Ak mmg jelez dgn kak ak tp ak geram dia taknk tolong adik2 dia buat kerja rumah. Rasa mcm hamba abdi. Dia duk melepet dpn tv dgn mak ayah

Gambar sekadar hiasan. Luahan sebelum ini. Salam admin, Tolong siarkan yaa. Cerita saya begini. Umur saya 28 tahun. saya baru berkahwin 2 tahun. Anak seorang.

Rumah kami besar ada 8 bilik semuanya.. Total ada 4 keluarga yang tinggal iaitu kakak saya dan suami dia serta anak dia 2 orang, saya dan suami serta anak kami, adik saya dan suami dia dan anak mereka seorang dan juga mama abah saya.

Bukan kami semua tak nak tinggal asing tetapi mama abah tak benarkan. Anak perempuan semua disuruh tinggal sekali..

Cerita nya begini. Saya dan adik saya serta suami kami masing2 kerja biasa je. Tak macam kakak dan abang ipar kami.. Gaji besar.

Setiap hujung bulan memang dia yang bagi duit banyak kat mama abah.. Dia yang beli stok makan untuk kami sekeluarga besar ni.. Kalau habis stok nya, dia jugak yang topup balik..

Kebaikan dia memang bab duit tak pernah berkira. Suami dia pun baik. Kalau mereka beli Kfc ke Mcd, memang dibeli nya sekali banyak2 untuk kami semua sekali.

Bak kata bab duit memang langsung tak berkira. Apaatah lagi kalau pergi holiday, semua sekali dia angkut kami semua.. Semua dia tanggung.

Masalah nya sekarang yang saya geram sangat perangai pemalas dia yang tak pernah langsung nak tolong buat kerja rumah.

Suami dia rajin lah jugak. Tapi kakak saya ni tak.. Dia cuma kemas rumah kalau anak dia sepah kan rumah..

Tapi anak dia jenis baik bukan nakal memang tak pernah sepahkan rumah. So memang tak pernah nampak lah pegang penyapu.

Pinggan mangkuk dia dan suami dia makan, dan anak2 dia makan memang dia cuci sendiri. Dia tak suruh kami buat.. Maksud saya pemalas tu macam kerja kerja lain..

Dia tu anak sulung yang sangat dimanjakan mama abah saya. Anak2 dia pun mama abah saya sayang lebih dari cucu lain..

Saya dengan adik saya yang kerja biasa biasa ni balik kerja bertungkus lumus lah kat dapur masak, kemas rumah bagai. Dia kat ruang tamu melepet tengok tv.. Time nak makan baru datang tunjuk muka..

Bila saya mengadu dekat mama abah, mereka boleh kata biarlah. Kakak dan abang ipar dah banyak bantu keluarga ni.. Kira macam tiap hari ada makanan mewah atas meja makan ni semua sebab mereka.

Adil ke kami yang kena buat semua kerja just because dia yang tanggung semua belanja rumah. Dah dia mampu kan kewajipan dia lah tanggung belanja rumah kami semua.

Itu tak termasuk lagi kalau dia pregnant. Lagi lah dimanjakan. Mungkin rezeki kakak saya ni dia paling cantik, putih melepak dalam keluarga kami.

Suami pun muka boleh tahan itu dapat anak2 comel.. Anak2 kami ni muka typical malay je.. Muka biasa biasa sebab tu atuk nenek tak pandang…

Masa dia pregnant dia cakap je teringin apa, dia bagi duit bertungkus lumus la mama abah saya cari barang terus masak kat dia..

kalau kami ni pregnant tidak nya dilayan macam tu.. Memang lumrah ke anak berduit dijulang tinggi..

Saya dengan adik saya memang nak pindah duduk sendiri, tapi nanti kami rindu pulak lifestyle mewah kat sini.

Nanti duit rumah kena fikir, lauk tiap bulan kena fikir.. Kalau duduk sekali macam ni semua kakak saya tanggung..

Tapi kami makan hati tengok dia selalu dilebihkan. Tak pernah buat kerja goyang kaki.. Adik saya kata dia tak pernah makan hati.

Dia kata dia happy je sebab kak long dah buat semua untuk family ni.. Setakat tak menolong tak apa.. Tapi saya tahu dalam hati dia mesti terasa jugak.. Tak payahlah tipu.

Siapa tak nak life complete macam kakak saya.. Tapi tulahhh kalau dia tu ringan tulang, tolong kami ni sekali mesti kami ok tak terasa..

Berubah lah rumah ni duduk sama sama. Kemaslah sama sama. Masak lah sama sama.. Stresss saya tau tak… Laki dia lagi selalu beli dia macam macam.Laki saya hmmm krik krik krik. Lama lama saya mti makan hati.

Kakak aku dari sebelum dia kerja besar, dari kecik memang mama abah lebihkan dia. Mama abah tatang sayang tak pernah suruh buat kerja. Kami adik adik yang buat kerja..

Bukan sekarang je dia tak buat, dari dulu. Yang pelik mama abah tak pernah marah. Dia memang tak reti mengemas. Masak je dia reti. Suruhlah masak apa pun tapi mengemas tak reti. Sebab apa?

Sebab dimanjakan. Dapat pulak suami yang salah tak reti nak bimbing isteri suruh mengemas. Lagi laki dia manjakan ada lah..

Sampai bila dia nak pandai. Baju dia pun kadang laki dia yang gosokkan. Kami s4kit mata tengok. Semua nak harap orang.

Yaa memang dia tanggung belanja dapur 4 family dalam rumah ni. Semua dia beli A to Z. Sampai ke syampu2, sabun2, syampu baby anak adik saya pun dia belikan. Tapi itu bukan tiket untuk bermalas malasan.

Bukan tiket nak suruh semua orang sediakan. Macam tu kira tak ikhlas lah kan dia sediakan semua. Nak balasan. Saya paling bnci orang yang malas nak harap bantuan orang.Tak salah pun dia tolong sekali buat kerja rumah.

Lagi satu yang kata saya pendndam, hasad dngki, iri hati dan cemburu dengan kakak sendiri tu. Silakan duduk di tempat saya. Baru anda tahu.

Kalau balik dari shopping barang dapur yang dia dan suami dia borong tu dah macam nak buat kenduri.

Sebab dia beli stok sebulan.Tiap kali dekat 3 jam, saya dengan adik menyusun barang yang macam satu lori tu. Siang segala ikan, ayam, sotong, udang. Dia duduk kat depan melepet dengan mama abah.

Kami macam hamba abdi. Fikirlah sama perasaan saya yang kata saya macam macam. Saya pun tahu penat. Tahu nak relek2. Sumbang kan duit tak sama dengan sumbang kan tenaga yaa.

Yang kata saya cemburu sebab kakak saya cantik. Ala kalau tuhan nak tarik nikmat tu sekejap je. Artis yang lagi lawa2 pun kena crai jugak.

Laki cari lain jugak. Kakak saya lawa sebab putih je. Cuba kalau dia hitam. Ada ke laki dia nak.Tak ada punya.Saya bukan dengki saya bagitahu fakta. Kecantikan bukan nya kekal.

Cakap dengan netizen ni memang semua salah. Seolah olah kira macam orang dah sumbang duit,sumbat perut kita,kita kena sabar tahan jelah perangai teruk dia..

Saya bukan mintak duit dia. Saya cuma mintak dia sama-sama kemas rumah, memasak dengan adik adik dia.

Tu je. Salahke? Yang doa saya kena halau tu, jangan mimpilah. Kakak saya takkan halau saya.Saya bukan tak kenal dia.

Sebab saya post macam tulah saya nampak dia dah mula tolong sikit2. Mesti dia baca. Memang kena sound setepek baru nak tolong..Tapi tengok je lah sampai bila harap sampai bila2 lah.