Suami suruh aku beramal solat tp dia xprnh solat puasa pn tinggal ,rupanya suami ada lakukan amalan lain

Foto sekadar hiasan. Rentetan kisah-kisah perawat dan dukun yang sedang agak hot sekarang, terbuka hati saya untuk share kisah peribadi, pengalaman hidup dengan seorang bomoh.

Untuk makluman semua, saya telah pun berceraai dengan bomoh ini, masuk ke tahun ke-6.

Sepanjang menjalani rumah tangga selama sepuluh tahun, saya lihat bekas suami banyak mengubat orang saakit, dari saakit biasa hinggalah saakit-saakit spiritual.

Selain mengubat orang, dia juga pandai mengeluarkan benda-benda purba yang pelik dari perigi, tanah, sungai dan banyak lagi.

Pernah saya lihat depan mata saya sendiri, bagaimana dia menangkap parang berwafak yang sedang terbang.

Pernah juga dia menghadiahkan 7 butir batu permata biru berbentuk hati yang saya dapat dari beras kunyit yang saya buat sendiri, saya sendiri sediakan dalam mangkuk putih, atas arahannya.

Memang semua saya buat sendiri, mustahil untuk bekas suami masukkan batu2 tersebut dalam beras kunyit tu.

Selain tu, kerap saya terjumpa batu permata kecil-kecil bila sedang vacuum atau sapu rumah. Berkerlipan atas karpet. Pernah saya jumpa 7 butir permata warna ungu pucat, saya kutip satu-satu atas karpet. Bekas suami kata ada pelawat tinggalkan hadiah.

Pada awal perkahwinan, sy tidak pernah syak apa-apa. Saya sendiri pada ketika itu, tak pandai agama, sedang bertatih dekatkan diri dengan Allah SWT.

Bekas suami yang selalu ingatkan saya untuk solat dan beramal. Tapi malangnya, jarang sekali saya nampak bekas suami solat atau mengaji. Puasa pun kerap tinggal.

Lama-kelamaan, saya jadi syak dengan amalan-amalan bekas suami. Semakin dekat diri saya dengan Allah, semakin banyak tanda tanya.

Pernah dia mempamerkan kekebalan dirinya dengan menghiris tangannya dengan pis4u apabila menggenggam batu delima di hadapan tetamu kami di rumah. Rumah kami memang sering jadi tumpuan tetamu.

Tiba-tiba, entah macam mana, dengan celuparnya saya terus bertanya, “Kenapa Rasullullah tak guna ilmu kebal ni masa perang? Kenapa baginda pun p4tah gigi dan mukanya cedera masa perang?”

Muka bekas suami terus berubah, koyak, dan dia terus suruh saya masuk bilik. Sejak hari tu saya tak dibenarkan sertai tetamu. Hanya perlu sediakan minuman dan lepas tu kena duduk bilik.

Lagi satu, lama-lama saya perasan, apabila merawat pesaakit, memang tak dengar sebarang rukyah dari mulut suami. Hanya Bismillah dan kemudian bacaan yang tidak dapat didengari.

Dia banyak gunakan alatan seperti keris lama, wafak, minyak buluh perindulah, teras dan kayu, mandi bungalah, dan macam-macam lagilah dari perubatannya.

Selain tu, bekas suami juga boleh menurun. Tapi yang masuk dalam badannya, dikatakan Wali Songolah, Raden Dandiar lah, Putri-putri lah, hish macam-macamlah. Tapi takdelah bekas suami buat benda yang salah, memang dia merawat orang, tapi saya rasa banyak persoalan.

Yang paling saya tak suka, bekas suami claim perawat Islam tapi syariat tak buat dan saya taknak go into details, buat dosa-dosa besar, which antara sebab perceraaian berlaku.

Banyak sangat pertikaian dan kekeliruan dan bekas suami bukanlah seorang yang transparent, yang boleh dibawa berbincang, silap haribulan terbang periuk Noxxa kami (memang pernah pun).

Dalam tempoh proses ceraai, dia ada juga ganggu saya secara kasar (of course) dan secara halus. Eg0 lelaki kan. Saya pindah dan hidup dengan anak-anak.

Saya tak bekerja, jadi untuk mulakan hidup saya berniaga makan. Dalam proses perceraaian tu, saya ada jtuh saakit beberapa kali.

Saakit paling teruk, perut saya jadi besar macam orang mengandung 6 bulan. Anak-anak saya pun tegur kenapa mama buncit. Saya kerap saakit perut lepas makan, rasa sebu dan asyik nak membuang.

Saya pergi buat checkup di hspital swasta, buat ultrasound, doctor cakap tiada apa masalah kesihatan, hanya colon system saya a bit active. So saya tahu ni bukan saakit biasa.

Saya confront bekas suami, saya slow talk dengan dia, saya cakap saya ada anak-anak yang masih kecil untuk saya besarkan. Kalau ini perbuatan dia, saya minta dia tarik balik.

Tak lama lepas tu, perut saya surut. Nampak tak permainannya?

Pernah satu tengahari, saya tertidur di sofa. Saya bermimpi didatangi satu makhluk yang sangat besar bersila di depan saya. Dia perkenalkan dirinya dengan nama yang panjang. Dalam nama itu ada nama bekas suami, di tengah nama yang panjang tu ada nama Ifrit.

Makhluk ni pujuk untuk saya kembali pada bekas suami. Semasa menaip ini pun, saya masih boleh ingat dengan jelas lenggok suara makhluk tu. Lembut, memujuk.

Saya bentak makhluk tu, saya kata sampai akhirat pun aku takkan balik pada dia. Terus saya terjaga, berpeluh-peluh saya menggigil. Bila tengok jam, saya baru tertidur kejap, tapi rasa dah lama betul tidur.

Sepanjang tempoh saya berkahwin dengan dia, saya diberi pelbagai barang,

Wafak dan azimat seperti keris kecil, Al-Quran kecil yang saya jadikan loket rantai, tasbih besar yang dikatakan kain kiswah, bulu kijang putih yang diwafak, batu dan geliga dan banyak lagi. Semuanya telah saya buang ke dalam sungai yang dalam.

Saya masih ingat ketika saya campakkan tasbih besar yang diberi pada saya ke sungai, bunyi celupan tasbih tu ke dalam air macam saya campak benda berat, padahal ringan saja fizikalnya.

Saya buang sebab bila saya koyakkan dalam gumpalan kain tu, ada kain kuning yang mencurigakan.

Hati saya rasa sungguh tenang kerana saya telah buang barang-barang tersebut dan sekaligus buang rasa bertawassur kepada barang dan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT sahaja.

Bekas suami juga menurunkan amalan-amalan tertentu untuk saya amalkan, seperti amalan Laduni, yang dikatakan boleh buat tarik duitlah, tarik baranglah, jadi hebatlah senang cerita.

Amalannya terdiri dengan ayat-ayat suci Al-Quran juga, tapi ada memetik nama-nama tertentu, yang buat saya tak selesa dan was was. Bagi saya biarlah amalan itu untuk mencari redha Allah.

Pembaca sekalian, bagaimana saya merawat diri dan membebaskan diri dari belenggu makhluk-makhluk bekas suami?

Saya dekatkan diri dengan Allah SWT. Saya perbaiki solat, banyakkan solat tahajud dan saya dinasihati oleh seorang hamba Allah, juga perawat, untuk mohon ampun pada ibu dan bapa saya.

Perawat ada info saya, yang besar kemungkinan saya telah dibodoh-bodohkan selama ini.

Hidup umpama dalam gelas kaca yang tertangkup, Nampak kebenaran tapi samar-samar sebab kabus dari nafas sendiri. Saya redha, dan saya nampak hikmah disebalik penganiyaan ini, syukur Ya Allah.

Semasa dalam proses rawatan, perawat yang saya jumpa ni bagi tahu, saya mampu merawat diri sendiri. Dia cuma advice amalan apa yang baik untuk saya amalkan.

Amalan-amalan biasa sahaja, yang kita pun biasa amalkan lepas solat. Tak perlu bertapa, ijazah atau sebagainya. Saya amalkan bacaan surah al-baqarah, bacaan manzil dan lazimi hati dengan instighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Pernah perawat mengajar saya untuk pagar rumah dengan membaca penuh surah Al-Baqarah selesai solat Isya.

Semasa saya baca, memang ternampak di hujung-hujung mata kelibat berjalan ke sana-sini. Saya teruskan saja bacaan hingga selesai. Lepas tu saya qamat di setiap penjuru rumah.

Saya bukan orang hebat, jauh sekali alim. Tapi saya diajar menanamkan keyakinan kepada Allah SWT yang berkuasa atas segala sesuatu, tiada yang lebih berkuasa darinya. K

eyakinan ini memberikan kekuatan untuk diri saya yang serba kekurangan dalam menghadapi masalah-masalah yang sukar diterangkan seperti ini.

Sebenarnya banyak lagi unexplained incidents dan mimpi-mimpi yang surreal saya alami semasa proses battle dengan bekas suami masa dalam proses ceraai.

Semua pertempuran yang saya alami adalah dalam bentuk spiritual, sukar diterangkan. Sehinggalah saya berpindah balik ke hometown saya barulah agak reda gangguan-gangguan.

Para pembaca, nasihat saya, dari pengalaman saya, yang saya lihat sendiri, berhati-hatilah apabila berjumpa dengan perawat. Saya faham, bila kita saakit spiritual, lain dari saakit fizikal yang kita nampak, yang memang sahih cara rawatannya nyata.

Kita dalam keadaan tertekan dan terdesak, hati kita mudah terpesong dengan meletakkan keyakinan kepada manusia, lagi-lagi bila dikatakan manusia ini hebat, manusia itu hebat. Sedangkan, Allah sedang uji hati kita, keyakinan kita atas kuasanya.

Allah mahukan kita minta DIRECT padanya, selagi berdaya, selagi hati masih mampu berkata, bukan suruh orang doakan, tawarkan air, atau jampikan.

Mohonlah pada Allah diberikan shifa, atau diberikan jalan keluar, dilorongkan kepada orang-orang yang hak dan soleh untuk membantu.

Yakinlah yang Allah akan bantu, yakin dan yakin. Allah tak pernah mungkir. Perbaiki hubungan dengan Allah dan ibu bapa (jika masih ada), jika sudah tiada jangan putus doakan mereka selagi hayat kita ada.

Saya doakan semua yang sedang hadapi masalah spiritual diberikan jalan keluar yang benar.