Aku bagi kad ATM dekat suami masa aku nak bersalin, dalam 9 hari je dia kebas semua duit gaji dan bonus aku

#F0to sekadar hiasan. Hi Admin, tolong ye hide kan profile Aku. Aku kahwin tahun 2006, 4 tahun lepas tu baru dapat anak.

Dalam tempoh 4 tahun tu walau laki aku curang ke apa, aku tak ambik tahu, Aku relax je. Nafkah isteri memang sampai sekarang tak pernah bagi bulan – bulan.

Aku tak kisah sebab nak jaga hati sendiri, malas nak berg4duh masam muka. Selama 4 tahun tu 3 bulan je duduk menyewa, pastu laki aku kata kita kena pindah.

Aku pun ikut je la. Tak banyak soal, rupanya sebab dia tak bayar sewa.

2006 Dec, kami duduk rumah mak ayah aku, rumah tu takde orang duduk. Off course la sewa dia tak bayar, jangan kata sewa rumah, bil api air pun dia tak bayar.

Masa aku mengandung, dia ada je kat rumah, Aku pergi kerja, dia tak pergi, makan gaji buta.

Sampai boss dia datang rumah kami cari dia, tinggalkan surat kat post box, Aku balik, aku ambik surat tu.

Baru Aku tau dia MIA kat tempat keje. Yang aku pelik dia tak pergi kerja tapi duit gaji dia habis jugak, duduk rumah free je pun.

Pernah aku balik kerja, dia lepak dengan kawan kat mamak je pun, portion makan dia aku yang kena belanja.

Sedih sangat, semua perbelanjaan atas bahu aku. Masa aku mengandung, baju pregnant pun mak aku yang belikan, dia? Lagi sebulan nak bersalin, baju baby persiapan baby langsung takde.

Anak yang ditunggu 4 tahun tapi satu sen pun dia tak kisah. Aku masuk hospitaI lama, 2 minggu sebelum bersalin aku dah masuk hospitaI.

Kebetulan bulan Disember aku dapat bonus, aku bagi dia ATM aku. Aku bersalin secara pembedahan, 3 hari lepas bersalin baru aku keluar dari hospitaI.

Balik tu sebenarnya aku tak tau lagi nak duduk rumah sendiri ke atau dengan mak ayah aku.

Ada laki pun macam takde je, dia pun tak kisah aku nak berpantang macam mana. Jadi aku buat keputvsan nak berpantang rumah mak ayah aku je.

Masa balik tu, aku tanya duit aku ada lagi tak, Dia kata dah habis. Sedih giIa aku, bonus dengan gaji aku, sikit pun aku tak merasa, baby baru aku pun tak merasa. Dapat 26 hb, 5hb dah habis licin.

9 hari je, dia boleh j0li dengan duit aku, masa aku dalam hospitaI, gaji dia jangan cakap la.

Memang aku tak pernah tanya pun. Untuk pengetahuan korang gaji dia lagi banyak dari aku.

Dalam 2 – 3 hari lepas keluar hospitaI, baby aku macam ada masalah sampai aku setiap saat kena tukar pampers. Aku ingat baby s4kit kena cirit birit, aku bawak pergi kIinik.

Aku risau tambah lagi sebab aku menyusu badan. Masa dalam kereta aku duduk belakang, aku nampak ada kasut perempuan.

Aku sedih giIa masa tu, nasib baik mak Aku ikut, takdela aku mer0yan. Aku lagi risaukan masalah baby, tapi yang sebenarnya doktor kata memang kerap tukar pampers kalau menyusu badan.

Paling aku terkilan bila seminggu aku dalam pantang dia pergi Thai selama 8 hari sampaikan aku tak tahu pun yang dia ambik cuti.

Bila aku tanya, bila dia nak balik? Dia kata, tak tahu lagi. Aku ingatkan takdelah dia sampai ambik cuti bagai.

Aku tau pun sebab aku call office dia, kakak ofis tu yang bagitau dia cuti. Cuti bini bersalin tapi dia pergi Thai.

Aku dalam pantang kot, anak sulung pulak tu, dengan baru nak adapt dengan anak aku, dia takde fikir langsung. Mujur aku duduk dengan mak ayah aku.

Dalam tempoh seminggu tu tak dapat call tak dapat contact, mak dia pun tak tahu dia ke mana.

Serious aku benci dengan mak dia, tak ajar anak, tak ambil kisah. Dahlaa masa kahwin pun aku buatkan loan untuk hantaran aku.

Tapi bila abang dia nak kahwin dalam tahun 2006 jugak ye, mak mertua boleh bagi 5k untuk abang dia.

Loan aku, aku yang bayar. Bukan sekali ye, 2011 abang dia lagi sorang kahwin pun mak mertua bagi 5k.

Tapi masa suami aku kahwin ada diorang kisah? Loan aku buat tu untuk hantaran aku dan lebihan loan, belanja majlis kahwin rumah suami.

Macam jantan pulak aku ni. Aku tak akan halalkan dunia akhir4t. Nantilah aku sambung em0 sangat.