Kerana girlfriend tinggalkn ak mcm tu je ak mula brdndam dgn smua wanita. Ak jdi makin teruk dan lupa diri. Hingga 1 hari ak sedar

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Firstly, terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah ini untuk tatapan umum sekiranya terpilih.

Mungkin apa yg akan ditulis oleh aku ini kisah yg biasa2 saja. Tapi, tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk meluahkan serta menperingatkan remaja2 di luar sana yg sebaya dgn aku agar tidak terlalu mengejar cinta manusia.

Sebelum itu, aku perkenalkan diri aku seorg lelaki yg berumur 20an dan sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Malaysia ini.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak senang pada pandangan aku, kerana semua benda yg aku mahukan pasti akan cuba dituruti oleh kedua ibu bapa aku.

Tapi, aku cuba untuk tidak menggunakan harta keluarga aku untuk kepentingan diri. Cuma, tidak lah terlalu senang seperti drama2 Melayu pukul 7 malam tu.

Ketika umur yg menjangkau 20 something ni bagi aku adalah sesuatu yg normal utk mencari pasangan bagi mengisi kekosongan hati. Aku juga tidak terkecuali daripada perasaan sedemikian.

Aku mulakan kisah aku dgn seorang perempuan bernama A. Hahaha, terlalu typikal mungkin sbb memberikan gelaran nama A, B, C, D dan sebagainya ni. Okey, aku mengenali A waktu di alam persekolahan lagi.

Waktu itu, aku seorang yang boleh dikatakan agak popular, dalam masa yg sama misteri sbb aku kurang bergaul dgn perempuan. Mungkin sebab sikap perempuan ni yg terlalu suka bergosip buat aku kurang nak ambil tahu perihal perempuan

Entah bagaimana pada suatu hari, aku boleh tertarik dgn kecantikan dia. Ya, sememangnya dia seorang yg cantik. Seorang yg manis serta pandai dalam pelajaran.

Selain itu, dia juga seorang yang pada pandangan mata aku seorang yg warak. Maksudnya, pada ketika itulah. Entah, dalam byk2 lelaki yg cuba utk tackle dia, aku tanpa bersusah payah dapat terus tackle hati dia. Ya guys, senang je aku dapat dia.

Aku dgn dia mula bercinta. Pada ketika itu, ramai laki2 di luar sana yg mencemburui aku kerana dapat memenangi hati dia. Setiap hari selepas sekolah, aku dan dia akan ulang kaji bersama untuk peperiksaan yg akan datang.

Tapi, itu cumalah lakonan. Yang pastinya, aku cuma gunakan peluang itu untuk berjumpa dgn dia. Aku banyak mengajar dia yang bukan2. Korang sendiri fahamlah apa yang bukan2 tu ya.

Cuma, takdelah sampai tahap meragut kesucian dia. Even bukan2, ringan2 tu pun actually dah menjatuhkan maruah seorang wanita. Dari seorang yang warak, dia berubah menjadi lebih open terhadap benda2 mcm ni.

Ya Allah, berdosanya aku sebab telah membuat seorang hambaMu berubah ke arah yg lebih jauh. Maafkan aku, ya Allah.

Akhirnya keputusan exam dh keluar, aku peroleh keputusan yg agak cemerlang bersama dgn dia. Sejak daripada itu, kami merasakan bahawa kami memang ditakdirkan untuk bersama.

Selepas itu, kami cuba melanjutkan pelajaran ke universiti yg sama dgn harapan terus bersama sehingga ke jannah. Hahaha, bodohnya aku ketika itu. Akhirnya, kami ditakdirkan untuk tidak bersama. Dia ke IPTA lain, aku ke IPTA lain

Maka bermulalah episod yg pahit bagi aku. Mungkin kerana Allah cuba mengingatkan aku agar tidak lalai dalam kehidupan. Awal kemasukan, semuanya dalam keadaan baik.

Namun tidak di pertengahan. Maklumlah, dia seorang yg cantik. Lelaki mana yg tidak tertarik pada dia. Bergetar beb tulang rusuk kalau hampa tgk dia. Hahahaha. Itu mmg aku x nafikan. Hehehe.

Bila hubungan jarak jauh ni, ada saja yang tidak kena. Peluang untuk kami berjumpa susah sebab masing2 jauh. Jadi melalui media sahajalah kami bertentang mata.

Dia pun setiap hari ceritakan pada aku yg ada lelaki duk usha2 dia, duk tackle2 dia, kacau2 dia. Bukan sikit beb. Ramai. Hati lelaki mana je tak gusar kalau awek dia dah nak kena sambar ngan org lain? Hahaha. Tapi, rilekslah. Bunga bukan sekuntum.

Pada sampai saatnya, aku merasakan dia sudah tak seperti dulu lagi. Aku pun pada ketika itu, ramai kawan2 perempuan yg cuba mendekati aku, tapi aku tolak.

Mesti korang tak percaya kan aku buat mcm tu? Ya lah, dah member dia satu kampus dgn aku, kononnya member dia hantar perisik la untuk spy aku. Terpaksa aku jaga tingkah laku aku. Hahaha.

So, aku di cop sombong oleh kenalan pmpuan. Tapi life aku takdelah boring sbb tak kawan ngan pmpuan, sbb aku sibukkkan diri aku dgn mcm2 aktiviti.

Dia pulak macam menjauhkan diri dari aku. Call tak angkat. WhatsApp tak reply. Ahhhhh sudah dalam hati aku. Akhirnya aku mengalah dengan dia.

Tiba2, pada waktu petang after almost a month dia tak jawab WhatsApp aku, tiba2 naik noti daripada dia. Aku masih ingat WhatsApp dia ketika itu, mengatakan yang dia minta maaf sbb buat aku menunggu.

Nanti dia akan reply balik WhatsApp aku. Aku menunggu dan terus menunggu. Tunggu, tunggu dan tunggu. Tapi, kecewa yang aku dapat.

At last, aku betul2 kecewa dan rebah tersungkur terhadap cinta manusia ni. Aku mulai lalai dalam solat, berubah menjadi seorang pendendam terhadap perempuan. Aku nekad ingin membalas dendam terhadap perempuan.

Keadaan si A tu?? Entah. Aku tak ambil peduli. Even aku tak stalk langsung ig dia. Benci punya pasal kan. Hahaha. Hati aku berkecai waktu itu. Akhirnya, aku dipertemukan dengan seorang gadis, si H. Anak seorang ustaz. Hahaha.

Si H ni, pada ketika itu, baru je lepas break up dgn boyfriend dia. Aku pun apa lagi, alang2 orang tengah bersedih. Terus aku masuk. N yes, terus aku dapat hati dia beb. Tanpa susah2 pun.

Tapi, kehadiran dia tak buat aku berubah jadi lebih baik pun even title dia sebagai seorang anak ustaz. Malahan, dia yg terikut dengan tingkah laku aku. Tapi, si H ni dia seorang yg mendesak.

Nak je aku ada dengan dia. Come on la, aku pun ada life aku sndiri. Tapi, dalam keadaan terdesak dia tu walaupun aku bosan sbb nak bersama je, aku cuba untuk ambik kesempatan pada dia.

Pernah aku bertanya pada dia, kalau aku dan dia bercinta lama2 ni, kalau terlanjur mcm mana? Dia jawab takpe, dah takdir untuk kita terlanjur. N aku pada masa tu seronok lah kan, gila tak seronok orang anggap benda tu sebagai takdir.

Tapi, aku tak lama dengan dia. Akhirnya, aku tinggalkan dia sama macam si A tinggalkan aku tanpa alasan. Nombor telefon pun aku tukar, jumpa di kampus aku buat tak tahu.

Menyedari hal tu, dia pun cuba lupakan aku. Tapi, dia tak boleh. Akhirnya aku keluarkan perkataan kesat baru dia kesal kerana bertemu dgn aku. Tapi aku peduli apa pada waktu itu.

Aku menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, aku berkenalan dgn seorang pmpuan. Si C. Tapi IPTA lain. At first, seronok jugak dgn si C ni sbb satu kepala dengan aku.

Tapi aku mudah jemu dgn perempuan. Menyebabkan aku tinggalkan si C ni bodoh mcm tu je. Sampai mak si C ni call aku. Hahaha. Tak guna betul aku pada waktu tu.

Pada bulan Puasa, orang lain sibuk tambah ibadat pada Allah, aku sibuk membuat dosa. Aku cari lagi pmpuan yang aku boleh lunaskan dendam aku. Sebab pada aku, pmpuan mmg suka menyakiti hati orang lelaki.

Walaupun aku tahu tak semua, tapi kawan2 aku sering dipermainkan oleh mereka2 ini menyebabkan aku berasa lagi semangat untuk lunas dendam.

Aku bertemu pulak dengan si N ni. N pun seorang lawa. Lebih tua pada aku. Seorang yg atttactive. Kami berkenalan, berjumpa, dating dan akhirnya sering berkongsi gambar masing2 pada bulan puasa.Dengan tak puasa, dengan tak solat. Ya Allah, teruknya hambaMu ini ya Allah. Akhirnya, setelah puas dengan dia, aku tinggalkan dia sama juga macam si A tinggalkan aku.

Dan, byk lagilah pmpuan yang aku kenal. Semuanya hanyalah kerana dendam. Teruk benar kalau simpan dendam dalam hati. Mohon pembaca buang dalam hati sifat dendam kerana ianya mudarat.

Akhirnya, mungkin Allah nak tunjukkan pada aku. Akhirnya, aku ditimpa kemalangan. Aku sedar, dan berasa syukur kerana diberi peluang untuk kembali kepada Dia.

Selepas itu, aku dipertemukan dengan si S. Si S seorang yang cantik, pandai, dan menjadi idaman byk lelaki. Aku berkenalan dengan dia.

Alhamdulillah, aku dengan dia tak couple pun. Lagipun, aku juga cuba untuk berubah. Tapi, maklumlah, dia seorang yang friendly. Mmg ramai lelaki yg WhatsApp dia, termasuk aku.

Tapi setiap hari aku nasihatkan dia agar berubah ke arah lebih baik, jaga diri agar tidak menjadi rebutan para lelaki. Sbb aku tahu, aku sebagai lelaki tahu apa yg digunakan untuk dpt perhatian pmpuan yang diinginkannya.

Tapi itulah, sukar aku untuk mengubahnya. Aku pun berubah ke arah yg lebih baik daripada sebelum ni. Cuma aku turut berharap sama dia berubah.

Mungkin ini adalah ujian untuk Allah aku mengubah dia. Tapi, aku pun tak tahu sampai bila.

Yang si S ni pun aku tak berharap, aku berserah padaNya. Mungkin jodoh aku belum sampai. Tapi, insyaAllah yang terbaik selalunya datang paling lewat. Hehehe.

Yg si A ni aku ada terjumpa dengan dia, maybe nak kahwin dah kot daripada yang aku dengar. Rupanya ig dia dah tukar. Hahaha. N bakal husband dia pun seorang yang baik, maybe. Hope so.

Cerita yang aku telah sampaikan ini, bertujuan agar

1) Jangan sesekali mencintai manusia lebih daripada Allah. Even manusia tak sempurna, tapi cubalah untuk mengingatiNya.

2) Jangan pernah simpan dendam, kerana sesungguhnya dendam itu memudaratkan.

3) Wahai wanita, jagalah diri sebaik mungkin. Alangkah takutnya kau wahai wanita, kalau kami pinjamkan mata kami pada kau, supaya tahu apa yang kami selalu perhatikan.

4) Wahai wanita, jangan terlalu exposedkan diri kamu di media sosial, dan jadikan tatapan nafsu oleh lelaki.

5) Wahai lelaki, jangan lah beri harapan pada perempuan. Jikalau tidak mampu untuk berubah ke arah lebih baik, janganlan pula diajak si Wanita ini ke arah lebih teruk. Kerana hati mereka lemah.

6) Jangan risau jodoh datang lambat. Lambat laun, yg terbaik pasti akan datang juga. Kalau dah mampu masuk jer, insyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Sekian sahaja, confession saya. Semoga kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik. Ingatlah, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Cintailah Allah dahulu sebelum kita mencintai makhluk ciptaanNya.

InsyaAllah, amin.

– Anonymous