Ak kawin dgn mat rempit mgharap dpt bantu. Ak benti keje konon nk bgi suami lbh brtnggjwb. Tp sangkaan ak salah dan ini yg brlaku pda ak.

#Foto sekadar hiasan. Aku baru je terjebak dengan page ni. Bila tengok community sini yang best, rasa terpanggil pula nak kongsi pengalaman hidup aku dulu.

Sebab aku rasa rimas sangat bila ada luahan isteri yang meluah perasaan tentang suami yang kaki pukuI, perah duit bini tapi masih dok bertahan, bersabar.

Bila orang dok nasihat, bagi alasan masih sayang la, kesian kat anak–anak la. Letih la orang macam ni. Ok aku ceritakan sebab kenapa aku cakap camni.

Aku kenal A (asyik–asyik nama A kan) masa umur 18 tahun. Aku duduk dengan family, siang belajar kat kolej, malam keje part time.

Baru putvs cinta, dengan family pun ada masalah dalaman, kawan–kawan rapat sibuk dengan universiti, rasa macam kosong lah.

Tempat keje part time tu lah aku rasa seronok sikit. A ni mat rempit. Muka memang first impression orang tengok pun nyampah.

Aku rapat dengan dia sebab nak kenal kawan–kawan dia yang macam hensemlah aku rasa. Tapi pastu dia rajin dengar luahan aku tu yang rasa macam lama–lama suka kat dia pulak.

Dipendekkan cerita, akhirnya kami kahwin pada umur aku 22 tahun, walaupun mula–mula dapat tentangan dari parents aku.

Bapak aku tanya tak ada orang lain ke. Aku cakap aku tak boleh tolong semua remaja yang bermasalah, aku harap dengan yang sorang ni aku mampu lah ubah dia. Masa nak kahwin ada sorang kawan wanita dia ni yang rapat semacam dengan dia.

Tapi dia dok nafikan kata tomboy lah takde makna dia suka kat orang tu lah apalah dan aku naif lagi percaya je. Dia ni belajar tak tinggi jadi bila aku habis kolej aku dapat keje dengan gaji lagi besar.

Tapi aku tak kisah. Bagi aku tinggi mana pun perempuan tu belajar ke kerje ke, Allah dah letakkan kedudukan suami tu lagi tinggi.

Tapi dia pulak macam tak puas hati dengan aku. Ada je isu–isu dia nak bangkitkan untuk “tundukkan” aku, tunjukkan dia lagi hebat dari aku. Lepas dah lama–lama aku biasanya diam je malas nak bertekak. Masa tu memang joli habis.

Asyik–asyik berjalan, pergi bercuti. Duit sentiasa tak cukup. Hutang sana sini. Walaupun kadang–kadang kawan wanita tu ada muncul juga, kami g4duh kejap pastu baik.

Kami ada terbeli rumah di luar kemampuan. Sebab dengar cakap orang yang lepas kawen next kena ada rumah dan masa tu kami duduk dengan mak dia.

Masa tu rumah dalam pembinaan so tak terasa sangat bebanan. Masa aku peknen anak kedua, aku buat keputvsan untuk berhenti kerja.

Sebab aku rasa macam dia terlalu melepaskan semua tanggungan kat aku. Aku nak tengok apa dia rasa bila dia kena tanggung.

Masa tu lah bermula episod sadis, rumah kena lelong, bayaran kereta asyik sangkut. Pernah setahun tak hidupkan roadtax, takutnya bila ada roadblock Tuhan je tau. Dia mula tunjuk belang dia. Asyik marah, m4ki dan h1na–h1na aku.

Aku ni sebenarnya tak pandai jadi surirumah. Dari kecik keje aku belajar je pastu masuk asrama. Tak pernah duduk rumah dengan kawan–kawan.

Lama–lama aku segan dengan mak dia bila tak pandai uruskan rumah, jadi aku usahakan untuk pindah duduk rumah sewa lain.

Aku tahan m4ki dia dan usaha untuk jual aiskrim tepi sekolah. Dia lagi menjadi–jadi, balik lambat, tunjuk terang–terang yang dia ada perempuan lain. Boleh kata 9 bulan aku mengandung tu memang asyik berendam air mata.

Masa aku tengah mengandung tu dia boleh pulak ambil keputvsan berenti kerja dan tolong aku jual aiskrim.

Alasan dia seronok tengok aku dapat duit hari-hari. Dan sama–samalah kami takde kerja tetap. Kelakar kan. Aku pantang dua minggu je.

Minggu ke tiga aku dah sambung buat aiskrim dan meniaga sebab tak tahan dengar dia m4ki kena tanggung aku dan anak.

Mak aku marah-marah bila tau aku nak pantang kat rumah sendiri tapi aku pekakkan telinga, yakinkan dia aku boleh jaga diri.

Aku sanggup tak sambut raya dengan family. Tunggu dia balik solat raya tak sampai–sampai. Dekat petang baru balik.

Rupanya beraya dengan perempuan tu dulu. Aku macam orang giIa kat rumah dengan anak yang baru umur 1 tahun lebih dan baby yang baru lahir.

Aku menangis sampai bengk4k urat mata, menjerit-jerit kat anak dan campak–campak barang. Ya Allah.. kesiannya anak aku.

Baby pun sejenis kuat menangis juga lagi aku tension. Sebenarnya aku dah terkena post natal depr3ssion atau mer0yan.

Aku tak cerita dengan family aku sebab bapak aku pernah cakap sebab ini jalan yang aku pilih, apa–apa jadi hadaplah sendiri, jangan cari dia.

Aku ni keras kepala, so walaupun aku dah dalam keadaan mental camtu pun aku tak nak cerita kat parents.

Oh ya, anak aku yang kedua ni lahir kecik 2+ kg je. Sebab yang pertama czer. Beza 8 bulan kot aku dah pregnant lagi so aku takut bila dengar orang cerita bukaan czer terbukalah apalah kalau pregnant dekat–dekat ni jadi aku selalu skip makan ubat obimin yang pink tu.

Yang ni lah bab aku nyesal sangat sampai sekarang. Nanti aku cite kenapa. 30 hari dalam pantang aku start interview kerja.

Alhamdulillah rezeki aku murah cepat dapat kerja. Masa aku tengah peknen tu aku tak cari kerja sebab aku tau takde majikan yang nak amek perempuan peknen.

Bermula episod aku keje dan dia pula kerja tak menentu kejap meniaga jual makanan tu, kejap meniaga jual barang ni.

Meniaga tak pernah kekal sebab dia pun sejenis memang malas kerja. Selama tu lah tanggungan keluarga pada aku balik.

Dia kata nak bisnes, aku usahakan sampai dia dapat pinjaman untuk mula kan bisnes. Tapi kawan wanita dia tu sentiasa ada.

Per4ng jangan cerita lah. Aku plak memang sejenis cepat sembur orang. Sampai satu tahap dia hilang sabar dan Iempang aku.

Masa ni aku terus terkaku. Tak sangka dia sanggup naik tangan. Tapi pastu dia minta maaf dan kami ok balik.

Tapi aku dah terdetik, lelaki ni sekali dia dah naik tangan, dia akan “sedap” nak pukuI lagi. Memang betul. Selang beberapa minggu kami berg4duh mulut lagi.

Tiba–tiba dia datang meluru, tolak aku ke bawah, naik atas aku dan Iempang bertubi–tubi. Anak sulung menjerit nangis–nangis baru dia tersedar berenti. Aku tak meIawan sebab aku nak biar ada bekas so aku boleh report polis.

Dia ambik kunci kereta nak keluar. Aku ugvt kalau dia bawak kete aku memang aku report polis kata kete kena curi (Kami ada satu kete je masa tu, nama aku dan aku yang bayar). Dia keluar tanpa bawak kete. Aku lari balik rumah parents.

Aku nak report polis tapi takde kesan pulak. Ciss, penat aku tahan s4kit kena Iempang. (Lepas dah berbulan–bulan baru aku tau yang walau takde kesan pun kita masih boleh report polis).

Tak lama pastu dia pujuk. Walaupun hati dah tawar, aku masih harapkan dia berubah dan aku balik.

Dia tunjukkan perubahan yang baik. Aku tolong lagi dia dapatkan pinjaman untuk buat satu bisnes yang dia minat.

Pandangan aku langsung dia taknak terima sedangkan aku yang dulu belajar business admin. Baru 3 bulan mulakan bisnes tu, kant0i dia masih dengan perempuan tu.

Aku nekad hentikan semua duit dekat dia dan bisnes dia terus lingkup kerana pengurusan yang ntah apa–apa dan takde duit.

Masa ni aku buang jauh–jauh rasa sayang. Aku tanamkan kebencian dalam diri aku. Aku dah penat bagi peluang.

Aku dah penat menangis. Aku cari jalan macam mana aku nak keluar dari ik4tan ni. Kalau fikir kesian anak, sayang rumahtangga, stigma masyarakat, memang dah fikir dah. Tapi aku fikir satu je. Kesihatan mentaI aku lebih penting.

Bagi aku, isteri dan ibu tu tonggak em0si keluarga mereka. Aku dalam family yang mak aku sangat berem0si dan sering m4nipulasikan kami anak beranak.

Aku taknak anak–anak aku hidup dalam keadaan parents yang asyik berg4duh, surrounding yang negatif.

Pernah satu tahap masa dalam pantang tu aku dah amek pis4u nak tik4m dia. Tapi bila aku fikir apa akan jadi kat anak–anak bila bapak m4ti, mak masuk penjara, aku tak jadi buat. T3rjun bangunan, keIar tangan dah banyak kali fikir nak buat.

Tapi jujur cakap, aku takut m4ti sebenarnya. Bila aku renung–renung balik, kalaupun perempuan tu tak ada dalam hidup dia, aku memang dah tak tahan dengan per4ngai dia.

Apa aku buat, aku mula dingin. Tak layan permintaan dia sebab aku takut termengandung lagi dan terbantut usaha nak melepaskan diri.

Aku korek duit hire lawyer untuk mintak fasakh. Bila rasa sayang muncul ke, dia pujuk–pujuk ke aku bangkitkan balik segala benda–benda jahat dia buat kat aku sampai aku benci–benci betul dengan dia. Kalau ikutkan nak mintak fasakh ni bukan mudah.

Bila ambil lawyer banyak kos terlibat. Tapi aku bernasib baik sebab tiba–tiba dia tulis surat sampai 6 page dan akhir surat tu dia talaqkan aku.

Pada hari anniversary kami yang ke 4. Jadi kes mahkamah dipinda dari fasakh kepada pengesahan cerai.

Ada satu benda kelakar.. masa hakim tanya adakah anda dalam keadaan terp4ksa bila jatuhkan talaq. Dia cakap ya, dia p4ksa saya (akulah tu dia tunjuk).

Pastu hakim sembur dia cakap, “aik.. ni tulis surat sampai 6 page ni takkan lah dalam keadaan terp4ksa. Ada ke plaintiff letak pis4u kat leher awak suruh jatuhkan talaq??”

Dia terkedu, akhirnya mengaku yang dia waras masa jatuhkan talaq. Alhamdulillah akhirnya aku bebas. Tapi sayang nya efek mer0yan tu masih ada.

Kakak satu ofis yang tau cerita aku banyak bagi sokongan dan bantuan. Aku berterimakasih sangat–sangat pada dia, semoga Allah baIas jasanya membantu aku.

Dan rakan–rakan alam maya pun banyak membantu. Masa tu takde page ni. Taknak lah cakap forum apa nanti korang tau aku sapa. Zaman single dua anak pun bukan lah indah mana.

Masa ni aku jauh dengan Allah. Aku macam ada marah, salahkan Allah sebab aku cuba macam–macam ibadat tapi bercerai juga.

Astaghfirullah b0doh sangat aku masa ni. Dua tahun lepas tu aku kahwin dengan suami aku sekarang yang single.

Dia pun lebih kurang macam A. Umur setahun tua aku, panas baran dedua lebih kurang je sama, kelulusan aku lebih tinggi.

Tapi itu jelah yang sama. Bezanya, family suami sangat rapat, family A broken (A anak kedua dari isteri no 2. Adik beradik 13 orang dari 3 isteri.

Bapak jarang jenguk family no 2 dan kalau jenguk pun untuk minta layanan isteri. Anak–anak tak pernah merasa kasih sayang bapak).

Suami sangat matang dan kami berdua ada asas pendidikan agama jadi sebelum kahwin kami dah buat perjanjian sekiranya kami ada masalah, kami akan balik pada Al-Quran dan Hadis.

Awal–awal dulu dia baranlah tapi sebab aku dah pernah kahwin dengan orang baran, jadi aku dah tahu macam mana nak handle.

Sem4kin meningkat umur, dia pun dah slow sikit baran tu. Kalaupun dia ada rasa marah dengan aku, dia tak pernah tunjukkan.

Aku salute lah per4ngai dia ni dan kemampuan dia untuk terima anak–anak yang bukan dari benih dia.

Bukan mudah tau.. aku rasa kalau aku di tempat dia aku pun taktahu aku mampu terima ke tak. Aku banyak belajar dari kesilapan yang dulu, jadi aku cuba perbaiki kekurangan diri aku.

Aku mengaku ik4tan dulu gagal bukan salah sebeIah pihak je, aku pun gagal menangani dengan berkesan kerana kurang ilmu rumahtangga.

Suami aku cakapkan baik kalau dia jumpa aku dulu awal–awal. Takdelah aku lalui semua episod sadis tu kan.

(Percaya atau tidak, masa aku masih isteri orang tu, suami aku rupanya duduk di kawasan dekat–dekat rumah aku je. Dan ada dua majlis tu kami sama–sama ada di situ tapi saling tak mengenali!)

Tapi aku cakap kat suami, kalau dia jumpa aku masa muda kemungkinan kami pun tak akan kekal. Sebab aku per4ngai memang manja clingy cemburu semacam dan dia pulak d4rah muda asyik nak baran aje.

Jadi memang Allah temukan pada masa yang sesuai when we’re ready to be each other’s soulmate.

Sebenarnya, bila dah kawen dengan dia barulah aku betul–betul menangis dengan Allah rasa menyesal sangat sangka Allah bukan–bukan. Aku belajar terima dengan redha apa yang aku dah lalui.

Aku syukur Allah masih nak sayang aku, nak kesian kat aku, nak bagi nikmat kat aku yang banyak buat d0sa ni.

Barulah aku betul–betul percaya surah al-Insyirah – Di sebalik setiap kesusahan mesti ada kesenangan.

Setahun lepas aku kahwin, A pun kahwin dengan perempuan tu. Dan ada satu fasa di mana A duduk rumah jaga anak, isteri yang pregnant pula pergi bekerja.

Allahuakbar.. DIA bagi perempuan tu rasa apa yang aku rasa dulu walaupun aku tau yang aku dah boleh gelakkan mereka tapi aku tak sampai hati. Aku kesian sebenarnya dekat perempuan tu sebab aku pernah rasa situasi tu.

Dan lepas beberapa tahun, ada sekali tu anak aku balik dari rumah bapak dia tiba–tiba cakap kat aku yang mak tiri kirim salam kat aku.

Aku like.. eh??? macam nak berbaik je. Ermm tidaklah, bukan aku sombong atau d3ndam.

Tapi aku rasa aku dah takmau kenang hal lalu, aku belum bersedia nak berbaik lagi dengan dia. Sekarang dah masuk 11 tahun aku kahwin dengan suami dan dikurniakan beberapa anak.

Alhamdulillah, rezeki kami murah. Aku berjaya setelkan satu persatu hutang peninggalan dari perkahwinan lama.

Suami pun sangat alert dengan emosi aku. Dia tau aku tak boleh terIampau str3ss. Dia tak suka tengok aku nangis sebab kalau dah nangis macam orang giIa, aku tak boleh stop.

Syukur ya Allah sebab hadirkan dia dalam hidup aku. Dia adalah hadiah yang terbaik. Terima Kasih Allah.