1 taman tahu Rosman akn minang sya. Dia yg alim tp xsangka lakukn itu pda sya. Tak mgkin dpt lupa hutang mu wahai rosman smpai bila2

#Foto sekadar hiasan. Dalam kehidupan kita ini banyak duri dan ranjau terp4ksa kita lalui, jika kita lengkapkan diri dengan pelbagai kelengkapan pert4hanan, maka kita akan berjaya, jika tidak kegagalan bakal menunggu.

Namun janganlah jadikan kegagalan itu satu mala petaka yang boleh mengh4ncurkan hidup dan masa depan kita,

sebaliknya mesti bangkit dan bertindak dengan hati yang cekal dan yakin kejayaan akan bersama jika kita berusaha.

Sebagai permulaan saya ucapkan tahniah kerana ruangan ini amat diminati tak kira muda atau tua, yang berilmu atau tidak.

Kisah yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan iktibar. Tetapi sayangnya masih ada orang macam saya yang begitu lemah dan tidak menyedari realiti kehidupan sebenarnya.

Kerana kelemahan saya tersungkur semata–mata kerana percayakan cinta. Bukan cinta itu buta tetapi mata saya yang buta melihat kebenaran, terlalu percayakan cinta dan terlalu naïf kepada cinta yang dimainkan oleh kekasih saya Rosman.

Ramai kawan–kawan ingatkan saya kerana antara saya dan Rosman tidak ada persamaan tak serasi sebab dia pendiam sementara saya happy go lucky, dia hitam saya cerah, dia tinggi ilmu pengetahuan agama dan anak orang alim, saya tidak.

Namun saya yakin perbezaan inilah yang akan melangkapkan kami antara satu sama lain.

Saya dan Rosman sama membesar dalam sebuah taman perumahan. Sejak remaja lagi, saya terpaut bila melihat pekerti Rosman dan ibunya.

Solatnya cukup, hubungan kekeluargaannya akrab dan saling hormat menghorm4ti. Kerana berjiran dia kerap datang ke rumah saya, begitu juga saya kerap juga ke rumahnya.

Kami sama–sama belajar, pinjam meminjam buku dan ketika berbincang tentang pelajaran.

Ibu bapanya juga tak kisah kalau saya kerap ke rumahnya kerana hubungan baik kami bermula sejak kecil lagi, masuk zaman bersekolah hinggalah kami remaja.

Tetapi tidak saya duga rupanya orang yang sembahyangnya tak tinggal, datang dari keluarga baik–baik ini pun boleh terbalik imannya.

Tanpa saya duga kami telah terIanjur di rumah Rosman sendiri, ketika itu ibu bapa sedang sibuk menjalankan perniagaan di kedainya. Saya macam tak percaya macam mana boleh berlaku, sebab dia tidak pernah berkelakuan tidak senonoh.

Kami sering bebincang tentang pelajaran dan bidang yang akan kami ambil ketika melanjutkan pelajaran nanti.

Kejadian itu amat meng3jutkan saya, namun kata Rosman dia akan bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya.

Saya tidak menduga orang yang saya percayai boleh men0dai saya. Ketika itu saya bimbang bolehkah saya melanjutkan pelajaran ke IPTA ditakdirkan sesuatu yang buruk berlaku atas saya. Mana tahu, kalau nasib tak baik ditakdirkan saya mengandung.

Ketika itu saya benar–benar dalam dilema patutkah saya beritahu kejadian yang buruk ini kepada emak dan bapa saya dan bagaimana pula hubungan keluarga kami nanti.

Apa perasaan mereka, apa pula pandangan jiran yang melihat hubungan keluarga kami begitu baik.

Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran saya. Akhirnya saya bertindak mendiamkan diri sambil menunggu apa akan terjadi.

Ketika saya menunggu dengan perasaan takut kami mendapat jawapan untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma.

Keputvsan diterima dengan perasaan suka dan duka. Suka kerana dapat sambung belajar dan duka kerana terp4ksa berpisah.

Namun tiga tahun berpisah kami menjadi lebih akrab dan berjanji akan berkahwin sehabis menamatkan pelajaran.

Hubungan kami menjadi lebih mesra dan saya bertambah yakin dengan janji Rosman.

Selepas tamat belajar saya mendapat tawaran bekerja tetapi Rosman masih menganggur, dia kemudian membantu keluarganya berniaga.

Hasrat kami untuk segera berkahwin terp4ksa tertangguh. Lepas setahun barulah Rosman dapat tawaran bekerja dalam skim latihan lepasan graduan.

Sebelum pergi janjinya dia akan menghantar rombongan meminang saya setelah habis kursus iaitu dua tahun lepas.

Setelah habis kursus dalam skim latihan, sebulan kemudian dia dapat tawaran kerja.

Dia menyampaikan berita gembira itu dan berjanji akan meminang saya setelah tamat latihan sebelum diserapkan sebagai kakitangan syarik4t tersebut. Saya akur.

Tiga bulan kemudian saya bertanya bila lagi nak meminang, dia minta saya bersabar, lagi pun katanya dia menunggu untuk ditukarkan ke tempat lain, kalau boleh biar dekat dengan saya.

Saya meminta supaya bertunang dulu sementara menunggu proses pertukaran itu berlaku.

Tetapi Rosman membisu. Kerana terlalu rindu, setiap minggu saya turun ke KL untuk berjumpa Rosman.

Untuk dua bulan sahaja semuanya baik tetapi keadaan bertukar, Rosman mula mengelak untuk bertemu dengan memberi pelbagai alasan.

Bila jarang bertemu telefon menjadi penghubung kami, beratus duit saya habis untuk bil telefon. Lebih banyak dari tambang bas ketika kami berjumpa dahulu.

Dalam pada itu saya berusaha mendekati Rosman, saya memohon banyak kerja lain asalkan bekerja di KL. Dan saya berjaya.

MaIangnya saya sem4kin sukar dapat berbual dengan Rosman. Setiap kali dihubungi dia tidak menjawab telefon.

Kalaupun menjawab alasannya kerja kat luar tidak ada coverage. Pelik juga, KL tak ada coverage? Alasan paling meny4kitkan hati hand phone tertinggal di pejabat.

Tiba–tiba satu hari saya menerima panggiIan telefon dari Rosman, hilang rasa rindu bila dia mengajak saya berjumpa. Bayangkanlah, lebih dua bulan dia tidak dapat dihubungi.

Ketika itu perasaan marah pun ada tetapi saya pendamkan fikirkan yang terbaik dari Rosman, mungkin dia memang sibuk maklum pekerja baru.

H4ncur hati saya bila Rosman memberitahu dia ingin memutvskan hubungan. Saya terk3jut tanpa berbicara seketika, bila tersedar saya menangis semaunya.

Saya tidak dapat terima keputvsan Rosman. Kerana terlalu marah tanpa sedari saya t4mpar muka Rosman sekuat hati, lepas itu saya jatuh pengsan.

Pada adik berdiknya saya mengadu apa yang terjadi, mengharapkan pertolongan tetapi mereka tidak boleh membantu. Keputvsan terletak di tangan Rosman. Kerana jiwa amat terIuka saya mendiamkan diri.

Kalau diikutkan perasaan mahu saja saya bvnvh diri, sebab saya rasa tertipu dan Rosman tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan ke atas saya.

Keadaan ini mem4ksa saya bertukar kerja lagi membawa diri sebab tak sanggup menghadapi kenyataan dan saya sem4kin jarang balik kampung.

Sebabnya saya tak sanggup setiap kali bila emak bertanya bila Rosman nak masuk meminang.

Entah macam mana lepas dua bulan bertukar ke tempat lain, Rosman mencari saya meminta maaf dan memberitahu dia s4kit lu3kimea. Terk3jut saya dan dia minta kami berbaik semula.

Walaupun marah tetapi bila diberitahu dia s4kit, hati saya lembut semula dan saya bersedia menjadi isterinya.

Lepas sebulan dia buat hal lagi, susah dicari payah dihubungi. Melalui kawannya Lan saya mendapat tahu Rosman akan bertunang dengan Linda.

Sekali lagi saya terk3jut. Katanya memang baru–baru ini mereka ada masalah, kini dah selesai.

Namun saya ingin tahu dari mulut Linda sendiri tentang hubungan mereka. Akhirnya dengan izin Allah, dan pertolongan kawan saya dapat hubungi Linda.

Kata Linda dia tertarik dengan Rosman kerana sembahyang tak tinggal, dan baik.

Saya mengaku memang Rosman baik tetapi kalau benar dia baik dan mematuhi ajaran Islam mengapa dia sanggup tinggal di rumah wanita yang belum jadi isterinya?

Linda menafikan tetapi dia tidak boleh menipu lagi apabila saya sendiri datang menjengah mereka di rumah.

Kehidupan mereka bukan sebagai teman yang datang melawat tetapi sebagai suami isteri.

Saya amat kesal dengan Rosman sanggup merosakkan hidup saya dengan janji yang semuanya bohong belaka. Baru–baru ini saya dapat tahu Rosman akan bertunang dengan Linda.

Riuh rendah sekampung bercerita. Saya tak kisah kalau mereka nak kahwin tetapi yang menjadi masalahnya satu taman bertanya kepada emak mengapa saya tak jadi kahwin dengan Rosman, bukankah janjinya dulu akan masuk meminang.

Sebab satu kampung tahu hubungan kami sekeluarga. Mana muka saya nak letak terutama emak yang sentiasa berhadapan dengan orang setaman?

Pada emak saya memohon ampun banyak–banyak dan kalau disuruh minum air basuhan kaki emak pun saya sanggup minum.

Saya kesal menolak permintaan emak supaya kami segera kahwin, kini semuanya sudah terlambat.

Namun saya tidak boleh melupakan hutang Rosman kepada saya yang akan saya tuntut sampai bila–bila. Iaitu hutang sebuah kehidupan dan masa depan saya yang telah dih4ncurkannya.

Saya juga pasti Rosman tidak boleh melupakan mimpi negeri yang dilakukan terhadap saya.

Saya kesal dengan orang yang amat saya percayai kerana baiknya, pendiamnya, sembahyangnya, amalan dan nasihatnya yang baik–baiknya dahulu semuanya bohong belaka.

Namun saya tetap menunggu pembaIasan dari Allah atas perbuatan kejinya. Saya yakin pembaIasan Allah akan tiba biarpun lambat.