Dlm edah aku pujuk suami utk rujuk. Tergamam aku dengann jawapan mertua. Aku nekad bertindak

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi Assalammualaikum. Nama aku Lela Majnun. Aku top fan dalam page ni. Kalau dah nama top fan ni mestilah aku ni sejenis rajin komen dan like isu-isu yang dibentangkan.

Aku selalu akan muncul kalau isu yang melibatkan rumahtangga. Tapi aku bukan kaki kec4m tau. Aku suka komen berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui.

Lagi-lagi kalau isu pasal suami bermasalah, mertua meroyan dan seangkatannya.

Kalau nak cerita pasal suami bermasalah ni,aku cuma nak cakap ianya berpunca dari didikan emaknya juga.

Kalau ada yang mengadu mak mertua itu ini, pasti lepastu confessor akan cerita suami dia culas nafkah lah, curang, kaki pkul, dan macam-macam kaki lagi lah.

Nak aje aku kakikan. Kalau hasil didikan yang baik, inshAllah dia akan jadi anak dan suami yang baik.

Ini kalau didikan entah ke mana, asek nak menangkan anak walaupun anak buat salah, itu namanya keluarga t0ksik.

Yang jadi mgsanya orang lain. Yang menderitanya anak orang. Tak usahlah nak cakap ayat walaupun menantu, ibu ayah tetap sayang macam anak sendiri. Jangan jadi hip0krit.

Sedangkan belakang menantu kau mengutuk dia 7 hari 7 malam tak sudah. Apa yang susahnya nak terima kekurangan anak orang lain. Anak sendiri pun belum tentu baik.

Kalau nak diceritakan pengalaman aku, rasanya sampai PKP 4.0 pun belum tentu habis. Tapi untuk kehidupan aku yang sekarang, aku dah cukup bersyukur Alhamdulillah.

Mungkin apa yang terjadi banyak hikmahnya. Aku pemegang title j4nda hampir 2 tahun.

Semuanya tak semudah yang disangka. Ada masa ok ada masa k0yak jugak. Tapi cepat-cepatlah cari Allah untuk pulihkan semula jiw4 yang k0yak tu.

Cukuplah 5 tahun aku hidup dalam kehidupan t0ksik yang dah mengahancurkan jiw4 dan diri aku dalam diam-diam.

Dulunya Aku dikenali dengan perangai g1la-g1la, suka menghiburkan orang lain. Tapi sejak aku berkawin, aku tak kenal siapa diri aku.

Aku jadi pemarah, pendiam, em0si tak stabil. Semuanya gara-gara suami yang takda common sense. Yang berkaki jdi, berkaki prn0, dan kaki game.

Aku mengadu pada mertua dengan harapan dia boleh nasihatkan anaknya. Tapi harapan tinggal harapan. Aku pula yang dipersalahkan.

Aku juga dituduh penyebab anaknya jadi anak derh4ka. Inilah mertua yang katanya sayang kan aku macam anak sendiri.

Poodaahh.. Aku sanggup keluarkan duit untuk keluarga mertua walaupun aku sendiri terpaksa mengikat perut.

Aku sanggup lebihkan keluarga mertua dari mak ayah aku sendiri. Kesudahannya itu semua sia-sia.

Aku terpaksa buat pilihan untuk hidup aku dan anak-anak. Aku bagi tempoh setahun untuk suami berubah.

Aku bagi dia peluang lepas dia kant0i curang. Berubah hanya beberapa minggu. Aku teruskan untuk berpisah.

Sebab hati aku dah tawar sangat. Ibarat air c0ke kepci yang dibiar tanpa diminum.

Aku tahu suami pun dah tak boleh nak teruskan perkawinan kami. Sebab dia cakap dia tak boleh nak berubah.

Jadi kami buat fast track cerrai. Semuanya berjalan lancar dalam sehari. Dalam tempoh eddah masing-masing masih tak boleh nak terima takdir.

Aku pun masih mengharap dia. Sekali lagi aku minta bantuan mak mertua untuk pujuk suami. Tapi jawapan mertua bagi adalah ‘terima sajalah jodoh takat tu je.

Bina hidup baru’. Ibarat ponti4nak dicucuk paku di tengkuk. Aku terdiam bila mertua cakap begitu. Memang sah lah dia tak pernah suka aku jadi menantu dia selama ni.

Suami pun bagitahu dia tak nak rujuk dengan aku lagi. Sehari lepas tarikh eddah tiba-tiba suami datang balik merayu nak nikah balik.

Masa tu hati aku dah betul-betul kosong. Aku tak layan. Aku bawak diri dan anak-anak balik kampung. Tapi sehari dua saja dia merayu. Lepastu diam.

Dan tiba-tiba dengar cerita dah ada girlfriend baru. Hai lah lelaki tak guna. Sekarang aku bahagia dengan anak-anak. Aku bahagiakan mak ayah aku.

Aku sanggup berhabis duit untuk family aku. Alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus. Lepas ilestari, isinar pulak. Bersinar-sinar hidup aku. Haha.

Bekas suami? Nafkah untuk anak dia bank in. Tapi dah lama tak datang jumpa anak dan tanya pasal anak. Mungkin sedang dilamun cinta dengan girlfriend cinanya.

Atau mungkin sedang bert4rung dengan peny4kit ment4lnya. Bekas Family mertua? Aku dah bl0ck diorang. Aku dah termin4ted semua barang yang diguna atas nama aku. Padan muka.

Aku dah boleh tersenyum, buat lawak b0doh, dan gembirakan orang lain macam dulu-dulu. Aku dah tak peduli dengan title aku.

Orang nak mengata itu terpulang. Yang penting aku dah tak hidup dalam persekitaran t0ksik.

Sekarang aku fokus untuk kerjaya, belajar, anak-anak dan family je dulu. Sibukkan diri selalu. Supaya tak teringat benda yang menyakitkan.

Dan selalu doa supaya Allah berikan ketenangan dalam j1wa dan hidup. Akhir kata dari aku selaku salah seorang ton fan, Jangan biarkan hidup anda diselubungi t0ksik.

Yang baik dijadikan amalan, yang tak baik dijadikan sempadan. – Lela Majnun (Bukan nama sebenar)