Ak Zara. Perut ak dah meloyot dh nk lahir ank sulung kmi tp ayah masih tuntun 15k duit hantaran. Ak buntuh mcm mna nk buat

Assalam admin, harap admin boleh tolong postkan confession ni. Maaf jika luahan hati aku ni agak panjang. Nama aku Zara. Hidup aku sekarang ni ibarat ditelan mt mak, diluah mt bapak.

Aku baru je menikah (simple je dekat pejabat agama tahun lepas) dan sekarang tengah tunggu hari untuk first baby. Ceritanya macamni…

Masa bertunang dulu, sebelum majlis ayah aku tanya dekat aku berapa hantaran yang aku nak. Aku cakap cukuplah 5k sebab aku taknak menyusahkan sesiapa.

Tapi ayah aku tetap berkeras nak letak 15k. Atas faktor taknak spoilkan majlis tunang dan taknak kecikkan hati mak ayah, aku diam je. Family belah laki pon diam je macam setuju.

Lagipun aku dah pesan awal2 pada suami aku tu supaya setuju je dengan permintaan ayah aku walaupun susah sebenarnya.

(untuk menjaga hati mak ayah aku dan untuk menjaga aib keluarga belah laki). So, sepanjang bertunang tu kitorang pon sama2 lah kumpul duit.

Dijadikan cerita, kitorang sama2 kerja dekat luar negeri tempat tinggal kitorang.

Jadi, untuk kebaikan bersama kitorang pon pakat nak nikah simple2 je dekat pejabat agama (masa ni pejabat agama ada buat nikah ramai2) dan family kedua pihak setuju.

Waktu nak ke peringkat persetujuan tu ayah aku tanya dekat suami aku dah cukup ke 15k tu dan bile nak buat majlis persandingan pula.

Jadi aku pon pujuklah ayah aku untuk izinkan kitorang nikah je dulu dan letak pasal hantaran tu ke tepi dulu manakala bercadang untuk membuat majlis kahwin pada raya nanti.

Dan pada masa nak nikah tu suami aku hanya mampu bagi sebahagian je dari 15k tu. Berbekalkan duit tu lah kami byr deposit rumah sewa, beli barang keperluan rumah semua dan untuk bekalan 2 bulan selepas kawin.

Alhamdulillah cukup dan sempurna rumah sewa kami walaupun hanya mampu beli barang2 rumah yang terpakai je.

Selepas 3 bulan bernikah aku disahkan hamil dan terpaksa resign kerja atas faktor alahan yang teruk.

Mulai saat tu aku hanya bergantung hidup dengan rezeki yang Allah beri melalui suamiku yang bekerja seorang.

Duit simpanan (untuk majlis) pon telah habis digunakan untuk topup mana2 yang tak cukup sebab aku selalu sakit dan terpaksa ke klinik swasta (klinik kerajaan jauh).

Sampaikan bila dah selalu sangat alahan, suami aku terpaksa hantar aku pulang ke kampung dan akan datang menjenguk setiap minggu (ulang alik melaka-pahang naik bas sebab belum ada kereta).

Semua tu terpaksa guna duit simpanan yang kami simpan untuk buat majlis.

Bila keadaan makin melarat, mak aku pon cakap “tak payah dahlah buat majlis, perut tu makin lama makin besar, simpan je duit tu untuk persiapan bersalin nanti”.

Aku masa tu rasa lega sangat memandangkan simpanan kami untuk majlis tu pon dah habis. Setelah dua bulan tinggal dengan family, dan alahan aku pon dah kurang, aku minta suami datang untuk bawa aku pulang ke rumah kami.

Tiba2 masa tengah siap2 pack baju tu, mak aku datang. Mak aku cakap ayah aku pesan “jangan lupa buat majlis raya nanti dan bawak sekali 15k tu ayah aku nak tengok depan mata dia”.

Time tu aku dengan suami hanya mampu senyum kelat je. Dalam bas tu aku menangis bila fikirkan macam mana suami aku nak cari duit banyak tu. Aku sedih.

Sekarang dah bulan 4. Perut aku makin membesar. Mak aku dah pesan siap2 bulan 5 ni dorang nak datang sini lepas mengundi.

Mak pesan ayah aku suruh sediakan siap2 duit untuk buat majlis tu sebab dorang nak tolong setelkan pasal majlis tu nak cari katering smua.

Suami aku pulak mt kutu sekarang. Dia kesiankan aku naik motor dengan perut memboyot. Dia plan nak amik kereta untuk kemudahan aku jugak dan kemudahan untuk balik raya nanti.

Tapi loan dia tak lepas sebab sangkut ptptn. Jadi nak tak nak dia terpaksa setelkan dulu ptptn dia. Dalam masa yang sama dia terfikir nak amik personal loan untuk penuhi hasrat ayah aku.

Aku kalau boleh pesan dekat suami janganlah amik personal loan, nanti kesudah tak habis nak membayar bunga je tapi baki loan tak habis2. Kami sama2 buntu dah sekarang sebab masa dah singkat.

Dengan nak raya lagi, dengan nak beli barang baby lagi, dengan nak ambik kereta lagi, nak pikir duit 15k lagi, duit nak buat majlis lagi. Sumpah stress.

Sebenarnya aku tak kesah pon nak halalkan 15k hantaran aku tu. Tapi ayah aku still bising walaupun kami dh kawin dh nak ada anak dah pon tapi isu 15k still berbangkit.

Kalau boleh majlis pon aku nak tangguh dulu sebab nak fokus kumpul duit untuk persiapan baby dan persiapan raya. Aku dah mt akal admin.

Aku tahu kalau aku terus terang pada ayah aku yang kitorang tak ada duit, mesti ayah aku akan membebel ungkit pasal 15k tu. Aku pening admin.

Aku kalau boleh nak sangat penuhi hasrat ayah aku tu, tapi dalam masa yang sama aku kesiankan suami aku mana dia nak cari duit banyak2 tu.

Aku nak bahagiakan ibu bapa aku tapi pada masa yang sama aku x sanggup nak tengok kesusahan suami aku.

Kalau aku tak ikut permintaan ayah aku, aku takut brbalah anak beranak nanti dan takut isu ni akan diungkit sampai bila2.

Tapi aku tahu suami aku tak mampu. Aku dilema. Tolong aku admin. aku perlukan pandangan semua orang. Sekian.