Tiap2 bulan pinjam duit. Alasan tak cukup duit nak beli susu anak Hanya kerana susu anak, kami adik beradik ditipu adik ipar yang mahukan duit

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga mendapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua. Cerita hutang aku ni dah bermula sejak 30 tahun yang lalu masa belajar kat IPTA.

Abang kena buang kerja jadi dia pinjam duit sebab tak cukup untuk sara family dia. Masa tu, walaupun pinjaman MARA yang aku dapat, ala kadar sahaja tapi aku bagi juga pinjam sebab kasihan kat abang.

Masa berlalu, dia pun dah senang, rumah besar, kereta besar dan isteri pun dah jadi besar juga.… tapi hutang kat aku dia terus lupa. Ok la…. aku halalkan sebab aku sayang abang aku.

Bila kahwin, isteri abang ipar pulak perluukan duit untuk beli kereta. Alasan, senang nak ulang alik untuk rawatan ke hspital sebab abang ipar skit 3 srangkai.

Ok… fine, aku dan suami setuju nak tolong sebab tak sampai hati. Malah guna nama suami untuk loan kereta. Janji akan bayar dan tanah sebagai cagaran.

Lastly kereta kena tarik dan nama suami disenarai hitam sebab hutang bank. Terpaksa korek duit simpanan untuk clearkan nama.

Bila tanya tanah yang kononnya sebagai cagaran, aku pulak yang kena marah. Itu tanah mereka, jangan masuk campur katanya.

Aku terkedu… mana muka manis waktu nak pinjam dulu. Allahu… kulihat suami terdiam.

Ini cerita anak kakak pulak… bila mula dapat kerja terus nak beli kereta. Sebab baru kerja, bank tak lulus loan. Kakak minta aku pulak jadi penjamin.

Bila aku jawab tak boleh sebab dah 2 kali kena, apa lagi mengaamuklah kakak . Marah sebab tak nak tolong anak dia.

Aku terdiam. He.. he.. he.. seperti yang diramalkan, sempatlah 1 tahun dia kerja, anak buah berhenti sebab jemu. Kereta dia kena tarik tapi aku selamat sebab tak jadi penjamin.

2006, emak dan ayah mngal. Adik lelaki bujang aku takde tempat tinggal. Rumah yang ada uzur sangat.

So adik beradik cadang nak buat rumah baru kat tanah pusaka. Masuk upah semua, siaplah rumah kecil 25K sahaja. Sesuai untuk si bujang dengan keperluan asas.

Suami aku keluarkan modal dan kos rumah tentulah kami berdua. Alasan adik beradik, kami berdua kerja kerajaan.

Janji bayar RM200 sebulan. Malangnya… hutang berbayar 10 kali sahaja lepas tu terus senyap…. Aduhai, malu kat suami sendiri sebab adik buat hal.

Masa berlalu, hari berganti. Anak-anak aku yang 4 orang pun dah besar . Alhamdulillah… Semua dah kat universiti.

Nak jadi cerita, anak sulong yang di UMT tu, ada la singgah kat rumah isteri abang ipar yang berhutang dulu.

Dari abang long, aku dapat tau, biras aku dapat tender kantin sekolah selepas abang ipar mngal. Pendapatan boleh tahan tapi akhirnya kena tipu dengan menantu. Wang dan barang kemas dilarikan.

Aku hanya senyum dalam hati. Ini kah balasan, bisnes dah bagus tapi hutang tak mau bayar jugak. Entahlah….

Adik aku pulak baru 40 tahun tahun ni…. tiba2 mata tak nampak kedua-duanya. Bila jadi macam tu barulah dia teringat kat kami.

Takpelah…. walau hutang tak bayar, kami jugak yang urus pembdahan mata dia. Adik beradik kan…. Apa lah sangat duit tu berbanding nilai persaudaraan. Syukur, mata dia dah dapat lihat semula.

Kisah yang last ni, buat aku sukar nak hadam. Adik ipar perempuan aku ni kerja kilang. Anak 5 orang. Suami dia adalah adik aku yang kerja technician kilang tapi kena buang sebab masalah disiplin. Lepas tu kerja tak menentu dan last sekali jadi jaga.

Adik ipar ni kerjanya, tiap2 bulan pinjam duit. Alasan tak cukup duit nak beli susu anak. Ok… aku tolong sebab takut anak buah kebuluran.

Kadang2 belum hari gaji lagi, dia dah mesej nak pinjam. Pinjam katanya tapi tak pernah bayar pun… Siap pesan jangan bagi tau suami dia.

Eh…pelik kan? Suami dia tu kan adik aku. Bila aku call adik, tanya ada masalah duit tak? Adik jawab, masih ok. Eeeh…. Konpius kakak dia ni dibuatnya. Kenapa isteri nak rahsiakan daripada suami.

Bila kami berkumpul bersama keluarga, pecahlah rahsia yang adik ipar ni bukan pinjam kat aku sorang. Hampir semua kakak2 aku dah dia pinjam.

Kat anak2 buah pun dia pinjam jugak. Melampau eh…. kami ni kan sebelah keluarga suami dia. Hebat betul kan… .satu family kami kena.

Bila aku tanya kenapa buat keluarga suami macam tu… macam helah dia cakap. Last sekali balik kampung suami pun tak berani dah. Kantoi la tu…

Fuhh… cukuplah cerita hutang adik beradik ni. Bukan hutang dalam erti kata sebenarnya…. Adik beradik kan. Marah macam mana pun, air dicincang tak kan putus.

Terima kasih pada admin yang sudi siarkan serita aku ni. Maaf andai ada salah silap. Tak minta pun you all untuk judge tapi nak kongsi jer asam garam kehidupan. Moga kita semua dirahmati Allah.