Ayah minta maaf pada kakak sbb tak dapat jadi wali. Kakak tunjuk sijil nikah mak ayah, aku tergamam

Gambar sekadar hiasan. Perkahwinan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh orang bujang. Mereka nak berbahagia bersama pasngan masing2.

Sebelum melangsungkan perkahwinan kita mestilah perlu mendaftar perkahwinan itu dulu di pejabat agama. Borang hendaklah ditulis lengkap beserta dengan sijil-sijil sekali.

Kisah kali ini menceritakan seorang gadis yg mahu mendaftarkan perkahwinan. Apabila menerima sijil kahwin dari ibu bapa gadis itu tergamam dan tidak dpt terima kenyataan. Ikuti kisah di bawah.

Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sekiranya kisah ini disiarkan. Terima kasih in advance untuk komen komen dan pendapat yang akan diberi nanti bila confession ini dikeluarkan.

Semoga semuanya kata kata yang positive. First of all aku perkenalkan diri aku, seorang gadis yang berusia 20-an. Anak kedua dari 5 beradik dan aku mempunyai sebuah keluarga yang boleh dikatakan sempurna dari segi kewangan, kasih sayang, semuanya hampir sempurna.

Ayahku seorang pengusaha perniagaan dan ibu seorang suri rumah. Kisahnya, kakak sulung aku bakal berkahwin Oktober depan dengan lelaki pilihan hatinya sendiri.

Dipendekkan cerita, baru baru ni ayah telah memberikan kakak sijil kahwin dia dan ibu untuk kakak uruskan pendaftaran pernikahnya nanti.

Dan pada waktu itu, ayah katakan pada kakak dia minta maaf andainya dia tak dapat jadi wali untuk kakak kerana tu silap dia dan ibu masa muda dulu.

Kakak kebingungan, tak terfikir langsung maksud ayah. Setelah dilihat pada tarikh perkahwinan mereka baru dia mengerti maksud ayah. Ibu dan ayah berkahwin ketika kakak sudah di dalam rahim ibu.

Aku bekerja di Melaka sementara keluarga aku menetap di Selangor. Kakak masih tinggal dengan keluarga.

Selepas saja kakak faham status dirinya, terus dia call aku dan menangis minta aku balik ke Selangor tanpa menjelaskan apa apa padaku. Aku sangat rapat dengan kakak. Keesokannya selepas menerima panggilan kakak aku pun terus pulang ke rumah keluargaku.

Sampai saja di rumah aku lihat ibu dan ayah air muka mereka seperti kurang gembira. Aku masuk ke bilik kakak, aku lihat kakak, bengkak mukanya.

Terlalu banyak menangis. Dia ceritakan segalanya pada aku. Dia tunjukkan aku sijil kahwin ibu dan ayah.

Reaksi aku, speachless. Yaa aku speachless. Aku tak tahu apa nak dicakap. Aku diam. Pahit untuk ditelan.

Hal ini dirahsiakan dari adik adik yang lain. Kakak cuma berkongsi dengan aku oleh kerana adik adik yang lain mungkin masih belum layak untuk faham keadaan ni.

Yang menjadi persoalannya dalam diri aku, seandainya dulu ibu dan ayah menikah ketika kakak masih dalam perut ibu, adakah perkahwinan itu sah?, apakah status diriku dan adik adik yang lain andainya ibu dan ayah tidak menikah sekali lagi selepas kakak dilahirkan?

Bukankah anak di luar pernikahan itu akan terbatal air wudhunya dengan bapa kandungnya walau ayahnya sudah berkahwin dengan si ibu sekalipun. Bagaimana sebelum ini kakak selalu bersalam dan menc1um ayah?

Aku benci, benci kenyataan itu. Aku terlalu sayang pada kakak, sedih hati aku tengok kakak menangis. Sepanjang aku dirumah, kakak tidak keluar bilik, tidak makan, hanya berkurung di dalam bilik dan menangis terus.

Aku pula, aku tidak menangis depan kakak. Tetapi aku juga menangis sehingga ke hari ini memikirkan bila nanti aku pula yang akan bernikah dan ayah tidak dapat mewalikan aku dan nasib adik perempuan aku yang seorang lagi.

Aku tak nak kakak tahu bahawa aku pun sedih dengan kenyataan itu. Terlalu skit dengan kebohongan yang kononnya dapat disimpan.

Dan masih ada kah lelaki dan bakal keluarga mentua yang dapat menerima status anak diluar pernikahan. Semua ini menyakitkan.

Aku dengan secara perlahan mula membenci ibu dan ayah. Semakin kurang rasa hormat aku pada ibu dan ayah. Semakin hari aku semakin dingin dengan ibu ayah, whatsapp mereka aku tidak reply, call dari mereka juga aku biarkan sepi tanpa dijawab.

Selama ini ibu dan ayah yang aku hormat, yang aku kasih dan cinta telah menutup satu hakikat yang akhirnya menjadi kebencian buat diri aku. Aku benci takdir ini. Aku benci ibu dan ayah.

Kadang kadang aku terfikir untuk tidak kembali lagi ke rumah keluargaku. Kadang kadang aku rasa nak lari jauh dari mereka. Terluukanya hati aku, lebih terluuka dari ditinggal kek4sih, lebih terluuka dari apa pun.

Aku tak tahu kenapa semua ini baru tersingkap sekarang. Hal seperti ini hanya diketahui bila sudah besar macam ni dan ketika waktu kakak sudah nak bernikah. Malam malam aku hanya tidur dengan air mata.

Setiap kali solat aku cuma minta Allah berikan ketabahan untuk kakak, dan minta diberikan petunjuk untuk kami terima semua kenyataan ini dengan ikhlas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan semua kata kata yang baik. Doakan semoga kami kuat untuk menerima semua ini dan doakan supaya masih ada bahagia buat kami.