Bila aku kerja aku kena bebel,bila jadi suri rumah kena maki pula

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum and selamat sejahtera untuk semua. Saya Angel, mid 20s and dah kawin 7 tahun.

Belum direzekikan anak, doakan kami ya jadi parents one day. Based on tajuk, yes, im a career woman.

But im also a housewife. Before I teruskan ke tajuk, let me explain why I choose to be a career woman.

I kawin sangat muda, di saat remaja lain sedang menikmati dunia enjoy. But I choose to get married.

Entah, tak tahu pikir apa terus nak kawin diusia yang mentah. Hahahaha. But I tak menyesal. More to nak meluah saja.

The first reason I choose to work, sebab tak nak diperlekehkan. Masa awal kawin, memang tak keje, before kawin banyak buat keje part time dekat f&b.

Masa awal kawin tu husband yang cakap tak payah kerja.

But, the way I be treated sangat menyedihkan and very hurtful to remember. Dihalau, dimaaki, dicaci macam tak de harga diri. Yelaa, tak menyumbang satu sen, memang laa dianggap tak berguna.

So, I decide to cari kerja but in office hour. Sebab dah kawin and my inlaw tak bagi keje yang shift.

Time ni terima saja apa kerja sekalipun as long as kerja tu dalam range office hour and mendatangkan hasil. Sampai la dah dapat kerja tetap.

So berbalik pada tajuk, I penat jadi career woman and housewife sebab kerja sekarang memerlukn I travel, pergi balik almost 4 hours plus, depends on traffic.

Honestly, Kerja I tak sepenat I spent time driving. The issues is, kenapa eh lelaki tak memahami?

Wife kau kerja untuk membantu financial rumah, takkan tolerate buat kerja rumah tak boleh ?

Suka komplen rumah tak kemas and bla bla bla. But, mana effort nak membantu selain merungut tu ?

Faham tak, the wife is really tired. Pergi kerja matahari tak terbit lagi, sampai rumah, matahari dah terbenam. The least you can help, is house chores.

Ni tidak, balik dah awal, suruh angkatkan kain saja kat jemuran, sampai kena hujan balik laa kain baju tu. Mana laa aku tak penat.

Bila ditegur melenting, mengmuk cakap macam macam, ibarat kerja dia la paling penat. Dia habis kerja boleh melepak dengan kawan.

Balik rumah awal boleh tido. Tapi bini ni, balik balik bekejar nak kemas, nk masak, nk study lagi.

Oh ya, I part time student. So faham tak packnya jadual tu macam mana ?

Honestly, I dah terlalu penat. Bila tak kerja kena maaki, siap halau dari rumah. Bila dah kerja tak de kerjasama kat rumah.

At least, kerja rumah sama sama la buat. Ni cawan sebiji pun tunggu menimbun kat meja. Tak berkutip tak de la cawan nak minum. Haihhh.

Im so exhausted. Balik balik asik cakap, bukan susah pun nak kemas rumah. Kau try la buat yang tak susah tu, asal kena tunggu aku jugak? Im too tired.

Sorry if my story line doesn’t meet your expectation. But lega sikit burden ni lepas luahkan.

I takkan quit kerja I sebab I sangat percaya yang perempuan kena ada pegang duit sendiri, kalau tak memang hidup ibarat hamba la di mata lelaki bernama suami.

That why I still kerja even penat cemana pun.

Give me some good advice and good opinion of yours. I just nak some strength untuk keep moving forward.

If you tak rasa penat or apa yang I lalui, just kecam as long as you happy.

Thanks.