#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Tolong kongsikan kisah hidup saya ini.
Moga dapat jadi pengajaran kepada sesiapa yang membaca. Saya sudah kahwin hampir 8 tahun dengan isteri saya.
Perkahwinan kami telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata, 2 orang perempuan dan seorang lelaki.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, banyak kenangan yang telah kami lalui bersama. Dik4takan setiap hari kami keluar, tidak kira siang atau malam.
Sampai kawan–kawan kata kami ini macam belangkas, kira 24 jam berkepit saja. Indah sangat kenangan waktu itu.
Selepas berkahwin, dugaan alam rumah tangga pun bermula. Kami mula dengan kehidupan yang amat–amat susah, kami dikurniakan anak sulung kami.
Kami hidup hanya menyewa sebiji rumah yang dibahagi dua. Depan tuan rumah, kami ambil bahagian belakang.
Dalam rumah 2 pulak hanya ada 1 bilik, kira ruang tamu dia di situ lah dapur, di situ lah kami duduk melepak. Di situ singki.
Allah, baru hendak belajar hidup berkeluarga. Bab kenderaan ini, masa tu apa pun tidak ada. Jangan kata motor, basikal pun tidak ada.
Kadang–kadang isteri keluar beli barang rumah jalan kaki saja. Pergi pantai pun jalan kaki sambil tolak anak dalam stroller tapi isteri saya tetap tidak pernah hendak merungut hidup kami tak macam orang lain.
Dia boleh terima saya seadaanya. Isteri saya sanggup berjaga pagi–pagi bungkus kueh teow, bihun, mee sebab jual letak dekat kedai orang.
Punya hendak tolong saya masa tu, peng0rbanan dia tidak dapat saya hendak gambarkan betapa besar kepada saya dan anak–anak.
Yang paling menyedihkan isteri sangup pergi kerja jalan kaki sambil gendong anak hantar pengasuh.
Balik malam pula sampai orang ikut dia lah, kacau dia lah tetapi dia tetap fikir tangungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Sampai satu tahap kami sudah ada kenderaan, bermula dengan motor. Kami sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa sedikit.
Baru kami boleh rasa hendak bahagia. Susah payah kami tempuh bersama–sama dari anak seorang sampai anak 3.
Dia tetap sama macam dulu, tidak pernah mengeluh. Dia tetap setia dengan saya walau macam mana pun per4ngai saya.
Dia banyak bersabar tapi sekarang admin, kami sudah tidak bersama. Kami sudah berpisah baru–baru ini.
Bila saya fikir balik segala yang dia pernah buat dekat saya dan anak–anak baru saya tahu yang dia tidak pernah minta apa–apa baIasan.
Dia minta hanya kejujuran, layanan dan perhatian. Duit ringgit dia tidak pandang, cuma masa bersama keluarga yang dia hendak.
Bila sudah senang, saya sudah banyak buat dia s4kit hati. Saya abaikan dia, saya tidak pernah ambil berat pasal dia malah saya main, curang dengan perempuan lain. Bila dia dapat tahu hati isteri mana tidak remuk, tidak kecewa.
Saya sudah lupa d4ratan, asal usul saya sebagai ketua keluarga. Saya tidak pernah kenang peng0rbanan dia selama ini sampai tahap dia sudah tidak tahan dengan saya.
Dia pergi mahkamah mohon penceraian. Bila sudah terpisah ini baru kita tahu yang hidup kita ini tidak akan sempurna tanpa dia dan anak–anak!
Hendak cari perempuan memang banyak, beribu–ribu kalau hendak puaskan hati kita tetapi kalau hendak dapatkan perempuan yang boleh susah payah dengan kita ini cukup–cukup payah.
Bila sudah kehilangan baru kita sedar yang Allah sudah bagi yang terbaik untuk kita.
Cuma kita yang tidak pernah bersyukur. Masih hendak mencari yang lagi sempurna.
Ingat ah anak dan isteri adalah amanah Allah yang cukup–cukup berat untuk kita bawa ke sana nanti. Kepada yang ada isteri saya hendak pesan, jangan lah jadi macam saya.
Bila dia tarik semua, kita menangis air mata d4rah pun dia tidak akan kembali lagi. Tumpang yang mana sudah ada isteri dan anak, jaga lah amanah Allah baik–baik.
Sayanglah mereka sepenuh jiwa raga. Memang isteri tidak sempurna di mata kita tapi kita boleh bentuk mereka jadi yang terbaik, sempurna untuk kita kalau betul dengan cara.
Suami acuan kepada isteri. Baik si suami, baik jugak lah si isteri. Ingatlah siapa yang pernah susah payah dengan kita dulu, siapa yang masak makan kita, siapa yang basuh baju–baju kita.
Allah, besar peng0rbanan seorang isteri ini bila kita masih ada, kita tidak akan rasa semua ini tapi bila kita sudah kehilangan mereka baru kita tahu apa yang mereka sudah lakukan dekat kita selama ini.
Saya pesan satu saja yang mana sudah ada anak isteri tolonglah belajar setia. Bila sekali kepercayaan mereka sudah hilang dekat kita, sudah tidak berguna. Apa kebaikan kita buat dekat dia dulu pun dia tidak akan pandang sudah.
Jaga lah hati isteri kita, sesungguhnya mereka insan yang lemah. Mereka hanya hendak dibelai, mereka tidak pandang rupa paras kita.
Mereka tidak pandang harta benda kita yang mereka mahu kasih sayang dan perhatian kita.
Janganlah s4kitkan hati mereka. Semoga apa yang saya kongsi ini dapat lah membantu keluarga–keluarga yang baru hendak mencipta bahagia.
Semoga Allah Iindungi keluarga anda dari pihak ketiga dan merahm4ti keluarga anda sampai ke jannah. Aminn.
Saya harap masih ada peluang untuk saya betulkan segala kesilapan saya yang lalu terhadap bekas isteri dan juga anak–anak.
Kalau sudah tak ada j0doh sekali pun, saya akan pastikan akan jaga nafkah saya untuk anak–anak dan pastikan mereka bahagia dengan ibu mereka.