamak mertua saya itu diw4risi pula oleh anak sulungnya hingga dia sanggup berebut tanah ibunya yang sekangkang kera itu untuk buat rumah sewa.

Sebenarnya sikap tamak mertua saya ini juga membuat dua orang lagi anaknya tinggalkan dia lari bekerja di tempatkan lain.

Mereka juga kecewa kerana tidak mendapat pembahagian harta sepatutnya. Sedihnya hinggakan Hari Raya pun mereka tak balik ke kampung.

Sementara anak bongsunuya terlibat dengan d4dah, peliknya mertua saya tak pernah ambil tahu di pusat pemulihan negeri mana anaknya ditempatkan.

Pada pengamatan saya hubungan kekeluargaan mertua saya ini terlalu tipis, sebab mertua saya hanya sukakan anak yang bekerja.

Beliau kurang beri perhatian kepada anak–anak yang kurang pendapatannya. Akhirnya mertua saya miskin kasih sayang dari anak–anaknya.

Malah hubungan beliau dengan suami saya juga tidak rapat. Zahir sering bercerita bagaimana dia dibesarkan. Katanya ibunya tidak pernah hiraukan pelajarannya.

Semua yuran peperiksaan dan persekolahan dia cari sendiri dengan mengambil upah kerja kampung.

Tapi, saya mengingatkannya mungkin faktor kemiskinan menyebabkan ibunya bersikap sedemikian rupa.

Saya hanya mampu merasionalkannya sahaja kerana kenangan masa lalu hanya suami saya sahaja yang tahu.

Namun, saya berani katakan, ibu mertua saya gagal mendidik anak–anaknya dengan didikan agama kerana semua anak–anaknya tidak tahu mengaji dan sepanjang saya berada di rumah mertua, mereka tidak pernah sembahyang.

Ayah mertua seorang nelayan, dia jarang balik rumah. Semua tanggungjawab mendidik anak, diserahkan kepada isterinya.

Namun beliau amat baik dengan anak menantunya. Bukan niat saya menceritakan keburukan mertua saya tetapi kesedihan dan kesengsaraan yang saya alami suatu ketika dahulu, hanya Allah yang tahu.

Saya tidak pernah berkongsi cerita tentang perbuatan mentua saya terhadap ibu bapa saya sendiri.

Kerana tidak wajar saya ceritakan betapa buruknya layanan beliau kepada ibu bapa saya dulu.

Namun kini yang jelas perbuatan tamak mertua saya itu telah memakan dirinya, kini semua anak–anaknya telah meninggaIkannya.

Hanya saya dan suami tempat dia mengadu, anak yang sulung walaupun tinggal berdekatan sudah lama mereka ishtihar ‘per4ng dingin’.

Tidak dapat saya gambarkan betapa k3jamnya perbuatan mertua terhadap saya dulu, jika saya tidak sabar tentu saya sudah bercerai.

Atau Zahir jadi anak derh4ka kerana beliau lebihkan saya daripada ibunya sendiri. Kata Zahir dia kenal siapa ibunya.

Tetapi saya tidak sanggup menjerumuskan Zahir ke ner4ka kerana menderh4ka dengan ibu sendiri.

Saya selalu pujuk dia walaupun saya sendiri makan hati dengan perbuatan ibunya.

Sebagai anak, kita tidak ada hak meny4kiti hati kedua–dua orang tua kita, syurga suami di bawah tapak kaki ibunya.

Sebagai isteri, kita harus mendahului ibu bapa mertua daripada ibu bapa kandung. Dan saya selalu ingat satu hari nanti saya juga akan jadi ibu mertua.

Sebab itulah saya cuba kikis rasa benci saya terhadap mertua kerana saya takut menerima pembaIasan dari anak–anak saya pula bila mereka berkahwin nanti.

Sebab itu bila mertua saya kata dia ingin tinggal dengan saya buat sementara waktu, saya terima, saya cuba buang ingatan jahat beliau terhadap saya dulu.

Kerana hanya Allah sahaja yang tahu, dan saya cuba lahirkan yang baik–baik terhadapnya. Saya cuba jadi menantu yang baik.

Dan saya sentiasa berdoa agar Allah bersihkan hati saya ini, kerana perkara berkaitan hati sukar diuruskan, hanya Allah sahaja yang memberi petunjuk dan hidayahNya