Madu mengandung dan hiina saya xboleh beri zuriat kepada suami saya.Saya bagi pilihan dekat suami.Ini tindakan suami

Assalam semua pembaca. Semoga confession saya ini disiarkan dan boleh menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang senasib dengan saya.

Alhamdulillah saya sempat dipoligamikan oleh suami setelah masuk tahun ke-9 perkahwinan kami.

Poligami yang saya tak pasti sudah berapa lama tetapi saya hanya mendapat tahu sebulan sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan ke-9 kami.

Sebelum rahsia ini terbongkar, memang terlalu banyak petanda kecuurangan seorang suami yang ditunjukkan. Tapi sekuman pun tidak pernah terfikir suami nekad untuk berkahwin dengan perempuan lain.

Selepas rahsia terbongkar selepas dibongkarkan oleh madu saya, apa yang saya buat? Pertama, hanya minta penjelasan dan apa rancangan suami seterusnya.

Tanpa makiian dari saya kepada suami dan wanita itu, saya cuba untuk meneruskan hidup saya dengan janji suami untuk selesaikan masalah ini. Itu janji dia.

Btw, madu saya buat pengakuan yang dia mengandung dan menghiina saya kerana tak boleh beri zuriat kepada suami saya.

Dia mengjustifikasikan perbuatannya dengan cara menghina kekurangan diri saya. Dia mengaku yang dia lebih berhak dari saya kerana zuriat yang dikandung.

Saya minta suami untuk lepaskan saya dan memulakan hidup dengan keluarga barunya tetapi suami bertekad tak akan melepaskan saya dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Itu janji dia.

Saya meneruskan hidup seperti biasa. Hampir dua minggu, suami beritahu saya tiada lagi wanita itu antara dia dan saya. Antara dia dan wanita itu telah selesai antara mereka.

Saya bersyukur dan bersedih dalam masa yang sama. Tapi saya redha dengan takdir ini.

Apapun, saya yakin reaksi dan penerimaan saya terhadap masalah ini adalah salah satu sebab kenapa suami saya dan wanita itu lembut hati untuk beralah. Apa yang saya buat?

1. Langsung tidak menyalahkan, memaarahi atau memaaki suami saya dan wanita itu.

2. Berserah dengan segala kesedihan dn doa saya hanya kepada Allah. Rezeki saya kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan.

3. Saya tidak meminta supaya suami saya memilih saya. Saya cuma meminta jika wanita ini tidak membawa manfaat pada suami saya dan saya, maka jauhkanlah dia dari kami.

Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Thank you Allah. Besar sungguh kekuasaanmu.

4. Saya berusaha untuk mendoakan wanita itu yang telah mencarik, merobek, menghiina saya supaya berubah dan dijauhkan dari mengulangi perbuatan ini kepada wanita lain.

Alhamdulillah, hikmahnya tetap ada. Hubungan saya dan suami menjadi lebih baik. Saya cuba untuk ikhlas memaafkan suami dan cuba untuk tidak berdndam dengan apa yang telah suami lakukan.

Manusia, manakan ada yang sempurna. Mungkin ada yang khilaf di pihak saya sebagai isteri. Mana mungkin saya menyalahkan orang lain sewenangnya.

Saya percaya, penerimaan saya terhadap kecuruangan suami menjadi salah satu sebab suami sedar dengan kesalahan yang dia lakukan.

Walaupun dipujuk oleh wanita itu dengan alasan anak supaya mngalkan saya dan memilih dia, alhamdulillah jodoh kami masih ada.

Wanita itu juga hairan dengan penerimaan saya bila mana sepatah pun saya tak melepaskan maarah atau memaaki dia.

Pesanan saya kepada wanita yang senasib dengan saya diluar sana, hadapilah ujian ini dengan tenang. Mintalah dengan yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya hanya kepada Dialah kita memohon pertolongan. Hanya Dialah yang berkuasa memegang hati kita dan hati suami kita.

Selepas 4 bulan, dalam senyuman saya cuba untuk mengubati hati sendiri. Alhamdulillah atas segala ujian ini. Sesungguhnya ujian ini amatlah kecil berbanding ujian kita di akhirat sana.

Tak ada guna menyalahkan sesiapa. Saya cuma berharap kegembiraan sementara ini kekal selagi hayat dikandung badan. Terima kasih.