Aku akan meng4muk bila aku ditind4s oleh mertua. Tapi aku pelik setiap kali kami berg4duh mak mertua hilang.Rupa-rupanya

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga net yang dikasihi. Ada cerita yang aku ingin kongsi disnin.

Aku berkahwin dalam usia yang muda. Sewaktu tinggal di rumah mertua aku dilayan seperti sampah oleh ibu mertua. Aku yang baharu berkahwin sepatutnya di bawa ke rumah saud4ra mara.

Tetapi lain pula dengan ibu mertua aku yang pulang saja ke rumah, suami aku perlu bawa dia ke sana dan ke sini dan aku ditinggalkan seorang diri dengan bapa mertua dan adik ipar lelaki.

Rumah yang aku tinggal sebenarnya dibeli oleh suami aku sebelum kami kahwin lagi dan kami telah sama sama isi dan beli apa – apa yang patut.

Apa yang terjadi, ibu mertua aku membuat sesuka hati seolah – olah rumah tu rumah milik dia. Bila aku keluar dengan suami, siap la bila aku pulang nanti.

Aku tidak dibenarkan menyentuh periuk belanga di dapur dan jika nak masak pun bapa mertua aku menyarankan agar aku masak di luar rumah.

K3jamnya aku diperlakukan sebegitu sehingga ketika aku mengandung anak sulung pun ibu mertua minta suami agar menasihatkan aku untuk mengugurkan kandungan aku dengan alasan masih terlalu awal untuk kami memiliki anak.

Suami aku memberitahu aku dan dengan tenang aku menjawab, aku lebih rela berpisah daripada mengugurkan kandungan aku.

Dan akhirnya pada hari aku melahirkan anak aku yang sulung, ibu mertua aku dengan angkuh memberitahu ibu aku, “kita lihat la apa yang akan berlaku di dalam bilik pembedahan.”

Ibu aku sangat terasa dengan kata – kata ibu mertua aku. Satu hari aku memohon kepada suami aku untuk menegur sikap buruk ibunya yang mencanang tentang aku ke sana sini

tapi sebaliknya suami aku meminta aku untuk menegur ibunya kerana dia tidak mampu untuk berbuat demikian.

Untuk makluman pembaca, ibu mertua aku ni memang terkenal dengan sikap suka mengani4ya menantu.

Dan tiada seorang pun menantu yang berani untuk menjawab dan melawan. Pada waktu itu aku nekad untuk memecah tradisi bila melihat sikapnya yang sem4kin menjadi – jadi.

Aku bukanlah seorang wanita yang b3ngis. Sikap aku yang lemah lembut dikira sebagai satu batu asas untuk ibu mertua aku menind4s aku.

Sebelum tu, aku call ibu aku dan memberitahu apa yang akan aku buat dan ibu aku meminta untuk aku sabar dan tidak mempedulikan ibu mertua aku.

Tapi aku nekad kerana rasa terlalu lama dia bermaharajaIela. Akhirnya aku bertukar menjadi menantu yang menjadi h4ntu seperti yang selalu disebutnya.

Mulalah adegan antagonist yang aku cipta. Aku akan meng4muk bila aku ditindas dan aku pelik setiap kali berlaku begitu ibu mertua aku akan menghilang.

Rupa – rupanya dia berjumpa dengan b0moh, sehingga ke b0moh siam dia pergi hanya untuk memisahkan aku dan suami aku.

Suami aku seorang yang sangat baik, namun aku seolah – olah tidak wujud dalam hidupnya. Dibiarkan malam aku tidak disapa selama 26 tahun.

Aku seperti tidak pernah wujud dalam hidupnya namun kebimbangan akan kehilangan aku tinggi kerana dia tahu ada yang menanti aku hingga kini apabila dia melihat lelaki yang berminat dengan aku sentiasa menghubungi aku dengan berbagai cara.

Namun Allah bekalkan aku iman yang cukup kuat, Alhamdulillah doa ibu bapa aku supaya aku menjadi anak yang menyejukkan ibu bapa dan isteri yang solehah Allah izinkan.

Aku manusia biasa yang ada rasa namun rasa itu telah disekat oleh sih1r yang dibuat oleh ibu mertua aku.

Aku tidak pernah menyalahkan suami aku kerana mengabaikan aku, aku sedar dia telah disih1r.

Abang ipar dan anak saud4ranya yang memberitahu supaya aku beringat kerana mereka mengetahui rancangan jahat ibu mertua aku.

Malam aku yang sepi aku isi dengan mendekatkan diri kepada Allah dan sambung belajar dan Alhamdulillah aku telah tamat pengajian aku sehingga ke peringkat sarjana lanjutan.

Rasa ingin dibelai yang tak akan mungkin aku perolehi digunakan untuk menyambung pelajaran dan penghasilan pada apa diharap pada kasih yang telah disamarkan oleh khi4nat seorang manusia.

Aku telah mengambil keputvsan untuk meninggaIkan suami aku baru – baru ini dan mencari rumah untuk berpindah dan dalam aku bersiap sedia dan memberitahu suami aku, suami aku seolah tidak percaya apa yang hendak aku lakukan dan pada waktu itu.

Aku nampak dia agak murung kerana baginya aku pasti tidak akan sampai hati sehinggalah pada satu malam suami aku sesak nafas tiba – tiba dan dia tidak tergamak untuk membangunkan aku dari tidur kerana aku baru saja tidur.

Aku tersedar kerana mendengar kesukarannya bernafas dan aku membantu dia yang dalam kes4kitan dan Alhamdulillah Allah izinkan.

Ketika itu aku sedar sekiranya aku tiada di sisi dia pada waktu itu apa yang akan terjadi dan akhirnya aku membuat keputvsan yang sangat besar dalam hidup aku iaitu kekal di sisinya biarpun aku akan kekal sepi seumur hidup aku.

Di sinilah berlaku titik keajaiban yang sangat besar dalam hidup aku. Suami aku yang aku sebelum ni hilang sekian lama telah Allah kembalikan pada aku yang sekian lama memend4m rasa dan d3rita.

Rupanya itulah rint4ngan dalam cinta kami yang terp4ksa dit3mpuhi.

Aku hilang kenikmatan yang sepatutnya aku perolehi ketika masa muda kerana perbuatan jahat ibu mertua aku dan akhirnya dalam usia ini suami aku dikembalikan kepada aku oleh Allah berkat kesabaran aku selama ini. Alhamdulillah kami melalui saat indah kami kembali.

Ibu mertua aku juga telah dijemput ilahi dan aku sering melakukan solat hajat dan memohon kepada Allah agar mengampunkan d0sa – dosanya dan juga telah memaafkan segala perbuatan jahatnya kepada aku dan suami.

Kepada isteri di luar sana yang diabaikan carilah ruang untuk kita membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup kita daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Di saat Allah menduga kita dan mengizinkan perbuatan jahat mereka di situ telah Allah letak sesuatu yang baik dan indah untuk diri kita. Wallahuualam. Teruslah berdoa dan jangan sesekali alpa dengan ujian yang datang.