Jannah seorg yg anggun, lmbut, sgt baik. Tp ak butakn mata, pek4kkn telinga lihat isteri dizaIimi. Bila ak sedar jannah dh brubah

#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali, minta maaf sekiranga bahasa aku tidak secantik seperti penulis yang lain. Sudah sekian lama, aku tidak mengarang.

Aku juga bukanlah seorang yang puitis dan pandai bermain kata. Aku ke sini, sekadar mencari tempat untuk aku meluahkan sedikit bebanan yang aku simpan di dalam hati ini.

Aku tidak tahu, kepada siapa patut aku adukan luahan hati aku ini. Tambahan pula, aku tidak pandai untuk meluahkan perasaan hati aku kepada orang. Sudah nama pun lelaki, memang aku pilih untuk lebih pendam seorang diri.

Lanjutan kepada cerita aku, sebelum aku bernikah dengan isteri aku, aku sudah nampak layanan setiap orang aku kepada dirinya.

Terkadang aku rasa, dunia ini terlalu zaIim buat dirinya. Isteri aku yang bernama, Jannah. Seorang wanita yang sangat istimewa di hati aku.

Hatinya mulia, semulia namanya, seorang yang sangat ikhlas di setiap perbuatannya, Lemah lembut tutur katanya, seorang yang penyayang, ceria dan wanita yang paling indah yang pernah aku temui di dalam hidup aku.

Sewaktu di zaman universiti, begitu ramai jejaka yang ingin memiliki Jannah. Jannah tidak pernah cerita kepada aku, tentang ini setelah kami kahwin tapi aku tahu kerana aku juga salah seorang yang menyimpan perasaan terhadap Jannah.

Beliau seorang yang sangat anggun. Baik budi pekerti dan peramah terutama kepada tenaga–tenaga pengajar kami di universiti.

Jannah dan aku dahulunya satu course yang sama. Aku selalu melihat beliau dari jauh. Jannah selalu melebihkan orang lain dari diri beliau sendiri.

Beliau sentiasa memikirkan orang lain dari diri sendiri sehinggalah sudah kahwin pun, beliau masih seperti itu.

Apabila sudah jodoh, tidak akan ke mana. Aku tidak tahu, bagaimana aku menjadi rapat dengan Jannah. Dia terlalu baik untuk aku.

Aku tidak pernah berangan untuk memiliki dia kerana aku tahu, aku tidak layak untuk dirinya.

Aku lelaki yang biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan lelaki lain yang cuba untuk men4wan hati Jannah. Tetapi, Jannah tidak pernah melayan usikan sesiapa yang cuba menambat hatinya.

Dia sentiasa fokus dengan pelajaran, dia seorang yang berwawasan tinggi. Jannah selalu bercerita kepada aku bahawa dia ingin menjadi seorang akauntan yang terulung di Malaysia. Aku tidak pernah jemu mendengar Jannah bercerita.

Terkumat kumit mulutnya, sangat comel apabila di pandang. Jannah membawa kebahagian dalam hati aku.

Aku sangat cintai Jannah tetapi di dalam diam. Siapalah aku. Hanya, yang aku mampu adalah memastikan Jannah sentiasa gembira, sihat dan selamat.

Sejak aku jatuh hati kepadanya, aku sudah berjanji aku tidak akan biarkan sesiapa meny4kiti hatinya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Akhirnya, kami berjaya di dalam kerjaya masing–masing.

Dan waktu ini, barulah aku mempunyai keberanian untuk melamar Jannah menjadi suri hati aku.

Alhamdulillah, majlis kami selesai dengan lancarnya, tidak aku sangka aku berjaya memiliki Jannah sebagai isteri aku. Cantik sangat isteri aku ketika beliau memakai busana pengantin berwarna putih itu.

Masih segar dalam ingatan aku biarpun sudah hampir 2 tahun kami bergelar suami isteri.

Ya, aku sudah berjanji untuk menjaganya, membahagiakannya. Namun aku gagal. Aku gagal membuatnya bahagia. Jannah isteri yang sangat baik dan penyayang.

Sikapnya tetap sama, ketika awal dahulu aku mengenali dirinya. Dia sentiasa mendahului orang lain daripada dirinya sendiri sehingga diri beliau sendiri terIuka. Aku tahu, Jannah terIuka dengan sikap dan per4ngai dari ahli keluarga aku.

Aku tahu, aku suami yang gagal kerana aku membiar mata aku buta melihat kezaIiman yang keluarga aku lakukan kepada Jannah. Aku juga pek4kkan telinga ketika Jannah mengadu kepada aku tentang perasaannya.

Walaupun aku tahu, keluarga aku zaIim kepadanya tetapi, Jannah tidak pernah mengeluh atau memburukkan keluarga aku di hadapan aku, apatah lagi di hadapan orang lain. Suatu hari itu, Jannah mengajak aku berbincang.

Lembut sahaja dia berkata, “Abang, Jannah tak nak menyusahkan Abang tapi, Jannah nak ajak Abang jalani hidup baru dengan Jannah di rumah baru, boleh ?”.

Aku tidak tahu, kenapa aku tengking Jannah waktu itu. Aku rasa, Jannah seperti mahu aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai anak yang patut menjaga orang tua aku.

Aku rasa, Jannah seperti mengajak aku tinggalkan orang tua aku. Aku marah Jannah. Aku tengking Jannah sehingga beliau mengangis.

Tetapi, Jannah tidak pernah marahkan aku balik, sebaliknya beliau cuma berkata, ” Jannah minta maaf sebab Jannah tak faham perasaan abang. Abaikan permintaan Jannah tadi ya “.

Jannah ingin salam dan civm tangan aku tetapi, aku lari dari dia. Aku tidak tahu, kenapa aku meIukakan hati orang yang dahulu aku janji untuk menjaga dirinya sebaik mungkin. Aku mengambil kunci kereta, aku keluar tenangkan fikiran yang kusut.

Aku tinggalkan Jannah sendiri di rumah orang tua aku. Aku tidak faham dengan diri aku. Aku tahu Jannah terIuka.

Ada satu tahun itu, aku mendapat bonus yang banyak hasil dari titik peluh aku. Aku bercadang untuk membawa Jannah berjalan–jalan makan angin.

Orang tua aku membantah. Katanya, daripada aku bazirkan duit lebih baik aku gunakan untuk tolong mereka baiki atap rumah yang selalu bocor itu.

Aku b0doh. Aku tidak pernah fikirkan perasaan Jannah waktu itu. Aku cuma fikirkan orang tua aku sahaja.

Aku minta maaf kepada Jannah. Tetapi, Jannah cuma diam dan memberi senyum nipis kepada aku. Aku tahu dia kecewa.

Tetapi, aku kasihan akan orang tua aku juga. Aku tahu, keluarga aku zaIim terhadap Jannah. Jannah selalu diabaikan tidak kurang seperti orang gaji di rumah orang tua aku.

Padahal dia adalah isteri aku. Aku juga b0doh, cuma diam sahaja. Sehingga Jannah menjadi seorang yang pendiam.

Tersangat pendiam. Beliau selalu termenung. Baru–baru ini, Jannah dibawa ke hospitaI kerana beliau mengeIar tangannya sendiri.

Prestasi pekerjaan aku juga menurun kerana, terp4ksa ambil em3rgency leave berhari–hari kerana Jannah sentiasa s4kit.

Jannah selalu meracau. Waktu itu, baru aku sedar Jannah menghidap peny4kit kemurungan tahap yang paling teruk sekali.

Aku rasa bersalah terhadap Jannah. Bersalah terhadap keluarganya. Keluarga Jannah tidak putvs–putvs bertanya kepada aku, bagaimana Jannah boleh jadi seperti ini. Aku hanya mampu menangis di dalam hati apabila ditanyakan soalan itu.

Aku suami yang gagal. Aku gagal menjaga Jannah dengan baik. Aku gagal menjadi suami yang sempurna buat Jannah.

Aku rindukan Nurul Jannah yang ceria, aku rindukan Nurul Jannah yang petah berkata–kata. Aku rindu ingin dengar Jannah bercerita kepada aku seperti dahulu.

Aku rindu ingin melihat wajah manisnya yang sentiasa tersenyum bahagia.

Aku rindu ingin melihat wajahnya yang merah malu apabila aku pujinya cantik. Aku rasa begitu tert4mpar dengan apa yang terjadi kepada Jannah.

Aku minta maaf kepada orang tua Jannah. Aku ingin meluahkan rasa kesal aku kepada mereka dan menceritakan tentang apa yang berlaku kepada Jannah sehingga beliau menjadi seperti itu tetapi, Jannah menyuruh aku untuk tidak membuka aib keluarga aku.

Butanya aku ya Allah, aku sia–siakan peng0rbanan bid4dari syurga aku. Aku minta maaf kepada Jannah, tetapi Jannah seperti sudah tawar hati kepada aku.

Keluarga aku juga mohon maaf kepada Jannah. Namun Jannah bagai endah tidak endah sahaja memaafkan mereka.

Aku tahu Jannah masih terIuka dan kecewa. Aku berbincang dengan keluarga aku untuk membawa Jannah pindah di rumah baru, rumah kami sendiri untuk membina kehidupan yang baru. Keluarga aku kini, faham akan situasi aku.

Mereka juga sudah menerima Jannah seikhlas hati mereka. Tetapi wajah Jannah kosong. Baginya, itu semua sudah tiada apa–apa.

Aku juga ingin membawa Jannah berjalan makan angin untuk mengembalikan keceriaan di wajahnya.

Namun, aku ini umpama tunggul di matanya. Aku tahu, cinta Jannah terhadap aku sudah pudar. Tetapi, aku janji aku akan cuba membuat Jannah jatuh cinta kembali kepada aku seperti dahulu.

Biarpun seribu tahun untuk aku buatkan dia jatuh cinta kepada aku, akan aku tunggu kerana, kasih sayangmu Jannah lebih besar dari penantian seribu tahun itu.

Tidak akan aku siakan peluang kedua ini. Kepada suami di luar sana, ya tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu tetapi, seorang suami yang menzaIimi isterinya juga akan menjadi asbab kita ini menjadi ahli ner4ka.

Setitis air mata isteri yang menangis kerana kezaIiman dari suaminya, akan menjadi penarik buat si suami ke lembah api ner4ka. Berbuat baiklah pada keduanya dan jangan sia–siakan isteri kita. – Jo (Bukan nama sebenar)