Foto sekadar hiasan. Assalam dan selamat sejahtera. Saya ibu kepada lima orang anak. Seorang pegawai kerajaan gred A. Masih bekerja lagi.
Apa yang nak saya luahkan hari ini ialah tentang sikap anak anak hari ini yang pandai cmplain ibu bapa mereka sendiri.
Saya bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang bijak pandai. Sorang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Seorang baru graduate dari universiti tempatan.
Dua orang sedang melanjutkan pelajaran di universiti manakala yang bongsu masih di sekolah menengah tersohor di malaysia.
Apa yang nak saya bangkitkan hari ini ialah sikap anak anak yang tidak menghargai penat lelah ibu bapa membesarkan mereka.
Kebanyakkan anak anak hanya nampak keburukan ibu bapa sahaja. Bila dah besar dan dewasa, mereka ini merasakan mereka betul dan apa yang ibu bapa buat salah.
Saya suami isteri berpendapatan agak besar. Jadi sejak kecil, anak anak memang hidup senang. Kemana sahaja saya dan suami pergi melancong, kami pasti akan bawa anak anak bersama.
Hatta melancong ke luar negara juga. Dan anak anak juga pernah dibawa mengerjakan umrah. Apabila anak masuk U, saya akan tanggung semua. Jadi mereka tak ada hutang PTPN apabila habis belajar.
Tapi yang menyedihkan, anak anak saya selalu sahaja meluukakan hati saya. Mereka selalu menyebut dan mengungkit benda benda remeh yang saya buat semasa mereka kecil.
Seolah olah mereka tak nampak langsung susah payah saya. Mereka juga selalu cakap saya tidak memahami mereka.
Mereka tak nampak kebaikan yang telah saya buat kepada mereka. Dan mereka juga akan lawan bergaduh dengan saya kalau saya nasihatkan mereka. Yang paling saya sedih ialah yang no 3 ni.
Selalu kata dia ada skit jiwa.. ada d3pr3ssion. Apa taknye. Nak suruh baca quran punya lah susah. Nak ajak pergi msjid ada jer alasan dibagi. Selalu suruh zikir tapi mulut asyik menyanyi jer. Telinga asyik sumbat dengan lagu. Mana jiwa nak tenang.
Kalau di rumah mereka akan duduk dalam bilik masing masing dan bila saya nak ajak makan dan nak tanya sesuatu, saya terpaksa ketuk pintu bilik masing masing. Memang skit lah jari tua saya ni. Begitu juga bila nak suruh solat.
Kadang kadang tu saya jauh hati juga sebab ada masanya, mereka buat tak dengar aje bila saya panggil. Mereka akan cakap tak dengar, yang saya rasakan itu alasan sahaja.
Bila balik rumah, saya yang kerja seharian ni pulak yang kena basuh pinggan, kemas rumah, angkat baju. Mereka pula hanya duduk dalam bilik masing masing.
Ada sahaja sebab yang diberi, nak study lah, penat lah. Bagi saya anak anak sekarang tak pandai menggunakan masa.
Memanglah tak cukup masa. Bangun tido nya entah pkul berapa. Lepas tu budget lah sibuk nak buat itu, nak buat ini. Semuanya untuk diri sendiri. Bila malam pulak asyik main game sampai larut malam.
Saya luahkan ini agar anak anak yang lain janganlah asyik fikir lelah sendiri. Fikir lah mak ayah yang dah tua yang kudrat mereka tak sekuat nana pon. Hargailah jasa ibu bapa.
Kalau sekarang dah kuat dan bertenaga, jangan lupa, mereka yang menjagamu masa kamu kecil lagi.
Kesenangan dan kemewahan yang kamu kecapi tu dari kudrat orang tuamu. Banyak anak anak selalu confess ibu bapa tak faham mereka tapi pernah tak anak anal fikir nak faham ibu bapa.
Semoga anak anak saya sedar kesalahan mereka. Saya sentiasa maafkan mereka. Saya sentiasa doakan mereka.