Asslamualaikum..
Sama ada artikel ni di siarkan atau pun tak, tujuan aku cuma satu, aku perlukan ruang untuk bina balik kekuatan.
dan aku rasa sini adalah ruang yang tepat, memandangkan jika artikel ni disiarkan, semoga sampai kepada manusia2 berkenaan.
Kenalkan, aku wanita berumur 32tahun, aku masih bujang. Dan jangan pelik kenapa tajuk mama tanpa suami tapi, tak kahwin lagi.
Dan tolong jangan tanya soalan kenapa tak kahwin lagi sebab itu adalah perkara terakhir yang aku akan fikir. Dan ya, aku ada 2 orang anak perempuan. dan aku tinggal bersama mak, ayah aku.
macam mana aku boleh ada 2 orang anak sedangkan aku bujang? itu kisah yang aku nak ceritakan. waktu aku umur 24tahun, tamat je ijazah, dan aku baru mula bekerja di sebuah syarikat swasta, lebih kurang pada tahun 2009, di takdirkan abang dan kakak ipar aku meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
menjadikan 2 orang anak buah aku yatim piatu pada usia 3tahun dan 1tahun. sangat kecil untuk mereka memahami
Sungguh waktu itu merupakan tamparan yang maha hebat untuk kami sekeluarga. kerana jujurnya, arwah abang merupakan tunggak dalam keluarga kami. mak ayah aku dah tua.
jadi kebanyakan belanja keluarga, abang yang tanggung memandangkan anak-anak dan isterinya juga sering berada di rumah kami.
dan satu culture shock bagi aku yang dengan tiba-tiba terpaksa menanggung semuanya memandangkan aku lah penggantinya selepas ketiadaan abang aku.
Macam-macam berlaku. untuk dipendekkan cerita, abang aku meninggalkan sebuah rumah baru dibeli, yang malangnya mereka hanya sempat tinggal anak beranak lebih kurang setahun.
aku menyerahkan semua urusan, insurans, wasiat, epf dan segalanya milik abang aku kepada peguam yang merupakan kawan baik arwah abang aku. untuk aku terangkan secara terperinci mungkin agak rumit. tapi konflik nya bermula di sini.
Bila keluarga kakak ipar aku tahu, mereka datang untuk minta bahagian mereka. Macam drama kan? yang mana pada waktu itu aku tak faham bahagian apa yang mereka maksudkan. perbalahan berlaku waktu itu.
sebab aku keras mempertahankan bahawa apa saja yang di tinggalkan mereka merupakan milik dan akan kekal hak milik anak-anak buah aku. dan alhamdulillah semua dapat diselesaikan, keputusan berpihak kepada kami.
Namun, kes tidak berakhir di situ. Mak kakak ipar aku datang dan minta untuk jaga kedua anak buah aku. aku lepaskan mereka dalam jagaan keluarga sana.
kalau ada yang tanya waktu tu apa yang aku buat untuk pertahankan mereka? AKU PERTAHANKAN SEMUANYA. tapi, aku kalah.
seluruh keluarga mereka bergabung sedangkan aku disitu, sendirian. mak ayah aku tak mampu kata apa. Dan 24tahun apa sangatlah yang aku boleh buat? Mungkin juga waktu itu aku masih dalam keadaan buntu.
setahun lebih mereka di satu negeri yang kalau boleh aku taknak mention di mana. tapi cukup jauh untuk aku kunjungi setiap minggu. bersama keluarga arwah kakak ipar aku. ya mereka update semua aktiviti mereka tiap2 minggu.
penghujung tahun 2011, pertama kalinya lepas aku mampu ada kereta sendiri, dan kerjaya aku mula stabil, aku datang dengan tujuan melawat mereka di sana.
aku taknak ceritakan lagi apa yang jadi, bagaimana aku melihat anak-anak, dan apa yang mereka dah lakukan pada anak-anak aku. Sangat pedih dan sakit untuk aku ingat kembali.
cukup lah aku katakan, apa yang mereka hantar dan apa yang mereka update setiap minggu pada aku, adalah 360 darjah berbeza dengan apa yang aku lihat.
aku bawa anak-anak aku balik. haritu jugak! Mereka tak bagi. Tapi aku tak lah sebodoh macam masa aku lepaskan anak-anak pergi. aku nekad, aku nak bawak mereka balik!
Aku bagi mereka pilihan. lalu, seketul seketul manusia tu angguk dan akur. Masa tu, aku tak report korang semua kat polis dah cukup baik sebernarnya. tapi korang tetap tak puas hati.
Lepas sebulan anak-anak duduk dengan aku, mereka datang minta maaf. tapi, demi Allah aku tak maafkan korang semua. apa yang kau dah buat kat anak-anak ni cukup aku dan Allah je yang nampak.
mungkin apa yang aku nampak cuma sikit. Tapi ketahuilah, Allah nampak semuanya. Dan betul sangat sangkaan aku, rupanya, masa tu kau datang untuk ambil dorang semula. sebab apa? sebab bantuan dari orang kampung hilang bila mereka tak ada.
HAHAHAHAHA. korang cuba lah nafikan macam mana sekalipun, aku tahu itu lah satu-satunya tujuan kau datang untuk ambil mereka. Minta maaf lah sangat kononnya. Masa tu aku dah cukup kuat untuk lawan habis habisan.
Walaupun kalau ditakdirkan masa tu korang berkeras dan aku terpaksa turun naik mahkamah untuk dapatkan hak penjagaan, aku sanggup. Tapi korang yang undur diri. Sebab korang yang takut!
Aku ingat dah cukup dan habis sampai situ je. Memandangkan korang dah senyap sejak 4 5 tahun ni.. jangan kan nak bagi duit, jenguk pun tak pernah. Aku tak kesah pun.
alhamdulillah, Allah lebihkan dan selitkan rezeki mereka dalam rezeki aku. Tak pernah kurang. Aku mampu sekolah kan mereka. Dari sorang, sampai ke dua orang. Tak pernah kurang.
tapi, masuk awal tahun ni korang muncul lagi. Mula mula datang niat baik. Jenguk anak-anak. Boleh la kata tiap bulan datang jenguk. Lepas sorang, sorang datang..
Tapi, jujur tak sikit pun kebaikan, aku nampak baik dalam diri korang. Maaf. Dan betul lah ada lagi rupanya rancangan yang korang nak buat.
Kali ni korang minta pulak nak duduk rumah arwah abang aku memandangkan penyewa dah keluar hujung tahun lepas. Dengan alasan rumah kosong dah setahun.
Bersungguh betul minta sampai kata nak bayar sewa kalau perlu. Tapi, korang semua jangan lah bermimpi. Benda ni semua akan jadi perjuangan aku sampai aku mati.
Sampai anak anak ni mampu jaga diri sendiri. Alhamdulillah, sekarang anak-anak dah besar. Tak terlalu susah untuk aku jaga. Dan tak susah juga aku nak lumatakan korang.
Tolong doakan aku kuat untuk lawan lagi manusia manusia ni. Sampai satu tahap, aku pernah doakan salah sorang dari korang lalui, apa yang aku lalui.
Tapi takpe, ketahuilah, aku sehabis daya akan pertahankan apa yang menjadi hak anak-anak. Walaupun korang darah daging dia. Tapi korang tak berhak.
Korang tahu korang siapa. Dan aku cuma nak pesan, kuburkan lah walau apa niat sekali pun niat korang ada.
Betul, kita ni keluarga. Tapi korang tahu kenapa aku jadi macam ni. Dan kenapa aku perlu jadi macam ni.
Kalau korang ingat manusia macam ni cuma wujud dalam drama tv, korang silap. Sebab realiti mereka wujud dalam hidup aku ni. Untuk aku cerita lebih terperinci, aku tak mampu sebab terlalu banyak yang belaku.
– Mama muda