Dimana silap sya sbgai Isteri. Baru kawin tp suami tak nak sentuh sya lgi. Awl kawin pernah suami nk sentuh tp xbsedia.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum, saya mohon pendapat dari semua, sebelum tu mohon admin hide profile saya ya. terima kasih. Perkahwinan kami masih sgt baru. kami baru bernikah lebih kurang 6 bulan.

sebelum berkahwin, kami tidak bercinta, hanya kenal2 begitu shj ditempat bekerja lama.

Suami approach saya melalui kwn dan kami melalukam istikharah seperti mana org lain dan akhirnya decide untuk berkahwin. Bagi menjaga batasan sebelum berkahwin kami jarang contact apatah lagi bertemu,

hanya jika contact jika ada hal penting shj dan hanya bertemu sekali ketika bertunang. Dan ketika itu saya harap selepas berkahwin kami akan lebih rapat, namun tidak seperti yang saya jangkakan.

Untuk pengetahuan, kami tinggal berasingan sejak nikah oleh kerana tuntutan kerja, jarak kami dlm 5-6jam perjalanan..

saya dan suami keduanya bekerja sbg salah seorang dari frontliner, oleh itu kami sgt jarang bertemu kerana sukar untuk cuti.

Dalam sebulan hanya sekali atau paling kerap dua kali bertemu jika cuti diluluskan.

sebelum saya sambung, izinkan saya mengulas sedikit berkenaan character suami saya (sepanjang observation saya setelah berkahwin).

suami saya seorang hamba yang sgt taat pada Allah, tidak pernah tinggal solat dan mengaji,nafkah zahir juga tidak pernah culas diberi.

Cuma pada amatan saya beliau seorang yang introvert, pendiam, kurang gemar bercakap dan lebih byk menghabiskan masa sendiri bersama telefon atau tidur.

manakala saya seorang yang sgt berbeza, saya seorang yang gemar berbual2 bersama keluarga periang dan mudah caring kpd org sekeliling (terutama kpd family dan kwn2 rpt), ya kami punyai character yang berbeza.

Sambungan. setelah berkahwin, walaupun hari2 kami sibuk kerana tuntutan kerja, saya cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik.

Setiap pagi akan bertanya ttg khabar, bagaimana hari suami melalui whtsapp dan bercerita tentang hari saya..

namun saya dapati komunikasi kami ternyata hanya satu hala dan kebanyakkannya sgt hambar.

Mulanya saya cuba ambil hati suami dan tetap bertanya keadaan suami, makan minumnya dan teruskan komunikasi kami melalui whatsapp,

tidak lupa mengucapkan selamat mlm kpd suami dan mohon maaf jika ada silap dan salah. saya sgt berharap supaya tersemai rasa kasih sayag antara kami.

Akan tetapi setelah berbulan2, masih tiada komunikasi dua hala, sepatah ditanya hanya sepatah jua jawapannya..

jauh sekali untuk bertanya tentang khabar saya disini apatah lg mkn minum saya.

Setelah berbulan begitu, saya mula merasa kecewa akan perbuatan suami. pernah beberapa kali saya tanyakan kepada suami mengapa beliau berlaku begitu?

jawapannya kerana suami kurang gemar berwhtsapp/berbual2, beliau bukan seorang yang romantic.

ternyata beliau meluahkan dan merasakan saya sentiasa tergdik2 dan manja dengan beliau.

cara layanan saya juga kurang digemari ketika bertanya ingin makan apa/sedap atau tidak, katanya rimas dngan soalan2 itu.

Tidak seperti bagaimana ibunya membesarkan beliau dirumah ketika kecil hingga sekarang, tiada soalan2 yang sebegitu. Luluh benar hati saya setelah mengetahui tentang itu.

Saya menerangkan kpd suami yang saya hanya ingin ambil berat pdnya, ingin eratkan hubungan kami kerana komunikasi sgt2 penting tambahan kami tinggal berjauhan,
juga saya terangkan harapan saya supaya kami lebih kerap berkomunikasi. Namun harapan tinggal harapan. semakin hari semakin kecewa.

Saya mula jauh hati dan mengurangkan contact suami. Selang 3 hari dan akhirnya berminggu tanpa whtsapp, apatah lagi call, jauh sekali..

tenyata benar, suami tidak pernah contact saya jika tidak saya yang memulakan. mungkin kedengaran seperti anak kecil, tetapi sebagai seorang wanita biasa.

terkadang saya juga berharap suami sudi bertanyakan khabar saya, bertanyakan tentang hari saya. tetapi sangkaan saya meleset.

saya mulai rasa spt dipinggirkan dan kecewa mula bertambah. namun, tiap kali seusai solat, tetap saya panjatkan doa agar Allah bukakan hati kami, disemaikan rasa sayag dlm hati2 kami

dan tetapkan hati ini supaya terus bersyukur dengan segala yang Dia beri. Setelah berbulan bergelar suami isteri suami belum lagi menyentuh saya dan pernah sekali suami ingin menyentuh ketika awal perkhawinan namun ketika itu saya agak takut dan belum bersedia. saya meminta masa dari beliau. Suami faham dan beri saya ruang.

akhirnya ketika kami berjauhan, telah saya pohon maaf kpd beliau dan bersedia untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri dipertemuan kami seterusnya.

Namun setelah pertemuan kami seterusnya, sesekali ketika suami dtg ke rumah saya (saya menyewa sendiri) beliau lebih byk menghabiskan masanya sendiri didalam bilik tetamu,

jauh sekali ingin menghabiskan masa bersama saya.. waktu mlm beliau akan terus ke bilik tetamu untuk tidur.

Sedaya upaya saya menjadi yang terbaik untuk suami, cuba mencantikkan diri dihadapan suami, solat jemaah bersama, masak untuk beliau, mengajak beliau berbual.

Akan tetapi seusai mkn dan solat, beliau akan terus ke bilik tidur tetamu untuk tidur..

terkadang saya terasa hanya seperti housemate bukanlah seorang isteri. Tercetus dlm fikiran, adakah kehidupan berumah tangga seperti ini..

dimana silap saya.. adakah keinginan saya sebagai seorang isteri ingin menghabiskan masa bersama suami seperti pasangan yang lain ini keterlaluan. Walaupun begitu, suami juga masih punyai sisi yang baik.

Suami masih sudi travel jauh untuk bertemu, dan sgt2 saya hargai. Beliau juga tidak pernah culas memberi nafkah zahir buat saya. Terima kasih abg.

bagi mengatasi masalah ini, saya cuba perbanyak membaca buku2 tentang rumah tangga, mendalami character suami melalui video2 character, video counseling rumah tangga dan senantiasa berdoa agar Allah permudahkan jalan ini.

namun, hingga kini masih belum bertemu jalannya. harapn hanya tinggal harapan, hingga hari ini telah hampir 2 minggu kami tidak contact..

Adakah saya terlalu eg0 atau keinginan untuk bahagia ini keterlaluan.. terkdg menitis jua air mata memikirkan perhubungan ini.

saya mengerti masalah saya bukanlah serius seperti pasangan lain yang diuji Allah dengan perkara yang lebih berat.

Cuma saya amat takut untuk menghadapi masa depan jika berterusan begini. Apakah yang perlu saya lakukan?

dimanakah silap saya, dan bagaimana boleh betulkan kesilapan saya. Mohon pandangan semua dari sudut pandang seorang dari lelaki dan juga wanita. Terima kasih. Semoga Allah redha. Yang masih belajar juga ingin bahagia.