3 tahun bertunang tiba2 dpt tahu tunang ak suami org. Meroyan ak dan lbh teruk dgr kata2 dari mak Nik. Kini ak bahagia dan brsyukur

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Nama aku Alin dan aku berusia 35 tahun. Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Masa tu aku dah bertunang.

Tunang aku Nik Faris bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang guru manakala aku pula di Kelantan.

Aku juga seorang guru seperti dia. Masa tu kami dah bertunang hampir 3 tahun. Bila aku ajukan saja soal kahwin padanya, ada saja alasan yang aku terima. Alasan paling kerap aku terima, nak tunggu adik ke-3 dia habis sambung degree.

Sebab nak tolong parents dia biaya adik belajar. Aku bukannya tak berhati perut atau k3jam tak nak dia bantu family, tapi bagi aku alasan tu agak tidak logik memandangkan ayahnya seorang pesara kerajaan berjawatan agak tinggi sebelum pencen.

Adik dia pun ada dapat tajaan biasiswa. Adik beradiknya cuma 4 orang. Tapi aku tak nak persoalkan, sebab aku bimbang aku dicop nak kontrol hidup dia sedangkan belum ada apa–apa ik4tan yang sah. Jadi, aku ikutkan walaupun aku malu dengan family aku.

Memandangkan kami bekerja di negeri yang berbeza. Kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun biasanya masa cuti sekolah dan dia balik jumpa family di Kelantan. Itu pun aku agak pelik, dia balik selalunya paling lama dua hari.

Cepat–cepat nak balik ke KL semula. Cuti akhir tahun pun dia cuma balik tiga hari. Pelik kan?

Tahun ketiga usia pertunangan kami, aku mula perasan yang dia dah mula cuba jauhkan diri dari aku. Aku whatsapp paling banyak dibaIas dua patah.

Itupun selepas 3 jam. Kadang–kadang langsung tak dibaIasnya. Apetah lagi call. Kalau dulu hari–hari dia call aku.

Aku sebenarnya sedih kadang–kadang sampai tak lalu makan. Macam dah dig4ntung tak bertali. Naluri aku dapat rasa yang aku bakal ditinggalkan.

Tapi aku tak nak berfikiran negatif memandangkan kata–kata juga satu doa. Bila aku tanya dia dah tak sayang aku lagi ke?

Dia marah cakap aku tak padan dengan usia 30-an tapi nak mengada macam budak–budak. Satu hari tu aku on the way balik dari rumah kawan aku, aku terfikir nak singgah rumah family dia.

Saja nak jumpa bakal in laws. Yang ada masa tu parents dia je la. Bila sampai sana, aku turun nak salam ibu dia, tapi ibu dia macam nak tak nak je layan aku.

Tapi aku tak nak salah anggap. Mungkin perasaan aku je. Tapi agak obvi0us dia langsung tak pelawa aku masuk rumah.

Aku pun tak lama–lama aku minta izin nak balik. Sedih Tuhan je tau. Sudah la anaknya buat aku macam terhegeh–hegeh.

Ibunya pun sama macam benci kat aku. Padahal dulu dia ok je dengan aku. Aku hari–hari nangis doa dengan

Tuhan mintak ditunjukkan kat mana silap hubungan aku ni. Aku nak petunjuk kalau aku yang salah sampai aku dibenci. Dilayan macam bertunang p4ksa.

Padahal atas dasar cinta. Jadi nak dijadikan cerita, that day was his birthday. Aku ni walau dilayan macam kain buruk sekali pun, aku tetap ingat hari jadi dia.

Walau dia dah tak mesej aku dah berminggu, aku tetap nak buat dia happy. Kebetulan kawan aku di KL ada buat servis supr1se untuk birthday atau hari–hari special untuk yang tersayang.

Tanpa pengetahuan Nik, aku mintak kawan aku buat surpr1se delivery cake and chocolate kat rumah dia.

Tak sabar aku nak tengok muka terharu dia. Kesian jadi aku, naif betul. Aku pun tertunggu–tunggu mesej kawan aku, nak tengok macam mana reaksi Nik bila terima surpr1se dari aku.

Tapi rupanya aku yang terk3jut. Tiba-tiba kawan aku call aku, “Lin, aku tak sanggup nak bagitau ni kat kau, tapi aku tak sampai hati. Kau sabar tau Alin…”

Masa tu aku bIur lagi.. kawan aku sambung lagi… “Alin, aku tak jadi bagi kek dengan coklat tu kat Nik, masa aku pergi rumah dia tadi.

Nik keluar, tapi bila aku bagi kek dengan coklat tu dia tak nak ambik and suruh aku cepat–cepat balik. Alin, dalam rumah dia ada perempuan Lin, aku rasa dia dah kahwin…”.

Masa tu aku rasa nak pitam. Aku call dia banyak kali, berkali–kali dia reject. Dan last sekali dia off phone.

Aku call mak dia, aku tanya betul ke apa aku dengar. Siapa perempuan tinggal dengan Nik tu? Korang tau apa jawapan aku dapat,

“Macam ni jela.. malas dah nak buat panjang cerita, mak cik bagitahu jela kat awak, Nik dah kahwin tiga bulan lepas dengan orang KL.

Dia dah suka, kami tak boleh nak buat apa la… dia sebenarnya dah lama nak cakap dia dah hilang perasaan kat awak, tapi kesian kat awak.

Tapi memandangkan awak dah tau, elok la terus terang…” Aku terus terjelepuk atas lantai mer4ung macam orang giIa.

Family aku semua tenangkan aku. Aku menangis macam orang giIa. Tersedu sedan aku cerita apa berlaku.

Abang aku dan naik d4rah nak pergi ser4ng family Nik, tapi ayah aku Iarang. Esoknya family aku sendiri ke rumah Nik untuk putvskan pertunangan kami.

Tak cukup dengan tu, malam lepas pertunangan kami diputvskan secara rasmi, Nik ada mesej aku, “Harap awak faham, hati dan perasaan tak boleh dip4ksa, dan saya rasa ini jalan terbaik yang Allah tetapkan untuk kita.”

Weh aku yang baru lepas berhenti menangis, terus mer4ung lagi. Tak sangka aku berpuluh–puluh mesej aku hantar itu baIasan yang aku dapat.

Seumpama selama ini kami bertunang bukan atas dasar cinta. Betapa hati manusia cepat berubah. Lupa pada janji.

Lepas putvs tunang, yang banyak tenangkan aku selain family aku adalah kawan aku.

Kitorang tinggal di daerah yang sama tapi berlainan kampung. Aku selalu ke rumah dia sebab aku tak nak berseorangan, aku tak nak teringat kat Nik.

Teruk jugak aku patah hati. Kat rumah tu selain kawan aku Lisa. Parents dia pun selalu bagi kata–kata semangat kat aku.

Diorang pun tau kisah aku yang putvs tunang. Dah jadi macam parents aku sendiri pulak. Dari aku panggil Mak Nah, dah panggil Mama, dari Pak Latiff dah tukar jadi Abah.

Satu hari, lepas balik sekolah, aku ke rumah Lisa sebab aku dengar dia MC sebab demam. Sampai kat sana, aku bagi salam, tapi yang keluar bukan mama atau abah.

Tapi seorang lelaki muda lebih kurang sebaya aku. Yes, dia abang si Lisa. Abang Ariff.

Yang aku tau dia doktor di Terengganu. Itu baru kali kedua aku bertemu abang Ariff. Dia jemput aku masuk. Lisa ada je tercongok depan tv.

Katanya demam dah elok. Mama pulak ajak aku makan kat rumah dulu sebelum balik. Masa makan, baru aku tau Abang Ariff rupanya seorang yang kelakar.

Banyak cakap pulak tu. Terhibur juga hati aku. Seminggu lepas pertemuan aku dengan Abang Ariff kat rumah Lisa, malam tu tiba–tiba aku terima satu mesej dari nombor yang tak dikenali

“Assalamualaikum… cikgu tidur dah ke tu?”

Aku pun baIas “Waalaikumussalam… belum, siapa ni ya?” Tapi sampai ke sudah takde reply. Tertidur ke apa.

Entah siapa la yang mesej. So aku buat tak tau jela. Bukan penting pun. Aku pun teruskan buat kerja aku, marking kertas exam.

Selang setengah jam kemudian, aku terima mesej dari Lisa “Alin, esoķ mama dengan abah cakap nak pergi rumah kau… boleh ke? aku pun nak ikut sekali.. mungkin petang sikit..”

Mesti la aku suka mama dengan abah nak datang, walaupun rumah dalam daerah yang sama, tapi itu adalah kali pertama diorang nak datang rumah aku.

Aku cepat–cepat bagitau mak aku. Esoknya, hajat hati aku nak mintak mak aku masak sedap sikit sebab ye la tetamu nak datang.

Selalu aku je makan sedap–sedap rumah mama dengan abah. Tapi terk3jut juga aku balik dari sekolah tengok mak aku bukan main lagi dengan nasi minyak dia.

Eh exc1ted betul. Tu kawan aku ke kawan dia? Dalam pukIl 4.00 petang macam tu keluarga Lisa sampai.

Eh terk3jut lagi aku, Abang Ariff pun ada. Aku jemput family Lisa masuk, parents dia bukan main baik lagi dengan parents aku.

Macam kawan la pulak. Jadi kat ruang tamu masa tengah bersembang, terjadi la peristiwa yang buat jantung aku rasa nak meIetup sebab terk3jut bila Abah Lisa cakap, “Alin, abah dengan mama datang ni, sebenarnya ada hajat lain jugak.

Jangan terk3jut, kami tak p4ksa, kami dah bincang dulu dengan mak ayah Alin sebelum datang.

Macam Alin sedia maklum, abah dengan mama tau apa yang jadi kat Alin sebelum ni. Tau Iukanya hati Alin.

Abah dengan mama nak minta izin Alin, nak jadikan Alin menantu, sekali lagi abah ulang abah tak p4ksa.

Kami bagi Alin masa untuk fikir, Alin budak baik, InsyaaAllah Ariff tak kan sia–siakan Alin. Kalau dia buat jugak, abah sendiri yang akan tib4i dia.”

Orang lain semua gelak, paling kuat si Lisa. Aku je yang terkedu sambil pandang Abang Ariff yang tengah senyum.

Masa tu aku tak boleh buat keputvsan, aku mintak dengan family Lisa untuk bagi aku masa untuk fikir. Sekali lagi malam tu aku terima mesej dari nombor yang sama pernah mesej aku tapi tak berbaIas dulu.

“Assalamualaikum… Alin, abang ni… abang harap Alin tak str3ss tiba–tiba kena lamar, tiba–tiba nak kena terima orang Alin tak cinta, tapi kalau Alin bagi abang peluang, InsyaaAllah abang tak akan sia–siakan sebab abang tak nak kena tib4i dengan abah… yela menantu pilihan”

Entah kenapa lepas dapat mesej tu hati aku macam sedikit terbuka hati. Aku buat keputvsan nak istikharah, sebab aku takut risik0 kahwin dengan orang yang aku baru kenal.

Aku agak tr4uma, sedangkan yang dah bercinta lama pun aku masih tak boleh nilai hati budinya.

Lepas buat istikharah selama dua minggu, akhirnya aku ambik keputvsan untuk terima abang Ariff.

Kami tak bertunang, sebab aku tak nak. Kami terus kahwin je lepas beberapa bulan. Alhamdulillah, aku bahagia sangat–sangat dengan suami aku.

Yang paling buat aku syukur atas nikmat Allah ialah Tuhan bagi aku hilang lelaki tak setia, tapi dia ganti lelaki yang baik pakej sekali dengan mentua yang baik dan adik ipar yang baik. Yang sayang aku dan terima aku seadanya.

Rupanya si Lisa dengan mama yang punya plan nak j0dohkan kami. Ternyata di luh mahfuz sana, j0doh aku bukan dengan Nik Faris… tapi dengan Nik Mohd Ariff. Dan aku sangat–sangat bahagia dengan takdir Allah.

Berkenaan dengan Nik Faris aka bekas tunang aku, sebenarnya dia kahwin dengan ex girlfriend kawan dia sendiri iaitu Azri (bukan nama sebenar).

Apa yang aku tahu dari kawan dia aka ex boyfriend isteri dia tu sendiri, diaorang start baik lepas kawan dia cIash.

Sebabnya dulu, kalau ada apa–apa masalah antara isteri dia dengan Azri, Nik akan jadi orang tengah.

Sebabnya kalau tak dapat contact si Azri, si Nik la m4ngsanya. Dah lama–lama sangat contact each other maka terjatuh cinta.

Betul la orang cakap paling senang nak dapatkan hati perempuan adalah ketika dia tengah patah hati.

Tapi dalam kes ni, dia patah hati, dia cari tunang aku, dan akhirnya aku yang patah hati.

Aku tahu itu semua ketentuan Allah, tapi seeloknya kalau kita boleh elak, janganlah bina bahagia atas air mata orang lain.

Tapi tu la, bert3puk sebeIah tangan tak kan berbunyi. Tapi disebabkan hubungan kami pun belum halal, aku takde hak nak halang, takde hak juga nak p4ksa orang pilih aku kalau dah terbukti hati dia untuk orang lain. Aku lepaskan walaupun p3rit.

Salah aku juga yang buta dan pek4k tak faham hint dia selama ni yang dia dah tawar hati.

Selain dari tu, aku ada terfikir mungkin keluarga dia sebenarnya tak berapa suka berbesan dengan family aku, sebabnya selama kami bertunang, tak pernah family dia nak bertanya khabar dengan family aku.

Mungkin sebab family aku bukan orang “have–have”. Parents aku just orang kampung yang ada perniagaan kecil je.

Bukan dari golongan bekas pegawai atasan macam parents Nik. Tapi dulu hubungan aku dengan family Nik takde la seteruk sebelum kami putvs.

Yela, mungkin sebab dah ada menantu yang lagi menepati citarasa, aku dah jadi buruk di mata mereka.

Sebelum aku kahwin, pernah sekali terserempak sekali dengan mak si Nik dekat mall, aku elok je takde rasa nak marah ke apa.

Dia nampak aku dengan mak aku, terus lari. Macam tu la orang bila ada buat salah, takde kata maaf, takde senyum, just larikan diri.

Tak lama lepas tu, ada orang bagitau mak aku yang bila dia tahu aku dah nak kahwin, bukan main lagi dia nak menyiasat aku nak kahwin dengan siapa.

Mungkin terk3jut sebab aku tiba–tiba boleh move on cepat sangat. Lepas kahwin aku takde dah ambik kisah pasal family tu. Aku sibuk duk menjaga laki sendiri.

Ok nak cerita sikit pasal kehidupan aku lepas kahwin. Rupanya suami aku bukan je banyak cakap, boleh tahan giIa jugak per4ngainya.

Aku imagine kahwin macam kami ni, malu–malu kucing la lepas kahwin macam dalam novel. Rupanya tak, laki aku jenis tak tau malu wei, hahahaha..

Dulu aku jenis agak pemalu orangnya, tak banyak cakap sangat. Dah dapat laki kelakor aku pun dah sama naik.

Entah kenapa dia jadi doktor, tak jadi pelawak je. Awal–awal kahwin disebabkan dia di Terengganu, aku selalu jugak ke sana. Terutama cuti sekolah.

Pernah sekali cuti sekolah dah mula, tapi aku ke Terengganu lambat sehari. Tengah–tengah aku syok tengok tv kat rumah mak mentua, ada mesej masuk.

“Anak murid di sekolah disusukan, suami di kIinik m4ti kelaparan.”

Aku berdekah gelak. Aku tunjuk mesej tu kat mama (mak mentua). Mama terus buat muka geIi “kebulur betul dah laki awak ni…” hahahaha…

Kesian doktor cinta aku, kurang kasih sayang agaknya. Maka malam tu aku pun tak lena tidur teringat kat laki.

Aish la Nik Mohd Ariff, kalau la tau awak je j0doh saya, 10 tahun lepas saya yang pergi ris1k awak. Esoknya lepas subuh aku dah gerak ke Terengganu.

Tak boleh jadi, kang laki aku kebulur kasih sayang betul–betul pulak. Hahahaha… tak rela pisang berbuah dua kali.

Abang Ariff ni dia jenis kuat menyakat. Apetah lagi dia tau aku jenis tak banyak cakap. Kadang–kadang kalau aku tengah PMS, geram je nak gam mulut tu.

Pernah sekali kat rumah aku, aku tak bercakap sebab tengah focus menaip, tiba–tiba dia menyakat “Alin…oo Alin…” aku pun jawab la “ya, kenapa?”

Dia panggil lagi “Alin…” pastu masa tu abang aku ada kat situ dia buat-buat tanya abang aku “Long, ada nampak Alin tak? Kat sekolah lagi ke dia?” Aku dah tercengang..

Abang aku pulak lurus benduI pergi jawab “Tu..” dia apa lagi “La ada.. diam je dari tadi…ingat takde” abang aku yang tadi bIur baru faham dib4ntainya gelak.

Dia dengan abang aku ni dah macam bff, abang aku yang dah ada rumah sendiri tu pun kalau tau laki aku ada,

kemain laju dia tinggal bini dia nak datang berborak dengan adik ipar. Berborak pasal perempuan siap diorang!

Bila aku fikir dalam–dalam, banyak betul kekurangan dalam perancangan kita sebagai manusia ni.

Sebab ilmu kita tak luas macam Allah, macam aku dengan Nik, bila aku ingat balik, kami dua–dua jenis yang boring, tak banyak cakap… that’s why hubungan kami pun duII. Tak berseri.

Dulu aku fikir, bila masing–masing dalam profession yang sama, m4kin memahami. M4kin melengkapi. Tapi aku salah, itu bukan jaminan. Bercinta lama–lama pun bukan jaminan. Per4ngai sama pun bukan jaminan kita pasangan serasi.

Apetah lagi j0doh. Aku dengan abang Ariff bukan lah pasangan perfect, masih terlalu awal untuk menilai.

Setiap hubungan pasti ada turun naiknya. Yang penting sama–sama pert4hankan. Kalau dia buat hal, aku nak suruh abang aku betul–betul b4ntai.

Bff dia kot, hahahaha… gurau je… ambo sayae tok laki weh… Jadi, nasihat aku bagi yang tengah frust, rasa dipermainkan, ditinggalkan. Awak berhak untuk sedih.

Bukan manusia namanya kalau tak sedih dipermainkan. Tapi jangan sedih lama–lama, nangis la semahu awak, tapi jangan persoal takdir Allah.

Bangkit dari kekecewaan, kat luar sana, dah ada orang yang Allah dah tetapkan untuk temani perjalanan kita di dunia ni. Ada yang jumpa cepat, ada yang lambat. Tapi semua ada sebab.

B0doh la kita kalau meratap kehilangan kaca padahal Allah nak hadiahkan permata. Betul tak? Belajar memaafkan walaupun susah. Bukan sebab kita acah–acah baik, tapi sebab kita berhak bahagia.

P/s: Adik ipar aka br0ker cari j0doh aku single lagi. Abang dia tak! Bye, hahahaha… – Alin (Bukan nama sebenar)