Ak dah kawin lain tp ak tergilakan balik isteri lama ak. Walau kami xde anak dlu tp dia sprt melengkapi ak. Kini ak myesal dan buntu

Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku buntu. Apa tips untuk ambil hati bekas isteri semula? Dia nampak lebih happy lepas ceraai dengan aku.

Aku sorang saja ke yang rindu dia? Aku rindu manja dia. Rindu suara lembut dia. Rindu masakan dia.

Bau perfume vanilla dia. Dulu masa awal kahwin. Aku tak de apa². Isteri aku gaji 6k. Aku gaji 1.6k saja. Kereta takde. Masa tu aku bahagia sangat walaupun takde anak.

Isteri aku ni tak berkira. Selalu pinjamkan kereta dia untuk aku bawak mak aku pergi beli barang dapur, bawak mak ayah aku pergi kenduri/ rumah anak-anak lain.

Isteri aku jarang dapat ikut sebab dia sibuk. Aku faham tapi keluarga aku, mak² sedara aku tak faham.

Diaorang selalu hasut aku katakan yang isteri aku tu s0mbong. Lama² aku pun terpercaya. Padahal aku sedar saja dia pergi outstation. Aku tau dia kerja bersungguh² untuk tingkatkan ekonomi kami.

Tapi setahun dua pertama saja aku faham. Makin lama aku pun hilaang jugak sabar bila isteri aku jarang-jarang dapat join kenduri, aktiviti sebelah family aku.

Kalau dia beli barang kemas… dia akan cakap kat family dia yang aku belikan.

Kalau balik kampung dia, dia akan hulurkan duit kat aku supaya bila pergi mana² aku yang bayar. Nanti fam dia nampak macam aku ni suami yang baik. Family dia tak tau gaji aku kecik.

Ayat dia selalunya “biarlah mak ayah saya senang hati tengok saya bahagia”

Mak aku suka datang rumah aku, sebab isteri aku dah complete kan rumah yang selesa. Setiap bilik ada aircond, rumah dia deco lawa2. Wangi. Tenang hati bila balik kerja tengok rumah. Tu semua duit dia.

Aku mana mampu. Tapi mak aku tak tahu, mak ingat tu duit kami bersama. Mak tak suka pergi rumah kakak aku sebab duduk flat. Ada yang duduk dengan mertua. Jadi diaorang tak selesa.

Tapi tiap kali mak datang mesti complain. Sebab isteri aku tak masak. Kitaorang makan luar saja. Bab masak memang isteri aku fail.

Masuk tahun kelima kahwin, aku dapat kerja. Gaji besar. Itupun isteri aku tolong. Dia yang sediakan resume.

Dia training aku cara cakap. Dia ajar aku guna computer. Dari aku kayu. Aku jadi berkeyakinan. Gaji dalam 2.5k. Dengan gaji tu, lepas la untuk aku buat loan beli kereta tempatan.

Masa ni la mak aku suruh aku kawen lain, dia cakap ada dah mampu untuk berpoligami atas alasan untuk dapatkan zuriat. Mak kata isteri aku busy.

Dia suruh aku cari isteri baru untuk jaga makan minum pakai aku. Mak aku marah sangat sebab masa dia masuk hspital seminggu, isteri aku tak boleh cuti untuk temankan mak di hspital.

Ye sekarang memang aku bakal dapat zuriat dengan isteri baru. Tapi hati aku kosong. Aku nak dia semula.

Aku cemburu bila fikirkan dia banyak deal dengan client lelaki kat luar sana. Macam mana kalau diaorang suka jugak bau perfume vanilla dia tu?

Isteri baru aku tak macam yang lama. Semua dia nak aku sediakan. Drive pun tak reti. Aku rimas isteri aku yang ni clingy. Lepastu sikit² nak mengadu kat keluarga dia. Sikit² up kat fb. Sangat tak matang.

Lepas bersalin dia tak mau kerja dah. Mana nak cukup gaji aku sorang… Aku rindu isteri dulu yang indipendent. Yang pandai jaga aib aku.

Isteri dulu aku sediakan nafkah 50 saja sebulan. Tapi dia tak pernah merungut. Tiap kali dapat nafkah dia sentiasa doakan moga aku murah rezeki.

Isteri sekarang, nafkah 200 aku dah bagi. Nanti dia nak beli skincare makeup semua dia mintak duit aku. Duit beli pad pun dia claim kat aku.

Dulu dengan gaji 2.5k ni aku rasa cukup besar dah. Tapi dengan isteri baru. Sungguh aku rasa gaji ni tak cukup.

Isteri dulu memang mak aku. Sedara aku tak suka. Sebab dia memang tak pandai masak. Tak kenal halia lengkuas. Lepastu tak mengandung walau dah lama kahwin.

Tapi percayalah. Walaupun dia tak sempurna di dapur. Tapi dia sangat² melengkapi aku…semua pergi sendiri.

Dia saakit pun pergi klinik sendiri. Balik kampung mak dia pun drive sendiri… pendek kata semua dia uruskan diri sendiri… memang tak susahkan aku.

Isteri sekarang kejap² aku kena amik cuti. Sebab nak kena bawak dia.

Bantu aku macam mana nak pikat semula bekas isteri aku. Kadang habis saja kerja, aku akan pergi parking depan rumah dia, dapat tengok bayang pun aku dah happy.

Aku nak miliki dia semula. Korang tolong doakan moga allah jodohkan kami kembali….

Sungguh dia wanita yang sangat berbeza dari yang lain.