Ak dgn Zack mmg skpala. Mlm tu kene serbu polis kmi sembuyi rumah org. Tiba2 dgr suara merdu dan sayu. Sjk tu zack mula brubah

Aku dan Zack lari dari polis malam tu dan menyorok dekat sebuah rumah kampung. Kebetulan malam tu hujan, perlahan kami cuba bukak pintu rumah dan paling terk3jut rumah tu langsung tak berkunci. Rumah nampak kemas macam rumah perempuan bujang, sekali tiba–tiba kami dengar bunyi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku harap cerita aku ni admin terima la dan kalau dapat disiarkan, terima kasih sangat–sangat.

Jadi sebelum aku cerita panjang berjela, aku bagi warning awal–awal cerita aku panjang dan 100% adalah kisah benar.

Aku perempuan. Oh tidakk.. Aku perempuan yang tak seberapa perempuan sangat sebab aku ni lebih kepada kelakian sikit per4ngai. Member aku banyak laki.

Pendek cerita, aku sebenarnya kira macam budak–budak bermasalah yang korang suka–suka hati cop gelaran macam tu kat kitorang.

Tapi memang ye pun. Kitorang suka buat per4ngai kadang–kadang tapi pelajaran kitorang still tip top. Nama aku dalam geng, Jaido. Jadi, panggil aku Jai je k.

Ok dipendekkan cerita, aku dan geng–geng aku selalu jugak laa melepak layan racing kampung.

Aku dengan Zack (nama samaran), memang baik habehhh!! Kitorang kira macam BFF je. Tapi takde pun cintan cintun bagai.

Dari kecik sampai besar aku memang dah rapat dgn dia. Otak kitorang sekepala. Nak dijadikan cerita, 1 malam tu, entah bila polis buat serbuan.

Selalu kalau ada operasi, geng kitorang akan tau. Tapi malam tu, entah macam mana kami tak dapat info.

Kelam kabut semua macam lipan nak selamatkan diri. Jadi aku naik je superbike Zack dan tinggalkan superbike kesayangan aku kat situ.

Malam tu malam paling giIa sebab polis merata–rata dah get ready. Jadi aku and zack taktau nak sembunyi mana sampaikan kitorang terp4ksa masuk dalam rumah orang. Rumah orang tu plak tak berkunci. Maka selamat la kitorang berdua.

Zack tarik slow–slow motor dia bawak masuk rumah tu. Kitorang sembunyi kat tepi rumah tu. Entah siapa punya rumah ntah.

Tapi kitorang bukan nak r0mpak cuma nak sembunyi je. Lama jugak kitorang sembunyi sebab takut giIa kalau mak bapak kitorang tau memang m4ti!

Kitorang bukan dari keluarga biasa–biasa. Kira mak ayah kitorang ni ada pangkat dan sibuk sampaikan kitorang ni dah macam liar sikit.

Dalam sejam lebih kitorang sembunyi, memang dah nak balik sebab rasa macam dah aman.

Tapi tiba–tiba lak hujan selebat-lebatnya dengan guruh dan kilat lagi. Memang tempias la kitorang kat tepi tu, kitorang cuba nak masuk dalam rumah tu sebab tengok macam sunyi je.

Masa bukak tu, memang bernasib baik giIa! Tak berkunci jugak.

Serius la tuan rumah ni? Rumah h4ntu ke ape ni? Jadi kitorang masuk terhendap–hendap sebab tak tahan sejuk kat luar. Kitorang duduk tepi pintu je.

Tapi deco dalam rumah tu, memang cantik giIa! Aku syak macam rumah bujang, mungkin perempuan.

Aku pun menggatal nak pi usha–usha rumah dia. Zack plak sibuk tengok apa ntah. Masa tu around 2 – 3 pagi dah.

Tengah asyik aku tengok bawah, tiba–tiba Zack tepuk belakang aku. Dia cakap dia dengar suara perempuan mengaji.

Sump4h! Merdu bacaan dia sampaikan aku yang solat pun berterabur bila dengar rasa sebak. Lama jugak aku dengan Zack terpaku.

Aku nampak mata zack macam berkaca je. Aku pun tak nak dok lama sebab rasa macam insaf sekejap bila dengar surah yang perempuan tu baca.

Tapi Zack ajak aku naik tingkat atas nak tengok siapa yang baca. Aku larang la. Kalau kant0i m4ti aku! Tapi dia nak naik.

Dia naik kat bilik paling hujung m4kin kuat bacaan tu. Aku follow je. Aku ni walaupun berani macam laki, kalau gelap–gelap macam ni cuak jugak.

Bilik perempuan tu tak bertutup. Zack pegi tolak pelahan–lahan. Lama giIa Zack tenung tapi budak tu belakangkan kitorang sebab kiblat dia menghala ke sana. Aku pelik tengok si Zack ni.

Memang dalam geng kitorang dia paling playboy tapi takkan budak yang dia tak nampak muka pun dia nak cekau? Setakat suara je, boleh jatuh hati.

Habis je mengaji, budak tu tadah tangan sambil angkat Quran dia. Syahdu giIa doa dia! Belum pernah aku dengar orang doa macam tu.

Biasa makcik–makcik, pakcik–pakcik je. Kalau budak muda, cau lincau je. Teresak–esak dia doa macam dia mohon sesuatu yang dia nak sangat dapat.

Aku tak berapa dengar sebab zack je intai sorang–sorang dengan kuat lagi hujan kat luar tu.

Kang aku tolak dia ke dalam, terjelepok dia, tak pasal–pasal kant0i dengan minah tu. Pastu bila nak dekat–dekat hujung doa budak tu, aku dan Zack kelam kabut la turun tangga.

Zack suruh keluar jugak dari rumah tu walaupun hujan lebat. Dia kata redah je, aku ikut je. Sejak dari peristiwa malam tu, Zack berubah habis!

M4kin pelik per4ngai dia. Dia tak banyak lepak dengan kitorang. Asal aku ajak lepak malam, ada je alasan dia.

Kat kolej tak payah cakap laa. Mengelak je dari aku. Sampai aku pelik, salah aku ke pasal serbuan polis malam tu?

Aku memang ramai kawan tapi dengan dia je aku lebih selesa. Aku terasa la bila dia dah berubah sejak malam tu.

Jadi aku nekad nak follow dia. Kalau korang nak tau, detektif terbaik ialah perempuan.

Dalam tempoh berapa jam je dia boleh settle kan kemelut melanda kat kepala hotak dia. Aku berjaya selesaikan kepelikan member aku tu.

Rupa–rupanya setiap malam dia pegi rumah perempuan yang dia dengar mengaji tu. Setiap malam dia jadi macam penyangak semata–mata nak dengar bacaan Al-Quran perempuan tu. Dia tinggalkan member sebab budak yang dia tak kenal tu.

Aku tak tau kenapa tapi aku risau kawan aku kena tangkap khaIwat nanti. Takut jugak budak tu sorang–sorang je ke kat rumah.

Esoknya aku tanya dia. Aku suruh dia terus terang kenapa buat aku macam ni. Kenapa tak cerita je kalau ada masalah.

Macam ni ayat dia yang buat aku tersentak. “Aku dah bosan jadi jahat. Sampai bila kita nak hidup macam ni.

Aku nak berubah tapi aku tak kuat nak ajak kau dengan geng kita yang lain. Bagi aku kenal diri aku dulu.” Weh? Kau berubah sorang?

Nak tinggalkan aku sorang–sorang kat jalan gelap ni? Habis apa kaitan dengan minah tu? Dia cakap dia jatuh hati masa malam tu.

Hanya suara je dia dah tertarik. Aku kesian tengok Zack sebab muka dia serabut macam tak kenal diri dia siapa.

Dia lagi serabut sebab mak dia dah aturkan perkahwinan dia. Biasa laa budak–budak macam kitorang ni,

mak ayah memang p4ksa kawin dengan pilihan hati diorang tapi memang pilihan tu baik–baik la daripada pilihan kitorang ni. Hahahaaa.

Walaupun hati aku belum terbukak lagi nak berubah tapi aku cuba nak tolong dia. Esok tu aku join aktiviti dia.

Zack tak turun dari motor tapi dia pegi park jauh sikit. Aku turun pergi rumah perempuan tu. Masa aku datang pagi, rumah tu sunyi.

Puas aku tunggu siapa tuan rumah nak keluar. Pastu aku nampak sorang pakcik keluar dari rumah, aku tanya la dia siapa. Dia cakap dia tuan rumah.

Lepas aku tanya macam–macam, pakcik tu cakap ada sorang budak perempuan yang menyewa rumah dia dengan kawan–kawan.

Tapi hari ni dia dah keluar. Aku mintak alamat dia sebab Zack p4ksa-p4ksa aku suruh tanya macam–macam kat pakcik tu.

Aku syak pakcik tu macam curiga dengan aku sebab dia nampak aku buat mimik muka kat Zack. Jadi, dia toleh tengok ada lelaki, tu dia tak nak inform banyak–banyak kat kitorang.

Yela aku tau muka aku dengan Zack memang muka macam tak boleh percaya tapi cover–cover la sikit muka tu pakcik.

Selesai je urusan dengan pakcik tu, aku inform Zack semuanya. Zack macam frust giIa tak dapat tau alamat perempuan tu.

Aku pulak naik tension. Zack bukan kenal pun perempuan tu macam mana tapi beriya nak cari jugak. Lepas sebulan gitu kitorang final, semua bawak haluan masing–masing.

Sebelum balik, sempat jugak mak bapak Zack jemput kitorang datang majlis Zack nanti. Aku tengok muka Zack macam kelam je.

Aku pendekkan lagi terus sampai wedding Zack. Masa aku datang, aku tengok Zack macam m4ti anak je muka. Aku nak tegur pun tak berani.

Tapi aku sempat jugak bagi nasihat supaya dia jalankan tangggungjwab sebagai suami dengan sebaiknya.

Bini dia cantik, lembut je orangnya. Dia layan je kitorang geng–geng yang ala–ala macam black metaI ni sebab dia tau kitorang kawan–kawan suami dia.

Dalam sebulan kahwin tu, Zack selalu lepak dengan kitorang. Aku mula – mula syok la sebab Zack dah ok dan nak lepak balik dengan kitorang.

Tapi aku lupa dia dah ada isteri. Bila aku tersedar tu, aku marah jugak la asal dia tak pernah lekat kat umah.

Kesian bini dia. Dia cakap sepanjang dia kahwin , dia tak penah tidur sekatil, tak penah tidur sebilik. Balik rumah pun kalau mak bapak dia datang lawat je.

Selebihnya dia tidur rumah Apak (member laki aku). Aku marah giIa–giIa kat Apak sebab tak bagitahu aku selama ni Zack tidur rumah dia.

Sejak dari g4duh besar kitorang malam tu, masing–masing dah mula bawak eg0 masing–masing.

Nak dekat setahun aku tak contact Zack ke Apak ke dan geng-geng yang lain sebab aku rasa macam aku pun macam dah nak mula insaf.

1 hari tu Zack call aku cakap nak jumpa. Aku pun memang rindu sangat nak jumpa kawan–kawan. Aku ikut je.

Biasa la kawan–kawan. Sekejap je lupa masalah. Dia ajak lepak tempat biasa. Aku tengok dia happy giIa.

Aku pun tertanya–tanya la, dia ceraikan bini dia ke? Dia dah jumpa minah mengaji sedap tu ke? Macam–macam soalan aku.

Zack buat lekk je minum kopi. Aku p4ksa–p4ksa suruh dia cerita. Last sekali baru dia bukak mulut.

“Aku dah jumpa perempuan yang bukakkan pintu hati aku tu.” Tersembur air kat mulut aku! Aku dah gak! Pehh kesian la bini dia nanti.

Aku tau sangat per4ngai Zack ni. Dia kalau nak, memang dia cari sampai dapat. Sampaikan yang ada depan mata pun dia boleh tolak ke tepi.

Aku yang memang dah insaf ni, macam terkilan. Taktau la naluri keperempuanan tu dah ada sikit kat diri aku ke ape.

Asyik touching jee kalau benda–benda sentimentaI camni. Pastu aku angkat kaki nak blah. Aku tak nak tergolong dalam orang yang termasuk dalam kes cerai berai ni.

Zack tahan aku suruh dengar. Aku rasa macam cerita tamil dah lakonan aku dengan Zack masa tu.

Pastu Zack cakap, ”sebenarnya bini aku tu perempuan yang aku nakkan tu.” Terlopong mulut aku. Adakah ini cinta?

Ehh. Adakah ini takdir hidup kawan aku ni? Serius lah? Dia kata, sejak g4duh besar tu, Apak tak bagi tidur rumah dia lagi.

Jadi malam–malam dia terp4ksa tidur dekat rumah dia. Tapi masih tak berborak atau duduk sebilik dengan bini dia.

Tapi malam–malam bini dia selalu bangun tahajud and mengaji. Alunan dia, Zack cakap sebijik macam perempuan kat rumah tu.

Allah!! Lagi aku sebak. Aku rasa roh kewanitaan dah mula masuk dalam diri aku. Aku menangis beriya.

Menangis sebab tengok kawan aku gembira dan menagis sebab tengok keajaiban kuasa Allah buat orang–orang macam kami ni.

Macam–macam cara Allah kirimkan untuk kami berubah. Zack berubah lepas dengar suara perempuan mengaji, aku berubah lepas Zack kahwin, kawan–kawan aku yang lain pun banyak dah berubah. Yela. Sampai bila kami nak hidup dalam d0sa?

Zack dah kahwin dan sejak dia tau bini dia tu la perempuan yang dia suka dulu tu, dia lagi banyak berubah dan dekatkan diri dengan Allah.

Selalu jugak aku nampak dia solat kat masjid. Sejuk je perut aku tengok. eh ehh! Ahh tak kisah la perut sape yang sejuk.

Tapi aku rasa kisah Zack ni paling sweet yang pernah aku tengok secara live! Buat kawan aku Zack dan bini dia Sumaiyyah, aku doakan perkahwinan korang kekal hingga ke anak cucu. Terima kasih Sumaiyyah sebab berjaya bukakkan pintu hati member aku.

Kalau aku ada anak, aku nak letak nama kau sebab nama kau pun sedap jugak. Dan aku rasa nama tu macam nama zaman nabi.

Entah laa aku masih lagi menuntut agama dengan ustaz. Ustaz? Hehe. Doakan ada rezeki aku lak naik pelamin ye.

Aku segan nak cerita pasal aku tapi aku suka dengan cerita Zack. Aku kongsi sebab aku nak korang tau, budak–budak liar mcm kami ni,

teruk macam mana pun h1naan dan caci m4ki kami terima dari kalian, Allah masih sayang dan hantar manusia–manusia yang baik untuk paut tangan kami dari terus tergelincir masuk ke ner4ka.

Tapi kalian–kalian yang mengh1na kami seolah–olah confirm masuk syurga tu, aku tengok ada yang dah terpelanting semula kata–kata dia kat diri dia sendiri. Ok tu je dari aku. – Jaido