Ayah insan yg ak syg kini paling ak bencii. Sjk kantoi kahwin dekat Thailand, ibu bgi kata2 yg buat ayah trdiam. Ak cuba yg trbaik utk ibu

Pagi Sabtu tu ayah aku post Whatsapp dalam group famili aku tuduh adik lelaki aku calarkan kereta perempuan tu masa kat parking masjid waktu solat isya’. Ibu aku pm tepi ayah aku. Tak berbaIas. Sekali Ibu aku bagi ayat yang paling best!

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan cerita saya. Saya harap agar netizen–netizen di luar sana yang akan memberikan kata–kata semangat kepada saya dalam menghadapi keletihan ini.

Setelah ibu aku, insan yang paling aku sayangi, horm4ti dan yang paling aku banggakan telah menjadi seorang yang sebaliknya kepada aku.

Dia telah bertukar menjadi manusia yang paling aku benci, h1na dan yang paling aku nak rahsiakan kewujudan dia.

Sampai satu tahap tu bila orang tanya aku, “Ayah kerja mana? Sihat ke? Ada lagi ke?” Aku nak jawab aku dah tak ada ayah. Dah m4ti. Tapi aku tak boleh cakap macam tu. Belum mampu. Ayah aku ada. Dia tak meninggaI tapi dia tak ada dalam hidup aku.

Disebabkan jawatan dia, kebanyakan orang kat bandar ni tahu dia. Kenal dia. Bila orang baca ‘binti’ yang ada pada nama aku, orang tahu dialah orangnya. Sebab ini jugak menjadikan aku berazam nak keluar dari bandar ni.

Bawak ibu dan adik–adik aku pindah ke tempat lain. Tempat yang tak ada sesiapa mengenali kami. Mulakan hidup baru. Tapi aku belum bekerja lagi. Masih dalam pengajian tahun terakhir aku.

Aku dah letih untuk ada perasaan ‘macam mana kalau terserempak bila kat luar?’ Aku dah letih untuk tengok kewujudan ayah aku. Aku dah letih.

Buat masa ni aku, ibu dan adik–adik jalani hidup macam biasa walau kasih sayang dah dibahagikan.

Bila dia balik rumah mak aku, kami layan macam biasa. Layan bagai raja. Sama macam dulu–dulu. Segala keperitan dalam hati kami simpan.

Tak luahkan. Tak tunjukkan diwajah. Kami maniskan muka. Melayani dia kerana hormatkan kedudukan dia sebagai ketua keluarga. Setiap satunya disediakan. Bila terbaca luahan bekas isteri ‘ustaz selebriti’ tu. Dia sama macam ibu aku.

Layan suami dari dia mula melangkah masuk dalam rumah bila balik kerja sampai tibanya waktu tidur.

Makan, minum, pakaian, tempat rehat, urut badan bila nak tidur. Ayat yang sama keluar dari mulut ibu ‘Ibu buat semua tu sebab tu tanggungjawab ibu.

Ibu tak tau bila ibu nak m4ti. Sekurang–kurangnya bila Allah panggil ada jugak perbuatan ibu yang akan jadi saksi depan Allah nanti.’

Ya. Ibu aku baik. Sangat baik. Sangat–sangat baik. Kalau aku di tempat ibu, memang dah lama ayah masuk kubvr dulu.

Aku bersyukur aku belajar dalam bidang agama jadi aku di kelilingi insan–insan yang banyak memberikan nasihat dan amalan untuk dilakukan bagi mengubat hati. Aku berkongsi dengan ibu. Ibu amalkan. Mujur la kolej aku dekat je dengan rumah.

Jadi aku duduk dengan ibu. Teman dia. Kalau bukan aku siapa lagi? Adik–adik? Dorang masih kecil lagi. D4rah tengah panas. Aku sebagai yang tua ni la yang kena control. Kena pastikan keadaan tenang sentiasa. Ibu memang rapat dengan aku.

Segala cerita dikongsi, segala aktiviti dilakukan bersama. Buat masa ni aku memainkan peranan sebagai penasihat dia.

Dikala datangnya ketidak stabilan em0si ibu, aku ajak ibu buat aktiviti yang tak pernah dia buat. Macam orang bujang.

Main roller coaster, tengok wayang, pergi berjalan ke tempat–tempat yang dia nak. Akulah pemandu.

Aku sentiasa berdoa supaya Allah berikan aku pekerjaan yang bagus dan jauh dari bandar ni supaya aku dapat merealisasikan niat untuk mulakan hidup baru dengan ibu.

Semoga aku diberikan jodoh dengan lelaki yang baik. Yang mampu menerima ibu aku dalam hidup dia.

Jodoh yang boleh menerima ibu aku sentiasa ada bersama kami dan menghargai kehadiran seorang ibu dan memenuhi segala keingin ibu aku.

Cukup ibu aku dah bersusah payah dahulu jaga kami. Kini biar kami yang jaga ibu. Kepada mana–mana majikan yang perIukan pekerja yang cepat belajar, cekap buat kerja dan kelakar boleh la reply. Kalau boleh nak area Johor, Penang, Perlis ehh prog masak, akulah segala-galanya.

Aku buat semua tu sebab nak buat ibu lupakan kesedihan dan kepedihan hati yang dia alami. Penat memang penat tapi demi ibu aku p4ksa jugak badan aku ni.

Buat anak–anak yang mengalami perkara yang sama macam aku, tak kira la mak / bapak korang yang buat per4ngai.

Tolong jaga perasaan insan yang dis4kiti. Hormat walaupun benci sebab nanti dorang akan malu alah sendiri. Orang yang suka menyakiti hati manusia ni hidup dia takkan tenang.

Balasan Allah tu ada cuma cepat atau lambat je. Insyaa Allah akan ada sambungan lagi. Cuma tu lah, rajin atau tak je.

Sambungan… Assalamualaikum. Hai semua. Si Gebu kembali lagi. Aku ada janji nak cerita tentang kisah aku hari tu. Aku ada baca komen.

Ada yang tak faham jalan cerita aku ni. Okay takpa. Aku cerita lagi detail kali ni guna bahasa yang lebih santai.

Kisah aku ni bermula dengan ayah aku kahwin lagi satu. Senyap–senyap dia kahwin dekat Siam tanpa pengetahuan sesiapa.

Mengikut cop di passport ayah aku tu tarikhnya bulan 10. Macam mana boleh kantoi? Bulan 12 tu ibu dengan ayah aku pergi umrah.

Masa kat airport ibu aku perasan dalam passport ayah aku ada cop imigresen. Ibu aku tengok cop tu ada tulis (Thailand).

Bila dah jadi macam tu ayah aku pon mengaku yang dia dah kahwin senyap–senyap dekat sana berserta sebab.

Sebabnya kalau tunggu balik dari Mekah nanti takut doa ibu aku makbul untuk hubungan dorang diputvskan.

Ayat macam budak tak matang kan? Tapi tu lah hakik4t yang terkeluar daripada mulut orang tua berumur 50 tahun. Kenapa dia kawin lain?

1) GATAL

2) MIANG

3) LUPA DIRI

Senang sikit dah mula bongkak. Pikir diri tu mampu sangat. Padahal yang banyaknya hauk je. Kalau dah kerja kerajaan tu, gaji biasa–biasa je.

Ngam–ngam je buat belanja bulan–bulan. Tak payah nak bongkak dengan harta hasil usaha dan peluh orang lain. Duit yang kau dapat tu tak berkat!

4) EGO

Ni masalah utama. orang nasihat taknak dengar. Kata orang dengki dengan dia. Oh please. Ape je yang nak di dengki? kalau segak macam Fattah Amin tu boleh diterima lagi.

5) TAKDIR (bullshit)

Takdir? Takdir hidup kita boleh pilih. Allah bagi macam–macam jalan depan kita. Yang kita pilih itu akan jadi takdir hidup kita. Jadi jangan sesekali salahkan takdir. Sebab takdir tu kita yang pilih.

6) NIAT MELINDUNG PEREMPUAN TU

Kononnya perempuan tu diganggu ramai lelaki yang sukakan dia. Sampai datang ke rumah cari dia lol! Hey perempuan!

kalau kau reti jaga batas pergaulan dan tak mudah untuk menggedik dengan mana–mana jantan, takdenya orang nak datang cari kau!

Siapa perempuan tu? Janda anak 2. Anak–anak dia semua ex husband yang jaga. Kenapa dia tak jaga? Katanya sebab ex husband yang tak bagi anak tu dekat dia.

Aku call ex dia tanya apa punca dorang cerai. Ex dia bagi tau yang dia ni memang bermasalah. Skandal sana sini.

Oh ya! Dia ni kerja jual insurans bank. So sambil jual sambil goda. Aku tanya ex dia, dia tak f1ght ke hak penjagaan anak–anak dia?

Ex dia kata masa kat mahkamah dia dah tanya, macam mana nak bahagi masa dengan anak–anak. Dia kata dia taknak jaga.

Perempuan jenis apa ni? Mak jenis apa dia ni? Aku belum pernah jumpa mak yang taknak f1ght hak penjagaan anak walaupun dia susah. Lepas tu ayah aku dengan b0dohnya menerima dia dengan niat nak membimbing dia.

Dia hidup dalam ke’lagha’an. Dah lama tinggal solat. Dah jadi buluh weh! payah dah nak lentur! Cukup takat tu. Fast forward ke masa sekarang ni.

Ayah aku awal–awal lagi dah cakap tak nak raya dengan kitorang walaupun mengikut turn hari memang ayah aku dengan kitorang masa tu.

Tahun ni pulak memang raya kat kampung ayah tapi tanpa ayah. Takpe. Aku boleh je drive balik kampung. Adik beradik ayah semua sokong kitorang.

Semua tak suka ayah aku dengan perempuan tu. GiIa katanya. Kau bayangkan eh, masa waktu kebvmi arw4h kakak ayah aku.

Si perempuan tu boleh datang tanah perkubvran pakai mekap bagai lengkap dengan lipstik merah! Hah! Kau rasa dia tu jenis manusia yang macam mana?

Adab semudah itu pon tak tau nak jaga. Tak. Aku adik–adik dengan ibu aku tak pergi majlis pengebvmian tu sebab ayah aku bawak perempuan tu.

Kang kalau pergi ada yang kena tanam kat kubvr sebeIah pulak. Haha.. Whats make it worse, ayah aku bawak perempuan tu pindah dekat dengan kawasan rumah kitorang. Selang 3 baris je dari rumah aku. Aiyoooo… pening kepala.

Ibu aku dah suruh pindah ke tempat lain. Payah la duduk dekat–dekat ni. Kang macam–macam boleh berlaku. Ayah aku degil! Taknak pindah dengan alasan b0doh iaitu ‘senang nak tegok anak–anak’ HAHAHAHAHA!

Lelaki tua miang dengan alasan yang tak boleh diterima akal memang tak boleh dipisahkan. Alasan yang sebenar ialah senang untuk dia curi–curi balik tengok perempuan tu. Janji untuk berlaku adil? Tinggal janji. Janji takkan abaikan anak–anak?

Ape tu? Tak pernah janji pon! Jadi hiduplah kami berjirankan perempuan sampah tu. C0nquer tak? Ehh.. haruslah!

Balik sini mengadap fon tak habis–habis. Melayan perempuan tu lah! Ape lagi. Kalau keluar jalan–jalan dengan kitorang adik beradik ayah tak keluar duit pon.

Duit tak ada katanya. Aku baIas setepek je. Tu lah. Takde peny4kit pegi cari. Dia diam je.

Sebab ayah aku ni dia lemah dengan anak–anak. Tapi masih meIampau. Kata–kata yang keluar dari mulut dia tu suka meny4kitkan hati.

Dulu aku bukan jenis anak yang suka menjawab. Paling kasar aku pernah kata pon ‘Sabarlah!’ dalam nada keras sikit ye, bukan membentak.

Kali ni memang aku dah hilang sabar. Hilang sabar beserta hilang hormat. Hilang sayang secebis yang tinggal berbaki untuk dia.

Jumaat hari tu giliran dia kat rumah sana. Pagi Sabtu tu ayah aku post Whatsapp dalam group famili aku tuduh adik lelaki aku calarkan kereta perempuan tu masa kat parking masjid waktu solat isya’.

Padahal adik aku lepas solat isyak je terus blah balik rumah sebab adanya kehadiran perempuan tu kat masjid.

HAHAHAHA Ko nampak tak permainan tu? Ibu aku pm tepi ayah aku. Tak berbaIas. Ibu aku bagi ayat yang paling best!

‘Ini nama dia takdir. Dah takdir kereta tu bercalar. Nak buat macam mana. Kalau dia marah lagi awak cari je la bini no 3. Saya izinkan.

Cari la anak d4ra pulak. Mesti dapat punya. Awakkan pandai mengorat. Hehe’ Yass! Call banyak kali tak berangkat.

Hahahaha takut bini letteww. Itulah.. Orang suruh pindah gi kawasan lain taknak. Esoknya Ahad turn balik rumah sini.

Ayah aku tak bising pon. Dia diam je. Aku dengan adik–adik? Dingin dengan dia. Biarla dia dekat situ. Aku malas nak buat baik dengan dia. Malas nak bercakap. Kang aku menjawab dengan dia kang nampak derh4ka sangat pulak.

Lepas isya’ terus masuk bilik. Tidur. Malas nak bertembung dengan dia. Kang lagi banyak cekadak dia.

Isnin, pagi–pagi sebelum pegi kerja. Dia bawak keluar surat mintak pengesahan isteri pertama sebab nak gi daftar secara sah dekat Malaysia.

Ibu aku kata. Dia akan sign dengan syarat dia pindah dari sini. Ayah aku jawab ‘Ahh.. Takda syarat–syaratnya. Aku suruh sign tu sign je la.’ AKU.

Perkataan aku tu keluar. Ibu aku silap tak panggil aku waktu tu, kalau aku tau lah, memang aku dah bakar surat tu.

Kalau bapak aku halang aku. Aku nak bakar tangan dia sekali. Sebelum dapat api ner4ka, aku bagi dulu api dunia.

AKU FED UP! AKU MENYAMPAH! AKU BENCI DIA! Aku lebih rela dia tak balik rumah daripada dia balik dan tambah lagi kes4kitan hati kami.

Luaran kami memang kami buat macam tak ada apa yang berlaku. Tapi dalam hati ni. CaIar dia dah sampai tahap dah tak ada ruang untuk dit0reh. Kalau ditakdirkan Allah ayah aku kembali, aku tak rasa aku mampu terima dia semula.

Kes4kitan yang dia bagi ni buat aku jadi k3jam. Aku bukan manusia macam ni. Aku rindu diri aku yang dahulu.

Tapi aku bersyukur sebab dilanda ujian ni. Sebab apa? Aku dengan adik–adik m4kin rapat. Masing–masing dalam posisi masing–masing untuk jaga ibu aku.

Ibu aku terlalu fragiIe. Aku ibarat batu yang terbakar. Keras dan panas. Tempat untuk ibu aku bersandar kesejukan mencari haba.

Aku nak minta jasa baik pembaca–pembaca semua untuk doakan aku dapat kerja tetap dan diluaskan rezeki kami sekeluarga dan diberikan kesihatan yang baik.

Aku tengah praktikal sekarang. Hujung bulan ni habis. Aku nak Iindung keluarga aku. Bawa dorang jauh dari tempat asal aku.

Ayah aku taknak berganjak takpe. Biar kami yang pergi. Aku taknak dis4kiti lagi. Hati ibu aku yang paling utamanya.

M4kin hari m4kin kurus. Dari berat 80kg sekarang tinggal 52kg je. Tak lalu makan. Str3ss degan ayah aku.

Kalau jadi apa–apa dekat ibu aku, semuanya salah ayah aku. Kerana takdir yang dia pilih ni lah punca semua ni terjadi. See you in my next entry

Thank you for reading. – Si Gebu (Bukan nama sebenar)