Sbb xnk serabut kak ipar boleh tinggal 6 org anak dia kat rumah. Lepas tu minta isteri ak belikn makanan n tgokkan anak dia

Foto sekadar hiasan. Salam para pembaca semua, luahan saya ni tak panjang pun cuma nak bercerita prihal kakak ipar saya sorang ni.

Seorang surirumah tapi aktif menjalankan perniagaan jual ubat suppliment dalam talian dan kadang kala ada juga pergi ke rumah pelanggan untuk buat ‘checkup’

Bab ni saya tak faham, takde jurusan perubatan atau apa tiba-tiba saja boleh jalankan checkup ke atas orang,

siap ada alatan doctor segala, test dan result terus keluar dekat apps yang ada di komputer ribanya.

Lepas tu buat ulasan keputusan yang ada dekat apps tu dan terus syorkan supplements apa yang kononnya pes4kit (pelanggan) kena makan, sampai ke jantung, buah pinggang semua dia boleh ulas, aduh.

Dia juga selalu menganggu saya seakan memaksa saya mempromosi barangan jualan dia kepada kawan sepejabat dan ahli keluarga saya.

Menyuruh saya ‘post story di whatsapp, Instagram dan Facebook’ setiap hari,

Pada mulanya memang saya tolong, siap buat satu story khas lagi saya menceritakan suppliment yang dijualnya,

tapi kurang mendapat sambutan, kawan-kawan saya semuanya tak berminat langsung.

Lepas tu kakak ipar saya ni asyik bertanya ada orang berminat tak? Skit kepala nak melayan.

Part yang atas ni belum teruk lagi, part yang ni betul-betul saya tak boleh terima,

sejak kebelakangan ni dia kerap tinggalkan anaknya yang kecil-kecil seramai 6 orang di rumah,

Biasanya dari pagi hingga lewat malam untuk keluar berdua dengan suaminya, untuk pengetahuan dia kerap ya lakukan, boleh katakan setiap hari.

Tak tahu la apa pentingnya urusan sampai sangup tinggalkan anak kecil dekat rumah.

Sulung berumur 9 tahun, dia lah yang terpasa jaga & uruskan adik-adiknya, siap mandi bagi makan.

Sampai la ke harini, memang berterusan ya dia tinggalkan anak dia dan pergi berjalan senang hati,

bila tanya bagi alasan anak semua degil tak nak dengar cakap, lasak, tak mampu nak jaga, so penyelesaian, tinggalkanlah, aman sikit nak berjalan.

Kemuncak, dia tinggalkan anak-anaknya selama berhari-hari untuk keluar negeri atas urusan ‘kerja’ yang terlampau penting.

Call wife saya bagitau yang dia nak ke Johor selama seminggu, ada seminar, minta wife saya tengokkan anak2 dia di rumah,

siap bagitau ada tinggalkan duit pada anak sulung, suruh wife saya ambil duit tu dan belikan makaman setiap hari untuk anak-anaknya.

Yang buatkan saya lagi kecewa, wife saya kerja jauh, nak balik terkejar tengok anak buah dia, kena singgah beli makanan,

balik rumah dia dah letih, saya tak kisah urusakan rumah dan anak sebab saya memang selalu membantu,

Tapi kasihan wife kena drive extra jauh untuk beli makanan dan hantar pula ke rumah kakaknya dia Klang (kami tinggal di Damansara dan office wife di Cheras) sepanjang wife saya ‘busy’ prihal anak buahnya,

Saya ambil semua kerja rumah dan jaga anak, pernah juga luah dekat wife yang cara kakak dia ni salah,

tinggalkan anak kecil-kecil lepas tangan begitu saja dan lepas tu keluar travel tanpa rasa bersalah, kalau apa terjadi jangan putih mata.

Bagi yang tertanya kenapa saya dan wife tak ambil je jaga anak buah tu, saya kerja dan wife kerja,

kami ada routine dan kami juga menghantar anak kami di nurseri, itu saja la cara yang mampu dibuat.

Saya nak bertanya apa yang perlu dilakukan dalam hal ni?

Sejenis parents yang lepas tangan, berjalan tanpa pedulikan anak di rumah, anak bukan dah besar ya, kecil-kecil lagi,

perlukn perhatian penuh, saya perasan dia sendiri pun tak tahan dengan perangai anak-anaknya yang lasak belaka,

Saya rasa sebab itulah dia sangup buat macamni, nak tenangkan fikiran tinggalkan je anak di rumah, ke memang wujud orang macamni?

Wife saya pernah nasihatkan tapi bermacam alasan dibaginya, anak pandai urus diri la,

nak hadir seminar nanti budak kecil tak boleh masuk la, ada saja alasan, seoalah apa yang dia lakukan ni betul.

Bantu saya untuk saya berhadapan dengan orang macamni sebab sepanjang wife saya ‘busy’ uruskan anak-anak dia, kami kerap bergduh.

Letih saya macamni. Itu saja luahan saya, harap munkin ada sedikit nasihat untuk kami suami isteri ni yang terganggu emosi sebabkan orang lain yang mahu bersenang lenang.