Sbb ak xde BF, along kenenkn ak dgn sorg ustaz. Bila aku mengadu, along tak percaya, sekali patah gigi along kena tumbvk dgn tunang aku

Along kenalkan aku dengan lelaki alim ada BMW dan desak aku kahwin dengan lelaki tu. Aku takde pilihan tapi lama aku sedar tunang aku seorang yang panas baran.

Aku mengadu dekat Along tapi dia tak percaya. Satu hari aku berg4duh dengan tunang tepi jalan, dia tarik kolar baju sampai aku terangkat. Kebetulan Along lalu..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca, aku terdetik nak berkongsi kisah yang hampir sama dengan kisah penulis sebelum ni, cuma jalan cerita berbeza sedikit.

Tapi ni cerita lama, dah jadi sejarah. Aku pun dah berkahwin dengan orang yang aku sayang dan dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah.

Panjang tau cerita ni, kalau bosan, korang skip lah ye. 10 tahun lalu, masa tu umur aku 25 tahun,

aku ditakdirkan untuk menjadi yatim piatu selepas arw4h abah meninggaI asbab s4kit tua. Arw4h mama memang dah lama meninggaI masa aku kecik lagi.

Aku anak bongsu dari 9 adik beradik. Dan ketika arw4h abah meninggaI dunia, semua adik beradik aku dah berkahwin kecuali aku. Time tu aku baru habis master dan bekerja sebagai seorang pensyarah muda di sebuah IPT.

Bermulalah kehidupan aku hidup sendiri di rumah peninggalan, tanpa arw4h abah. Yelah, adik beradik dah kahwin.

Mereka duduk sendiri. Aku bersyukur, arw4h abah mama ajar kami adik beradik hidup berdikari sejak kecik.

Jadi, aku tak kekok sangat hidup sendiri. Masalah bermula bila abang sulung (abang long) risaukan aku.

Aku faham lah, sebagai abang sulung dia rasa bertanggungjawab dekat adik perempuan bongsu dia ni. Nak pula, dia sorang saja anak lelaki dalam adik beradik.

Dia pula tak boleh nak jaga aku sangat, sebab dia duduk jauh kat utara sana. Rumah arw4h abah mama di lembah Klang. Satu hari, abang long call aku.

Dia kata dia risau aku duduk rumah sorang, ke hulu hilir sorang. Dia nak aku kahwin.

Aku cakap dengan abang long, nak kahwin dengan siapa, BF pun takde. Aku ingat masa tu dia macam membebel, belajar tinggi–tinggi, BF pun takde. Bong0klah abang long. Takde kena mengena langsung belajar tinggi dengan takde BF.

Satu hari abang long kata dia ada calon. Jeng jeng jeng. Kat sini lah bermula kehidupan ner4ka aku.

Abang Long kata dia berkenan dengan mamat ni, aku panggil Y. Maka mulalah sesi perjumpaan aku dengan Y ditemani abang long.

First impression aku, erm not bad lah. Ada dua nandek hitam kat dahi (ala yang biasa jumpa kat orang alim tu katanya). Ada rupa lah juga.

Dan dia drive kereta BMW. Merecikkk koooo. Yang aku agak impress time tu, dia muda juga, cuma beza 2 tahun tua dengan aku.

Dan sepanjang perbualan kami, tak lepas dari mulut dia nama Allah, MasyaAllah, Subhanallah.

Oh lupa, orang panggil Y ni ustaz, sebab karakter dan ilmu agama dia. Bukan sebab diiktiraf dari mana–mana professional body.

Lepas perjumpaan tu, abang long tanya, okay tak Y tu. Walaupun first impression aku rasa okay, tapi aku takde perasaan dekat Y.

Tapi apa pilihan yang aku ada? Abang long dah desak–desak suruh kahwin. Aku rimas. So, aku cakap okay jelah.

Dengan harapan, aku dapat sayangkan Y lepas nikah. Cinta lepas nikah katanya, gittewwww.

Bermula lah perancangan kami untuk bertunang, dan bernikah. Kami ada masa masa sebulan lebih untuk bertunang dan 6 bulan, untuk bernikah.

Y kata, benda baik tak elok bertangguh katanya. Dalam tempoh sebulan sebelum bertunang, layanan Y terhadap aku tersangatlah baik. Sangat gentleman.

Sampai aku rasa, aku tak silap untuk terima Y. Kau bayang, keluar makan dia bukakan pintu kereta. Duduk meja makan, dia tarikkan kerusi.

Ya ampun, aku rasa akulah perempuan terbahagia di dunia. Hehe rupanya, Y buka cerita, lama dah dia berkenan kat aku.

Love at first sight katanya. Dia jumpa aku time kenduri kahwin kawan kami. Dia cari aku kat FB, tapi dia tak add aku.

Dia approach abang aku dulu. Kat sini aku rasa, bagus juga lah cara dia ni. Sehinggalah aku sah jadi tunangan dia.

Time ni lah dia buka topeng sebenar di sebalik title ustaz yang orang panggil dia tu.

Dia jadi sangat–sangat meng0ngkong, panas baran dan kuat menc4rut. Meh aku senaraikan per4ngai cel4ka dia:

1. Setiap kali sebelum kerja dia akan suruh video call untuk tengok aku pakai baju apa. Dia kata kena pakai baju patuh syariah dalam usaha jadi isteri yang baik. Kalau dia tak approve, aku kena tukar baju. Kepala bana dia. Mula–mula okaylah kot nak terima.

Tapi lama–lama, aku rimas. Aku tak ikut, Kadang–kadang, saje aku prov0ke dia. Bila dia suruh labuhkan tudung, aku m4kin singkatkan. Hehe saje cari pasal sebab geram.

Tapi, bila keluar aku turunkan balik tudung tu. Aku takdelah baik mana, tapi aku tahu juga hukvm hakam okay. Sebab tak dengar cakap dia, aku kena m4ki lah.

2. Dia pernah minta aku buat permohonan pada pengurusan tempat aku kerja, untuk minta mengajar pelajar perempuan sahaja. Tak boleh mengajar pelajar lelaki untuk menjaga ikhtilat.

Dia rasa atuk aku ada share kot dekat tempat kerja aku, sesuka hati nak request macam tu. Level kh1nzir terpaling tinggi dia capai.

3. Ada masa tu kami keluar cari barang kahwin, student lelaki aku call, tanya pasal satu event, dia terus r4mpas phone aku dan marah student aku, katanya tak menjaga adab dan ikhtilat. Aku malu weii dengan student aku. Kekh1nziran diternak–ternak namanya.

4. Dia memang rajin sebut nama Allah. Tapi tak kurang juga rajin mencarut tu. Setiap hari b4b1, bangs4t, lah4bau, Iancau, cincau cancau dah jadi makanan aku.

5. Ada satu hari kami berg4duh, dia kata dia nak ride laju–laju biar eksiden. Kalau dia eksiden, dia nak bagitau semua orang yang aku lah punca dia eksiden. Eh hangguk dia, blah lah lu. Bukan aku yang p4ksa kau ride sampai eksiden, giIa.

6. Setiap kali jumpa, dia wajib check hp aku. Dan dia akan delete semua mesej dari lelaki dan no lelaki.

Katanya, training menjadi isteri solehah untuk tak melayan ajnabi. Nombor sepupu aku pun dia delete. Kawan lelaki kat social media semua dia unfriend / unfollow / block.

Tapi bila aku nak check hp dia, tak boleh. Katanya, h4ram hukum bagi seorang isteri nanti selongkar barang kepunyaan suami. Training training training jadi isteri yang baik, macam sy4itonnirrajim

7. Dia tak izinkan aku sambung PhD, katanya tiada keperluan seorang perempuan sambung belajar tinggi–tinggi. Jadi suri rumah lebih banyak pahala.

Katanya nak aku jadi ketua bid4dari kat syurga nanti. Kau layan aku macam ibIis, tapi nak aku jadi bid4dari.

8. Dia suka call suka hati atuk jiran dia semata–mata nak nak check aku buat apa, dengan siapa. Kadang–kadang time kelas memang aku tak angkat phone.

Dia pernah call sampai 187 kali sebab aku tak angkat phone. Lepas tu, ingat lepas aku macam tu saja, hehehe memang tak lah. Confirm lah g4duh. Kalau g4duh, confirm lah kena carut. Mak ko hijo, bapak ko pink.

9. Dia pernah pertikaikan fizikaI aku, katanya buatlah something kat bre4st aku, nampak macam dah jatuh sikit. Ini paling tak boleh blah.

Kan aku suka meIawan, so aku jawab, eh kalau bre4st aku nak jatuh sampai ke lutut pun, aku susahkan hidup dia ke. Ustaz ke macam tu weii. Scaryyyy weii.

10. Dia tak bagi aku keluar ke mana – mana, tanpa dia. Nak h4ngout dengan BFF girls aku pun tak boleh. Tapi kau ingat, aku ikut ke? Hehehe memang tak lah.

Aku nak keluar, aku keluar saja. Tapi lepas tu memang berbakul kena b4bi. Macam lah takde binatang lain wujud. Lemahhhh…

11. Kalau g4duh, dia suka menjaja cerita pada adik beradik aku. Dan kebanyakan cerita adalah plot twist untuk menampakkan dia tak salah.

Kau bayang, kalau kahwin, setiap kali g4duh kena bagitau orang. Tak malu ke weiii.

12. Dan dengan perwatakan yang macam ustaz dan selalu sebut nama Allah tu, kau rasa takde cubaan dari dia untuk sentuh–sentuh tangan aku ke? Hehehehe lu fikir lah sendiri. Ustaz t4ik wuff wuff. Apa beza aku dengan Huda, dia tak meIawan.

Aku meIawan dan takde sikit pun aku menangis bila g4duh dengan dia. Dan aku bersyukur, aku ada d4rah naga yang membuatkan aku berani meIawan dia. Hehehehhehe setiap kali dia cakap aku b4bi, aku cakap dia j1n ifr1t.

Dia menjerit, aku melalak. Sampai dia pernah kata, aku ni bukan calon isteri yang baik. Akan jadi isteri yang nusyuz. Tapi aku minta putvs, taknak pula. Bakal isteri yang nusyvz ni jugalah yang kau kejar–kejar. Hatukk lu.

Mesti korang pelik kan, aku tak bagitau abang long ke? Aku dah bagitau, tapi maIangnya. Abang Long tak percaya aku, dia lebih percaya kata–kata ustaz oink oink tu.

Apalah yang Y r4cun abang aku. Tapi bukan salah abang long, semua orang takkan percaya cerita aku, kalau tengok perwatakan Y tu.

Macam ustaz madi lah juga kan. Aku mula–mula pun tertipu juga. Tapi jujur bila abang long tak percaya kat aku, aku rasa terkilan sangat. Sampai hati abang long lebih percayakan orang luar dari adik kandung dia sendiri.

Abang long siap cakap, aku made up stories untuk sengaja cancel kahwin dengan Y, aka ustaz madi versi oink oink.

Sebak bila abang long cakap macam tu. Macam lah aku ni jahat sangat. Kakak–kakak aku pula semua ikut keputvsan abang long.

Dahlah aku takde mak bapak, abang long, satu–satu lelaki yang aku ada sebagai tempat perIindungan aku time tu, tak percaya aku. Sedih weii. Aku menangis tulis ni. Tapi kak long (isteri abang long) back up aku kaw–kaw.

Tapi nak buat macam mana, kak long pun tertakluk dengan keputvsan abang long. Hehehe kak long, terima kasih back up dan percaya acu.

Acu sayang sangat kak long. Kemuncak cerita, masa tu aku basuh kereta. Hp tinggal dalam dashbox.

Y called aku, of course lah aku tak angkat. Startlah mencarut. Dia cakap betina sundaI keluar dengan jantan mana siaI, psik0 giIa wei. Sebab dah biasa dapat missed call beratus dari dia, aku takdelah rasa cuak sangat time tu.

Lepas habis basuh kereta aku terus pergi makan. Tak layan pun mesej dia ke apa. Tenang–tenang saje.

Hehehe nak takut apa, dia bukan suami aku kot. Tunang saja wei. Petang tu, baru aku jawab phone dia. Layankan saja lah m4ki hamun dia. Hehe.

Then dia ajak jumpa untuk bincang further tentang our relationship. Aku setuju jumpa, dengan harapan dia akan cakap nak putvs.

Dari awal memang takde hati kat dia, dia buat per4ngai lagi lah tertutup terus pintu hati.

Dah jumpa tu, mestilah g4duh dan aku kena m4ki. Aku syak, dia ada allergic. Kalau tak m4ki, boleh tumbuh kurap agaknya. Aku fed-up.

Aku minta dia berhenti tengah jalan. Biar aku balik sendiri. Rimas kena m4ki. Aku ugvt, kalau dia tak berhenti kereta, aku terjun.

Dan dia berhenti. Pun tak habis lagi. Sambung g4duh tepi jalan. Kereta lalu lalang nampak lah kan. Yang ni dia dah start naik tangan.

Aku meIawan. Tapi apalah daya kudrat aku sebagai seorang perempuan nak Iawan jantan macam tu.

Dia tumbvk aku, sampai lebam mata aku. Dan dia renggut kolar baju aku sampai terangkat juga lah aku.

Nak jadikan cerita, doa aku untuk abang long sendiri nampak Y ni buIi aku termakbul. Abang long aku lalu dan dia nampak semua kejadian.

Dia keluar dan meng4muk dekat Y. Ayat abang long aku tak boleh lupa, berpuluh tahun aku jaga dia, jentik pun tak pernah.

Kau siapa nak pukuI adik aku. Aku nangis weiiii. Sayang juga abang long kat aku. Taip ni pun aku nangis.

Pendekkan cerita, abang long setuju putvs tunang. Alhamdulillah. Tapi lepas putvs tunang, dekat 3 bulan aku tak jawab call dan mesej abang long.

Sebab aku merajuk sangat dia tak ada percaya aku bila aku perIukan sangat–sangat pertolongan dari dia.

Apa–apa aku mesej kak long dengan anak–anak abang long saja. Sampailah raya, kami berkumpul.

Abang long peIuk aku, menangis dan minta maaf cakap dia bersalah dengan arw4h abah mama sebab tak mampu pr0tect aku dan paling bersalah sebab dia tak percaya aku.

Dan dia sempat cakap, dia takkan pasang gigi palsu (masa bergelut dengan Y dulu, dia terpatah gigi 1), sebagai simbolik dia sayang aku.

Setiap kali nampak gigi ompong, dia ingat kat aku. Hehehehe bong0klah abang long. Dan abang long janji takkan p4ksa aku kahwin lagi dengan pilihan dia. Acu sayang abang long.

Apa yang aku nak cakap, selagi mana kita ni perempuan ada kekuatan, meIawanlah. Jangan biar kena buIi. Kita ada hak untuk rasa selamat dan dihargai.

Keluarlah dari hubungan yang t0xic. Jangan buarkan perasaan sayang membunvh dan menyiksa diri sendiri. Kita mampu mengubahnya.

To Y, aku tak tau kau hidup lagi ke tak. Kalau kau terbaca ni, treat people the way you want to be treated. Kifarah itu ada. Aku ampunkan kau. Sekian, Salam sayang. – Acu (Bukan nama sebenar)