Ak dah tak tahan dengan roomate ak yang bebai ni. Bila selidik baru tahu perkara sebenar. Tolong la jauh kan ak dri dia

Assalamualaikum. TQ admin kalau approach confession ini. Pertama sekali maaf bahasakan diri “aku”. Cukup kenali aku sebagai Gadis Lesung Pipit. Ni first confession aku dekat page ni, sebelum ni aku just jadi silent reader jer.

Aku student sem7 iaitu tahun akhir disebuah IPTA dan semester ini aku sedang bergelut menyiapkan thesis yang masih berbaki lebih kurang sebulan jer lagi. Apa yang aku nak confesskan kat sini berkenaan dengan roomate (Rumet) aku.

Kisahnya begini, pada sem ni ntah macam mana sistem penyusunan rumet oleh pihak kolej berlaku perombakkan yang membuatkan aku terpisah daripada rumet sem lepas dan mendapat rumet baru.

Nak dijadikan cerita aku telah mendapat rumet seorang adik aka junior sem3. Pada mulanya kehidupan kami berjalan seperti biasa, tiada masalah yang timbul.

Tapi apa yang aku perasaan, rumet aku ni jenis cepat melenting bila dia stress dengan kawan-kawan atau study. Bila dah stress ya Allah dia mula buat perangai.

Suka campak-campak barang dengan kuat. Aku plak jenis malas nak ambik port, so aku biar jer la tak pernah nak tegur or marah-marah dia.

Kadang-kadang bila dia balik ke bilik dalam keadaan emosi, aku tegur elok-elok pun dia xjawab. Kalau dia jawab pom sepatah jer tuh pom dalam keadaan mendengus macam kerbau bunyinya. Haha

Yang tuh aku tak kisah la, sebab orang tengah emosi ni memang tak stabil otaknya. So aku baikan jer la .

tapi makin lama, makin keterlaluan plak perangai dia. Rumet aku ni kadang-kadang macam orang gila pun ada jugak.

Sebab apa aku cakap gitu, yea la mana ada manusia lain yang study sambil dengar lagu pakai earphone tapi volume dia mak datuk aiii kuat nak mampus sampaikan aku yang duduk jauh atas katil aku pom bleh dengar sama lagu apa dia dengar kt earphone dia tuh.

Yang tuh takpe lagi kot, mungkin dia ni jenis pekak. Tapi yang aku takleh blah bilamana boleh plak dia duk nyanyi ikot rentak lagu tuh kuat-kuat macam orang kena sampuk hantu memekak melalak tak kira siang ke malam.

Aku tak tegur ke? Eh dah banyak kali aku cuba tegur bila dia dalam keadaan kena sampuk tuh, tapi korang bayangkan betapa kuat volume dia pasang sampai aku panggil dia pun terpaksa terjerit-jerit.

Sakit hati gila, bila kita cakap boleh plak dia respon “oh yeke kak?” dalam keadaan tersengih-sengih cam kerang busuk dihurung lalat.

Tuh belum masuk lagi part dia bila video call or on call dengan family atau kawan dia, Allah dia sembang tuh macam semua orang telinga pekak terjerit-jerit.

Sangat annoying dan mengganggu. Bila masa dia tengok movie lucu pun dia boleh gelak-gelak mengekek sorang-sorang macam nenek kebayan dapat laki muda. Aishh seram oii tengok dia. Gila ke apa pompuan ni.

Tuh belum kira jugak time aku solat pun dia duk menyanyi memekak jugak. Eh rumet, ko takleh tengok orang duk solat ke hah ??. tapi aku respect dia ni kalu bab solat dan mengaji quran.

dia ni selalu jer solat on time, mengaji boleh dikatakan hampir setiap maghrib. Tp part tuh jer la aku tengok perangai yg boleh dicontohi. Lain hal plak yang aku sakit hati gila bila dia ni jenis tak reti nak hormat orang.

Aishh nak menggelegak darah aku rasa bila dia suka bawak masuk kawan dalam bilik pagi-pagi sebelum g kelas pastu duk borak kuat-kuat sambil gelak-gelak cam pontianak mengilai atas dahan pokok.

Aishh aku rasa nak bangun jer daripada tidur tuh jerkah dan lempang sorang-sorang. Oii korang tak reti hormat orang duk tidur ke?. Dah la datang bilik orang.

Aishh aku sabar jer, tak penah nak marah-marah atau jadikan point nak cari gaduh dengan dia. Aku ni plak jenis stay up malam, tidur lambat sebab tuh lepas bangun solat subuh aku tidur balik memandangkan kelas aku mula petang.

Tuh tak masuk plak perangai jenis takleh tolak ansur dia tuh bila dia suka tidur bergelap. Hak ni lagi satu aku takleh masuk dengan dia.

Kalau malam aku nak stay up dalam bilik sampai jam2-3 pagi memang takboleh. Sebabnya dia confirm-confirm tunjuk mogok suruh aku tutup lampu waima aku just bukak lampu study sekalipun.

Sampai satu tahap dia tunjuk kurang ajar dia pegi offkan suis lampu, maka bergelaplah aku dengan laptop.

Kesudahnya aku yang terpaksa bersabar mengalah tutup laptop tidur juga. Aishh takleh tolak ansur langsung. Gila ke apa, tak tengok ke orang tengah siapkan thesis. Hmmm

Ni satu perkara, awal sem ni aku telah di diognis menghidap ketumbuhan tulang dekat bahagian dada.

Penyakit ni tak membahaya, tp bagi aku ia akan menyakitkan pabila cuaca sejuk tambah-tambah sekarang musim hujan.

Badan aku tak mampu nak tanggung sejuk sehingga menyebabkan aku sakit dada dekat bahagian tulang tuh dan sukar untuk bernafas.

Al-kisahnya aku dah pun maklumkan dekat rumet aku berkaitan sakit aku ni, siap ada referral letter dan xray daripada doktor lagi.

Tp yang aku geram dan takleh hadam bila dia ni jenis tak reti bahasa. Penah masa rumet pegi kelas, aku duk sorang dalam bilik dan hujan agak lebat.

Dada aku mula sakit lalu aku turunkan gear kipas kepada no1 sahaja, pakai sweater tebal dan berselimut tidur atas katil, kemudian dia balik bilik terus naikkan gear kipas kepada nom5 dan dengan slumbernya jemur pakaian lembab dalam bilik.

Ya Allah masa ni aku dah tahap sampai menangis-nangis sebab sakit sangat bila dah bertambah sejuk. Dia boleh plak buat-buat tak tahu. Oii rumet ko memang jenis takleh nak faham eh?. Serius terasa hati sangat.

Tapi semua ni aku just anggap bagai debu dibawa angin jer, tak simpan kat hati. Yea la dia budak 3 tahun dari aku, mungkin dia belum matang dalam berfikir kan.

Tp end up, aku memang dh tak tahan bila sekali lagi dia tunjuk bebai dia lagi. Harituh kami tiada masalah, masing-masing borak macam biasa.

Kemudian dia sambung study dengan sahabat baik dia earphone tuh, malas melayan aku berbaring atas katil aku sambil layan phone sendirian.

Tak sampai 10 minit aku dengar dia mula hempas-hempas barang lagi, kemudian dia keluar sambil hempas pintu. Serius bergegar bilik oii tercabut pemegang pintu.

Bayangkan lah kuat tak kuat dia hempas. Masa ni buat pertama kali terkeluar kat mulut aku “aii mengamuk ke?”.

Tahu tak, dia terus keluar tak masuk-masuk sampailah maghrib. Itupun bila balik memang langsung tak tegur aku dengan muncung panjang sedepa.

Perang dingin bermula, untuk beberapa hari kami tak bercakap dan aku mula rasa menyampah dengan rumet.

Aku keluar pagi-pagi lepak library dan malam aku tidur bilik kawan. Kalau balik bilikpun sebab aku nak mandi atau ambik barang.

Dan makin nampaklah perangai gila dia bila dia tunjuk perangai bebai bodoh dia tuh hempas-hempas pintu, tutup lampu masa aku duk kemas barang dan dia boleh jerit kat aku “pegii mampusss” masa kau keluar pintu. Sangat biadab dan kurang ajar.

Kalau lah aku jenis tak sabar orangnya dah lama aku belasah budak ni. And now, aku ask for change my room and i got it. Alhamdulillah.

Bila dah jadi gini, aku mula selidik latar belakang rumet aku ni. Maklum la sebelum ni aku kan tak pernah kenal dia.

Guest what, rupa-rupanya rumet aku ni memang dah buat masalah dengan rumet lama dia dulu, memang perangai gila tuh dah lama wujud sampaikan rumet dia sendiripun tak tahan.

Hmm kalu dah gitu perangainya yang agak kurang ajar, macam manalah dia akan stay dengan rumet baru semester-semester akan datang.

Hmm pesan aku kat semua, berhati-hatilah dengan kawan yang baru dikenali. Kadang-kadang kita tengok fizikalnya ok belum tentu mental dan hatinya sihat. Haha .

dan kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat tak payahlah tunjukkan perangai pentingkan diri sendiri tuh sehingga nak menyusahkan orang.

kawan aku ada mintak aku balas balik jer apa yang rumet aku buat, tapi bagi aku takkan berbaloii kalau aku balas balik semata-mata dan puaskan hati aku sendiri sedangkan menimbulkan dendam dalam hati rumet aku dan di ingat-ingat sampai bila-bila.

Dah tentu ia kan tinggalkan kesan emosi dan mental kepada dia. Ntah-ntah dia terus bertindak lebih teruk lagi. Jadi biarlah kita mengalah dan doakan dia berubah.

Last, doakan kesihatan dan kesejahteraan aku dalam bilik baru tanpa rumet yea. Dan doakan jugak aku dapat siapkan thesis degree aku dengan jayanya dan dapat berpraktikum tempat yang aku idam-idamkan. Aminn. Thanks sudi baca.

– Gadis Lesung Pipit –