Kak Ipar selalu buat hal sendiri je, urusan anak2 smua emak yg uruskn. Tiba2 minta cerai dan bawak lari anak2.

#Foto sekadar hiasa. Apa yang ingin saya perkatakan dalam ruangan ini memang tidak kena mengena dengan diri saya,

tetapi secara tidak langsung menjangkau kehidupan ibu bapa serta kami adik beradik,

rasanya saya berhak melahirkan isi hati saya walaupun emak saya tidak berminat bercerita apa lagi mencampuri masalah rumahtangga anak menantunya.

Ia bermula daripada masalah perkahwinan abang saya walaupun dia anak sulung lelaki, tetapi dia anak kedua daripada kami berlima beradik.

Walaupun saya anak kelima, tetapi saya terlihat dalam membantu membesarkan dan menjaga anak–anak abang saya ketika mereka tinggal bersama kami.

Abang saya ni kelulusan tidaklah berapa tinggi, tetapi dia bernasib baik dapat jadi penyelia,

namun pendapatannya tidak setinggi isterinya yang berkelulusan kolej pendidikan dan kemudian menyambung belajar hingga dapat ijazah.

Ketika mula nak kahwin dulu, emak dah nasihatkan abang, “boleh ke engkau beristeri dengan budak tu, kelulusan dan gaji kau tak setinggi dia?”

Abang kata kawan perempuannya itu tidak ada masalah, lagi pun keluarganya cuma orang kampung, dan mereka baik.

Masa mereka berkahwin saya masih belajar tingkatan enam, oleh kerana kami tinggal di pinggir bandar, abang dan isterinya tinggal bersama kami.

Walaupun rumah tak besar, tetapi ada 3 bilik, adik beradik lain sudah kahwin dan duduk sendiri.

Kata abang mereka duduk sementara dengan kami sebab tak ada orang nak jagakan anaknya bila isterinya bersalin nanti.

Walaupun rumah kami penuh dengan cucu emak yang lain setiap hujung minggu. Sebab semua cucu sayangkan datok dan nenek (emak saya).

Bukan kerana kami orang senang, tetapi mereka suka berkumpul bersama. Biasanya hujung minggu penuhlah rumah kami.

Tetapi ini tidak berapa disukai oleh kakak ipar, iaitu isteri abang saya bernama kak ipar.

Biasanya bila adik beradik datang, abang dan kak ipar akan keluar, dan balik lepas jam 10 malam, ke mana mereka pergi kami tak ambil tahu.

Demikianlah juga halnya setelah kak ipar mengandung. Bila dalam pantang dia balik ke rumah emaknya.

Sudah pastilah bila sudah melahirkan jadi tanggungjawab emak menjaga anak kak ipar. Belum sampai umur 2 tahun, mengandung lagi, pastilah emak yang menjaganya.

Kalau sebelumnya saya bantu emak, tetpai setelah saya lanjutkan pelajaran, emak jaga seorang diri. Peliknya malam pun emak terp4ksa jaga, buatkan susu bayi.

Bukan kak ipar. Oleh kerana kak ipar tengok saya lanjutkan pelajaran, dia pun nak belajar sama, katanya ada peluang.

Jadi secara tidak langsung emaklah yang jaga 2 orang anak kak ipar siang malam, dan dibantu oleh abang bila ada masa lapang.

Kak ipar ipar tak peduli anaknya dah makan atau tidak, dah mandi atau belum, dia tahu balik kerja dengan abang terus masuk bilik, dan keluar untuk siapkan makan malam, lepas itu masuk bilik semula konon nak belajar.

Jadi dia tidak ambil peduli kerenah anak– anaknya ikut pandai emak dan abang jaga dan uruskan.

Saya puji emak dia sanggup jaga cucu–cucunya tanpa banyak soal. Demikian juga bila hujung minggu bila ramai cucu datang berkumpul, semua emak layan.

Tapi hujung minggu kakak dan kakak ipar datang tolong emak ke dapur memasak dan kemas rumah yang bersepah.

Kak ipar tak pernah memasak, dia cuma tahu senduk nasi dan gulai untuk dihidangkan atas meja dan makan,dan cuci pinggan mangkok selepas makan, tak lebih dari itu.

Pakaiannya dia cuci sendiri, tapi pakaian abang dia suruh abang hantar cuci di kedai, sebab dia tak larat nak cuci apa lagi nak gosok.

Pakaian anak–anaknya emak yang uruskan. Tetapi satu masalah yang saya dapat rasakan kak ipar berubah per4ngai jadi perengus, pemarah pada abang sejak dia lanjutkan pelajaran.

Saya perhatikan abang banyak bersabar. Satu per4ngai buruk kak ipar bila kehendaknya tidak diikuti (saya tak tahu masalahnya dengan abang) dia akan bawa anaknya lari balik kampung, beberapa hari.

Untuk meredakan suasana biasanya emak akan pujuk abang supaya pujuk kak ipar balik.

Agaknya kerana itulah juga abang sentiasa merendah diri pada isterinya walaupun kena tengking.

Emak pernah dengar mereka bertengkar dalam bilik. Tapi emak tak campur. Ini satu per4ngai emak yang amat penyabar.

Satu hari ketika kak ipar buat per4ngai lagi, emak suruh abang pindah cari rumah sewa, mungkin kak ipar tak selesa duduk di rumah kami sebab dia tak begitu mesra dengan ipar duai. Akhirnya abang pindah, tapi tak bawa anak–anak, emak yang jaga.

Lagi berdendang sayanglah kak ipar bebas sebab tak perlu susah payah urus anak–anaknya. Cuma hujung minggu dia datang ambil anaknya.

Ahad petang dia hantar semula ke rumah emak. Demikianlah aturan kehidupan abang dengan isterinya kak ipar.

Tetapi saya dapat lihat kak ipar tak mesra dengan anak–anaknya. Dia garang. Anak–anak lebih mesra dengan abang.

Satu hari nak jadikan cerita berlakulah ‘ribut taufan’. Abang balik rumah beritahu emak kak ipar minta cerai.

Terk3jut beruk emak, maklum dah ada ijazah, gaji pun dah besar. Emak suruh abang bersabar, mungkin dah ‘sejuk’ nanti kak ipar akan pulang.

Memang kak ipar balik rumah, tetapi dia tak benarkan abang balik. Dia tetap minta cerai.

Untuk membaiki keadaan emak ke rumah kak ipar bersama anak–anaknya, harapan emak bila nampak muka anak–anak kak ipar akan ‘sejuk’. Emak cakap dan nasihat dengan baik, dipendekkan cerita mereka berdamai.

Tetapi untuk beberapa bulan sahaja, Kemudian kak ipar buat hal lagi. Kali ini emak mengalah, sebab kak ipar datang ke rumah ambil anak–anaknya kemudian hantar ke kampungnya. Kali ini kak ipar terus ke mahkamah minta cerai.

Hampir setahun lamanya baru abang buat keputvsan bersedia ceraikan kak ipar, tetapi permintaan abang untuk jaga anak–anaknya tidak berjaya.

Kak ipar dapat hak hadanah dan abang diperintahkan bayar RM600 sebulan untuk kedua orang anaknya yang masih belum bersekolah itu.

Walaupun emak amat rindukan cucu–cucunya itu tetapi dia tidak boleh meIawan kehendak mahkamah dan menantunya.

Apa yang menyedihkan, budak–budak itu tak biasa dengan kehidupan di kampung, mereka tidak suka duduk kampung.

Mereka juga rindukan emak dan ayah saya yang selama ini menjaga mereka sejak kecil. Mereka juga tidak mesra dengan ibu kak ipar.

Untuk mengelakkan anak–anaknya tersiksa bila melihat neneknya datang, kami larang emak dan ayah menjengok cucu di rumah bekas besannya di kampung.

Sesekali bolehlah, tetapi bahasa yang digunakan oleh keluarga kak ipar memang meny4kitkan telinga.

Sebab apabila emak dan ayah hendak pulang, budak–budak itu akan menjerit–jerit nak ikut emak, berlakulah ‘ribut taufan’.

Mereka menangis sebab tak suka duduk kampung. Apa yang menyedihkan emak, tok besan perempuannya tak berapa rapat dengan cucunya, jadi tak hairan bebudak itu selalu demam, tak sihat badan sebab jadual harian mereka tak menentu.

Bekas besan emak ni rajin berpolitik, budak–budak tu sering diheret bersama tak kira waktu petang atau malam.

Jadual makan dan tidur tak menentu. Bila balik keletihan. Nak tinggal dengan atok di rumah, atok pulak sering ‘bermesyuarat’ di gerai.

Kadang kala tok pergi sarapan selalunya sampai makan tengah hari baru balik. Jadi terp4ksalah ikut mak tok.

Kadang kala mak tok bawa ke dewan, ke rumah orang kenduri atau bertandang di rumah kawan. Sebab mak tok banyak kawan dan suka berbual.

Pada awalnya mak tok tak berapa suka nak jaga cucunya, tetapi selepas dapat RM600 sebulan dari abang sebagai nafkah anak, mak tok tak mahu lepas jaga cucunya,

tapi nak harapkan dia jaga seperti emak jaga bebudak tu memang tak adalah, sebab mak tok sentiasa sibuk’ dengan aktivitinya.

Kalau bertelefon lebih setengah jam. Abang pernah merayu pada kak ipar nak jaga anak–anaknya, tetapi kak ipar tak benarkan,

kata abang bebudak tu akan menyusahkan langkah emaknya yang terlalu aktif dan suka berjalan tu.

Tapi alasan kak ipar bila anak–anaknya bersekolah nanti dia akan jaga bebudak itu sendiri. Dia tak mahu bebudak itu terlalu rapat dengan emak saya lagi.

Katanya dia hanya benarkan abang datang melawat anak–anak 2 minggu sekali tapi tak boleh bawa balik KL.

Emak kak ipar pula larang emak dan ayah datang, sebab setiap kali emak datang bebudak itu akan menangis nak ikut yang akan menyusahkan mereka mengawal nanti. Alasannya dia kesian tengok bebudak tu menangis. Jadi lebih baik jangan datang.

Kini bebudak tu sudah bersekolah rendah dan masuk tadika. Kak ipar terp4ksa bawa emaknya tinggal bersamanya, sebab dia tak mahu emak atau abang saya datang ambil ketika di sekolah.

Kata abang dia tak pernah terniat nak curi anaknya, cuma dia mahu anak–anaknya dapat belajar dan tinggal di rumah dengan sempurna tidak diheret ke mana suka.

Masalahnya emak kak ipar sejak duduk KL suka heret bebudak tu berjalan ke kedai dan ke kompleks tak kira masa.

Asal balik sekolah mereka akan keluar berjalan. Masa bila budak–budak tu nak rehat. Mereka mengantuk sebab bangun pagi.

Cara kak ipar dan emaknya didik bebudak itu, mereka dibebaskan tanpa jadual, dan abang tak mahu anak–anaknya tak terkawal.

Kata kak ipar yang meny4kitkan telinga kami, dia pun bebas masa kecil dulu, tapi pelajarannya lebih tinggi dan lebih pandai daripada abang.

Pada kami dia bernasib baik, sebab peluang belajar kepada orang kampung lebih baik daripada anak–anak orang bandar.