Duduk rumah sewa sama2 tapi bab kerja rumah buat tak tahu. Kalau takde orang buat maka berulatlah rumah. Sedap je duduk goyang kaki dan merungut.

Foto sekadar hiasan. Assalam semua. Aku nak buat luahan perasaan sikit. Aku Eka, 26, seorang student, menyewa tak jauh dari kampus.

Aku sewa bersama-sama tiga orang penyewa lain. Rumah ni ada 4 bilik, jadi setakat ni seorang sebiliklah. Penyewa yang lain 2 orang dah kerja. Seorang tengah cari kerja. Aku saja yang bergelar pelajar.

Sebelum aku masuk menyewa di sini, Kak Puteri lah yang paling lama sekali menyewa antara kami berempat. Seterusnya aku masuk menyewa, kemudian Ommi, last baru Kak Dang.

Mungkin masalah yang aku akan terangkan kejap lagi, sama je dekat mana-mana rumah sewa tapi please, jangan ambil mudah benda ni.

1) Buang sampah. Dalam rumah ni, hanya aku dan kak Puteri saja yang pandai buang sampah. Lagi dua orang tak pandai. Tahu buat sampah saja. Aku dan Kak Puteri ni kalau tengok sampah penuh, boleh je g buang.

Tong sampah besar tu dokek je dengan rumah ni. Jalan kaki 50 langkah kot dah sampai. Aku selalu buang sampah pagi aku nak g kelas tu. Even aku dah melawo wangi, sambil panaskan enjin kereta, boleh je aku busukkan tangan aku g buang sampah.

Kak Puteri tu bangun pagi dengan tak mandi lagi, boleh je sarung sweater, tudung segala g buang (Hihihi, sorry kak Puteri). Tapi kenapa Ommi n Kak Dang tak boleh ya?? Nak kata kejar masa tidak. Sedangkan tempat keje dorang 5minit je dari rumah. Jalan tak jamm pun. Tak pernah lah jamm. Huhu.

2) Tutup suis lampu kipas dan sebagainya. Aku tahu kita duduk berempat je tapi takkan nak biar lampu tingkat bawah, lampu luar, lampu dapur, lampu tangga semua terang benderang sampai ke tengah hari? Dalam rumah ni, waktu malam, kami akan buka lampu dapur, lampu tangga, lampu luar.

Kak Dang n Ommi akan pergi kerja around 7.30 – 7.50pagi. Apalah salahnya dorang turun bawah masa nak keluar tu, tutup lampu tangga, lampu dapur, lampu luar?? Takkan nak tunggu aku yg sah-sah lah tido lepas subuh balik, keluar turun bawah untuk sarapan then g kelas around 9 -11 pagi.

Kalau aku takda kelas, sampai ke tengahari lah lampu-lampu tu menyala je. Aku pernah lepas subuh, keluar bilik p tutup lampu-lampu yang menyala tu tapi pandai dorang nak turun g keje tu g bukak balik then tak reti nak tutup. Aduhai sayang.

3)Peti sejuk. Peti sejuk kitaorang ni Kak Puteri yg beli. Mostly barang dalam rumah tu memang kak Puteri yg beli sebab owner tak provide apa-apa. Rumah tu kosong sekosong-kosongnya masa dia mula menyewa.

Jadi Kak Puteri lah bersungguh jaga harta-harta dia. Aku faham sebab kita guna barang orang, kita tolong lah jaga sebab barang org kot. Bukan barang kau. Jadi kak Puteri ni akan basuh/kemas peti/defrost peti tu dalam 2minggu sekali. Sebabnya Kak Puteri beli peti tu peti secondhand je dah lama jadi kena jaga lebih sikit.

Peti ais tu bila terlalu penuh/tak kemas/ada barang2 yg dah tak elok dalam tu dia jadi tak sejuk then mencairlah ais2 dia. Jadi kak Puteri lah yg akan kemas. Bila aku tengok Kak Puteri buat tu, aku pun ikut buat, tak tunggu dia minta tolong ke apa sebab kita pakai sama-sama kan. tapi Kak Dang dgn Ommi ni bila peti tu tak sejuk, tahu mengadu je “Peti dah tak sejuk.”. lepas tu dah.

Aku dan Kak Puteri akan alert dengan barang-barang dalam peti. Kalau bahan-bahan dah tak elok kitaorang akan buang cepat-cepat. Barang kitaorang lah. Org punya tak sentuh. Kitaorang ada divide parts dalam peti tu. Jadi tahulah barang siapa kat sini, kat situ.

Kak Dang & Ommi ni tahu beli sumbat, beli sumbat je. Yang dah tak elok dibiar je dalam peti. Bila nak defrost peti tu, aku dengan Kak Puteri akan buangkan je kalau barang diorang ada yang dah tak elok.

4) Sinki dapur. Mak-Mak kalian ajar kan lepas masak, lepas guna sinki basuh lah bagi clear. Bukan basuh pinggan periuk bagai tu je. Basuhlah sentallah sinki. Janganlah tinggal sisa-sisa dalam sinki.
– Kak Dang & Ommi ni sama perangai.

Dia orang lepas dah masak nasi, habis, rendam. Kan ada sisa nasi yg direndam tu kan. Dorang akan tinggalkan dalam sinki dalam satu bekas tapis sisa makanan khas sampai sehari dua hari? Bak kata Kak Puteri, sampai nasi tu boleh jadi tapai dah rasanya. Jadinya, tangan inilah yg akan membuang sisa-sia tu semua setiap hari. Mereka? Nan hado

5) Bilik air. Bilik air aku bersambung dengan bilik air ommi. Herm. Payah bab ni. Bila kita kongsi toilet, susah kalau dapat orang yang tak jaga macam kita jaga. Ommi tak pernah basuh toilet. Eh tak setakat ni pernah sekali.

Hehe tu pun sebab hari tu aku tabur clorox kat toilet, sementara nak tunggu clorox buat keje dia, aku lepak la bilik main fon. Then, si Ommi ni masuk toilet. Ketak, kunci pintu dekat part aku. Halamak, Sudah, aku dah tak senang duduk.

Dahla aku tabur clorox, bising lah Ommi. Rupanya tidak, aku dengar bunyi berus-berus berjalan dalam toilet tu. Lepas Ommi keluar toilet, aku pun buat spotcheck. Yezza, Toilet ku sudah ada org cuci. Gara-gara bau clorox hehe. Alhamdulillah. Tapi lepas tu tugas aku kembali seperti sedia kala.

6) Ok ni last. Pasal gas. Ini atas apa yg Kak Puteri cerita, sebelum kami bertiga masuk menyewa. Penyewa-penyewa sebelum kami, pun lebih kurang je macam sekarang. Hatta lagi teruk sikit. Dia punya tahap pemalas, sendiri nak makan sendiri malas.

Kak Puteri dulu bangun tidur, buat sarapan untuk satu rumah, masak bihun goreng ke mee goreng ke nasi goreng ke. Sebab apa? Sebab dorang pemalas nak masak dan bising dekat Kak Puteri rumah sewa ni takde kedai makan atau warung dekat2 yang boleh jalan kaki je dah sampai.

Kalau boleh nak depan rumah lagi bagus. Disebabkan Kak Puteri kesian, dia masakkanlah. Tapi bab gas lagi haru. Biasanya kalau gas habis, dorang akan complain je,”Kak Puteri gas dah habis.” Tiada inisiatif nak call ke pergi beli ke.

Kalau Kak Puteri tiada dekat rumah or balik kampung, Dorang rela tunggu Kak Puteri balik settlekan hal gas. Tu oklah kat luar. Tapi bila Kak Puteri dekat kampung, suruh Kak Puteri ni balik cepat. Jadi, bila kami bertiga masuk gantikan penyewa-penyewa lama, Kak Puteri lega sikit bab masak tapi bab gas masih sama.

Hari tu, aku yg teman dan tolong Kak Puteri beli gas. Tapi baru ni je terjadi padaku pada hari puasa ke 4 ni. Nak dijadikan cerita, gas habis. Dah habis tu pergilah call orang gas ke g kedai ke. Ni tak. Aku jugak yg kena buat semua benda.

Kebetulan masa ni, kak Puteri dengan Ommi balik kg. Tinggallah aku dengan Kak Dang. Gas habis nak masak berbuka ni. Aku jugaklah yg call orang gas, then dia kata tak dapat hantar sebab anak tokey kedai tu takda. Ok takpelah aku cakap aku g kedai. Aku ingatkan Kak Dang nak ikutlah tolong bawak gas ni.

Dia naik atas, duduk dalam bilik tapi pintu bilik bukak. Aku pergilah heret tong gas tu pergi depan pintu rumah, then aku naik atas siap2. Aku dah siap tu dia tengok dengan muka innocent dia. Dia main fon. Aku lah yg bukak pagar, heret tong gas masuk dalam kete (kereta aku parking luar).

Jauh woi nak heret tong gas tu. Sampai kedai, ada mamat ni tengah mesin tebu. aku cakaplah nak beli gas. Dia panggil adik dia. Aku ingat adik dia laki, sekali keluar perempuan lagi kecik dari aku.

Aduhai Habis tu aku lagi la kena angkat ni. Aku pun menggagahkan diri angkat tong gas tu letak tepi kedai. Ok time nak tukar tong ni aku lagi cuak. Tong gas kosong dengan tong gas ada gas lain bhai.

Berat wey. Aku pun minta tolong adik tu angkat sekali dengan aku, sebab adik dia dah suruh abg dia tu tapi abg dia wat tak tahu. hampeh punya orang laki. Sampai rumah, cabaran lagi nak kena bawak keluar tong gas berat ni keluar kete, masuk rumah pulak. Oklah, aku berjaya bwk masuk rumah.

Aku letak tepi tangga dulu sebab aku penat. Termengah-mengah tau. Aku decide naik atas dulu nak solat asar baru turun pasang gas sekali masak. Time aku kat bilik, aku dengar pintu bilik Kak Dang buka, then dia turun. dalam hati aku, ada can ni Kak Dang pasangkan gas sebab dia nak masak kan.

Tak sampai seminit naik atas balik tutup pintu. Aku macam aikk. Sekejapnya pasang gas. Rupanya, dia turun sekadar turun. Aku turun gas tu macam mana aku letak tadi kat situlah dia terletak. Aduhai kakak.

Aku skit hati, Aku pergilah pasang, lepas aku pasang dia pun turun. Join aku masak. Panas hati aku. Aku juga tahu badan aku besar, so ada sesetengah orang ada mentaliti dia kuat ni, badan besar.

Badan aku memang besar tapi aku still perempuan la. Setakat manalah kudrat seorang perempuan ni?? Mana boleh angkat berat-berat. Mak aku marah tau. Effect kat rahim nanti. Lagipun, aku besar lemak bukan besar otot. Lagipun aku pun puasa jugak. Aiseymen.

Sekarang ni aku dah nak habis belajar, tahun ni In Shaa Allah. Kak Puteri risau, aku tinggalkan dia. Sebab lepas ni dia takda geng dah nak buat kerja sama-sama, gilir-gilir. Aku pun kesian dekat dia.

Jadinya, untuk siapa-siapa yg bujang khasnya perempuan lah, yang duduk rumah sewa. Kita sebagai penyewa, duduk sama-sama buatlah kerja yang sepatutnya sama-sama. Tahu duduk rumah sewa, masing-masing nak me time, privasi dan sebagainya tapi atleast jangan duduk goyang kaki.

Jgn tahu lepas diri sendiri aja. Dekat rumah, depan Mak pandai buat kerja rumah kan tapi dekat rumah sewa nak mengelat eh? Mana boleh macam tu. Aku tahu nanti ada yang kata, tegurlah. kalau tak tegur tak jalan.

Kakak-kakak, dalam rumah ni semua umur dah 23 – 30an. Takkan dah besar panjang macam tu nak tegur-tegur lagi? Dah boleh jadi Mak orang dah. Ok lah sampai sini sajalah luahan dan pesanan aku. Maaf kalau ayat aku tunggang terbalik. Sekian.