Sbbkn ak menantu mithali, ak turut kata mertua. Bila rasa ak mcm kene pijak ak mula hilang sabar dan ak nekad nk balik

#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Tapi sebenarnya bukan nak cerita apa pon.

Cuma aku nak luah ape terbuku dekat hati ni sebab dah penat. Sekarang tengah baring dalam bilik.

Rasa macam nak nangis. Aku perempuan. Dah berkahwin hampir 4 tahun. Ade anak sorang, umur 3 tahun.

Ceritanya, lepas kahwin dulu, aku pindah duduk rumah mertua aku bersama suami. Awal perkahwinan belum ade anak lagi la.

Dekat rumah MIL (mak mertua) ade adik ipar aku (perempuan, menghampiri 30-an), abang ipar aku 30-an yang mana dua dua ni belom berkawin.

Lepas saja kahwin, of coz laa banyak benda yang berbeza keluarga suami aku dengan aku.

Nama pon acuan lain kan. Adik ipar aku kerja kilang. Jadi paham paham laa orang kerja kilang ni ade shift. Lepas balik kerja mesti terus tidur.

Kadang–kadang memang tak buat kerja rumah langsung. Aku dengan laki aku pulak masa tu berniaga sendiri.

Keluar pukuI 7 pagi, balik 4 petang. Abang ipar aku pun kerja sendiri. Perbezaan yang mula–mula aku agak janggal adelah,

bila mana contoh hari ni masak nasi putih, esoknya ade laa balance, nasi tu tak di recycle yee. Buangg semuaa.

Kalau satu periuk tak berusik, satu periuk jugak laa buangg.

Berbeza dengan family aku, selagi tak habis nasi tu selagi tu la kukus balik, makan sampai habis. Tapi aku diam kan saja la. Mungkin diorang alergik makan benda lama.

Perbezaan lain adalah dekat dapur. Aku tak tahu laa aku saja ke per4ngai macam ni. Aku rela tengok bilik pecah dari tengok dapur macam tongkang pecah.

Aku rasa semak tengok dapur selerak. Aku mula–mula masuk dapur rumah MIL aku, aku cari bawang sebijik pon takde gaiss.

Benda paling basic dalam rumah, minyak tepung bawang. Takdaaaa. Jadi kesimpulan aku diorang memang sejenis tak makan di rumah. Semua beliii.

Kadang–kadang aku jadi letih, aku beli semua barang dapur, yang guna adik beradik ipar aku.

Takda nak bantu langsung kot nak beli bila dah habis. Okay tu cerita pasal dapur sikit saja.

Belum cerita pasal kain baju bersidai sampai isyak tak angkat baju. Kalau ampaian berbumbung takpe, ni bebumbung kan langit.

Dipendekkan cerita, sejak aku beranak, aku dengan laki memang dah tak berniaga dah. Laki aku buat bisnes sendiri dan aku jaga anak aku.

Aku pon dah tak duduk rumah MIL aku. Aku duduk rumah mak aku sebab rumah mak aku ade opah aku yang aku perlu tengok. Yelah dah tua.

Jadi, puncaa yang aku rasa nak nangis sekarang, abang ipar aku nombor 3, hantar anak dia 3 orang lelaki, balik kampung.

Kebetulan MIL aku baru lepas operation. Memang tak boleh nak buat kerja berat. MIL aku mintak tolong aku jaga kan cucu–cucunya.

Aku pon sebagai menantu mithali, takkan laa nak tolak kan. Untuk pengetahuan, rumah aku dengan MIL aku tersangat dekat.

Kira rumah aku lorong 1, MIL aku lorong 2. Jadi takde alasan la aku nak cakap tak boleh kan.

Anak–anak abang ipar aku ni pulak mashaAllah, maha lasak, yang bongsu 5 tahun, tapi kuat tantrum, meng4muk–ng4muk.

Kadang–kadang aku hilang sabar. Bab makan memang diorang dah dididik untuk memilih makan.

Pagi kena ade roti canai, milo ais. Haa tuu aku laa tuu pagi–pagi yang kerah tenaga buat.

Tengah hari pulak, lauknya hanya ayam goreng, telur d4dar, sup ayam. Benda lain taknak. Aku letih, laki aku selera lain, nak kena masak banyak jenis.

Tu belom kena, anak aku ragam, kena pulak diorang berg4duh. Subhanallah, aku rasa str3ss sangat.

Perbelanjaan tu semua atas aku ye. Duit laki aku bagi buat belanja, aku pulak belanja buat beli barang dapur rumah untuk hampir 10 orang.

Bapak diorang hulur duit?? Tidak sama sekali. Dan malam ni, aku rasa nak nangis tahu kenapa???

Aku dekat rumah MIL aku ni, aku basuh pinggan 5 kali gaisss!! Bukan basuh pinggan takat 2 – 3 pinggan. Penuh singki. Kalau sikit memang aku biar kan saja dulu.

Singki pulak jenis rumah kampung. Ade dua dapur. Luar untuk dapur basah, dalam dapur kering. Petang tadi aku dah kemas semua.

Sapu sampah 3 kali sehari gais. Malam ni, aku rasa macam nak minum milo ais, aku pon ke dapur, aku tengok rak cawan kosong!!!!

Aku tengok singki. Aku rasa nak nangiss. Penuh gaiss. Aku baru clear singki beberapa jam lepass. Tu aku baru tengok singki dalam, belom luar.

Sambil nak basuh cawan buat milo, anak pulak nangiss nak kitaa. Aku tak kesah sangat singki penuh, tapi aku paling kesah, singki penuh dengan sisa makanan.

Segala jenis plastik, sisa mee sisa nasi sisa tuIang semua dalam tuuu. Yeee, aku memang dah hadap benda tu dari awal kahwin.

Tapi entah kenapa hari ni aku rasa terIampau letih rasa nak nangis emang nya susah ke gaiss, nak buang sisa dalam tong sampah??

Susah kee nak basuh cawan pinggan sendiri??? Masing–masing dah tuaa. Aku dah rasa macam aku ni orang gaji dekat rumah ni.

Kain aku basuh aku sidai aku angkat aku lipat. Masak dari pagi tengah hari malam. Kain aku sidai dari tengah hari tadi, aku terlupa nak angkat.

Aku perasan pukuI 8 malam pasal kain, aku ingat dah tarikk ke dalam. Dekat luar lagi gaisss padahal semua orang ke hulu ke hilir dekat luar.

Jangan tanya laki aku mana, menang aku m4ki kan terus saja laki aku tadi. Okay laa, tu saja nak cerita, aku dah ajak laki aku balik rumah aku esok pagi jugak.

Aku rasa kalau lagi lama aku dekat sini, aku dah hilang ikhlas nak jaga anak sed4ra aku tu. Esok nak jadi ape jadi la dekat diorang. – Iman (Bukan nama sebenar)