Aku ada 2 orang roomate.1 pengotor 1 takde human sense.Niat nak tolong tu sampai sekarang aku merana.Habis undeerware aku kena kebas

Assalamualaikum min & readers (macam la ada readers :P),

Btw, thanks min kalau kisah tauladan aku ni di terima oleh akal & dipersembahkan kepada umum.

Actually, cerita ni macam tak patut pon sangat nak cerita, tapi aku pikir tak salah kalau aku kongsi dekat orang luar untuk sama-sama mengambil apa yang baik sebagai contoh dan tak baik sebagai pedoman.

Aku tahu bukan aku sorang je yang ada rakan serumah (kang ada yang cakap aku ni kecoh nak citer aib orang lak kan) . Tapi why not, sebab aku pon stress melayan karenah makhluk Allah ni.

First, aku tahu tak semua orang akan ada sama pendapat dan sama cara dengan kita.Sebab itu, adab santun setiap orang berbeza dan pendapat pon berbeza.

Macam tu la dengan housemate-housemate aku, macam-macam gaya. Jenuh juga nak hadap dan sabar. Aku duduk dengan 3 orang gadis-gadis yang lain. Perangai? Hurmmm.. tak nak komen. Tapi ada dua orang yang memang buat aku seram sejuk duduk dalam rumah ni.

Seorang yang “mim alif lam sin” ya rabbi (yang jenis ni sumpah tak boleh hadap). Seorang yang memang not having “human sense” at all. Ya! M.A.L.A.S atau lebih dikenali sebagai penyakit M.

Yang ada penyakit M ni kita gelarkan dia A ok. Gais, aku pon ada waktu liat juga nak jadi rajin, tapi M aku berpada-pada. Si A ni, Ya Rabbi..Susah nak ajar.

Bila dia di dapur habis kucar kacir dapur. Dengan tak ada common sense nak bertangungjawab ke atas dapur. Kadang bergegar kepala otak aku tengok hasil dia di dapur.

Pinggan mangkuk dia guna malas nak basuh, harapkan housemate yang paling muda cucikan untuk dia. Makanan dia yang tak elok sampai berkulat hitam di biarkan.

Sampah? Jangan harap nak kisah selagi tak dek yang uruskan. Barang yang dia guna akan letak pada tempat tak sepatutnya. Kalau A masak, memang jangan harap la dapur gas tu nak berkilat, mesti berdener dengan segala benda yang ada.

Itu bab dapur, yang kongsi bersama.Aku malas sentuh bab ruang peribadi dia. Itu hak dia. Dapur memang aku concerns lebih sebab sama-sama pakai, sama-sama bertangungjawab.

Lagi pula tempat yang kau hasilkan/simpan makanan memang kepantangan aku di biarkan jadi tempat syitan ibliis berparti.

Pula A ni hygiene kat dapur out terus. Masak selalu sampai rentung lepastu kerak hitam kat kuali tak nak sental (mencanak drah naik kepala aku tengok).

Sikap dia yang lain ialah pelahap tak bertempat. Word sesuai ialah tamak. Actually, untuk barang-barang dapur ada buat collection setiap bulan dan ada giliran untuk masak.

Tapi dia macam tak berapa nak join. Alasan nak buat makanan sendiri yang lebih sihat (yang ni aku tak kondem pon, aku sokong je, haha).

Tapi masalahnya bila kau dah decide tak nak join pakatan dapur tapi kau yang over makan daripada orang lain.

Tak dek la kedekut, sebab setiap kali yang lain masak , akan tetap invite dia juga (walaupun ajak-ajak ayam kan. hohoh), tapi ibarat pucuk di cita ulam mendatang.

Bila disuruh masak tak nak, migrain la, pening la. Even dia tak pelawa pon makanan dia masak tu utk yang lain (tak kisah sangat), tapi at least bagi kerjasama dalam kerja-kerja yang lain.

Ini tidak, dia akan berlakon pening migrain setiap kali balik kerja lepastu tunggu melangok depan tv. Bila dah siap masak dia the one yang akan beraksi kaut lauk.

At the end, kami yang bajet-bajet masak untuk kami bertiga (tak termasuk A) ni terkulat-kulat makan sisa-sisa lauk yang ada.

Lepastu, ligat tengok tv dengan senang hati, pinggan mangkuk dia orang lain akan basuhkan. Mem besar kan.

Sebab penyakit M dia ni juga, kami tak selesa dengan bau dia. Korang tahu jela kan, bila dah M melampau sangat sampai ke hygiene pon dah tak kisah.

Kenapa aku cerita juga? Sebab aku ni banyak perlu hadap dia. A satu tempat kerja dengan aku. Dia akan pergi kerja dengan aku.

Dan aku selalu azab dengan bau dia yang menyengit. Kadang aku pon nak pengsan bila bau tu naik. Officemates ada juga tanya-tanya aku kenapa dia ni ada bau tengik macam tu.

Ada one time, teamates dia sendiri datang kat aku cakap bau A lain macam hari ni, macam makanan yang basi bau masam-masam sampai dia nak muntah.

Aku nak komen apa, sebab benda dah jelas. aku cuma buat blur2 tak tahu je la. Ada sekali tu aku rasa nak terus ke car wash basuh kereta aku. Bau melekat weh.

Aku siasat juga kenapa dia ada bau yang tak selesa tu. Apa yang aku find out, dia jenis yang jarang basuh tudung-tudung dia untuk beberapa tempoh.

Mungkin sebulan, dua bulan. Ntah la. Cuma dia akan gantung tudung-tudung dia dan rotate. Baju yang dah pakai dan baju yang bersih tak ada beza, dalam satu tempat yang sama.

Baju yang lembab-lembab belum kering akan diperam dan di anggap bersih. Jadi itu yang aku agak dari mana bau tu datang.

Aku bukan la wangi macam bidadari (aku tahu akan ada yang kecam sebab cerita aib si A ni), tapi aku tekanan juga bila hadap insan macam ni.

M dia sampai orang lain tak selesa dengan dia, Nak cakap aku tak tegur? Haish, dah habis ustazah penasihat peribadi semua aku dah jadi.

Tak jalan? Ada aku baca confession tentang cara nak handle housmates macam ni, ajak dia sama-sama buat kerja (mungkin dia tak tahu).

Gais! Jenuh ajak dah, end up aku ja overacting syok sendiri. A? tak ada kesan di hati. Dua tahun aku cuba ajak dia bila buat kerja rumah atau masuk bilik dia tolong dia kemaskan sekali.

Tak jalan juga. Aku pun kerja, letih juga. Tak boleh lah nak harapkan aku dengan yang lain je nak bersihkan dapur, masak, lepastu basuhkan pinggan mangkuk.

Tolong la membantu, at least membantu untuk tidak membebankan. Oh ya! Bab nak hulur duit nak tong-tong minyak pon liat.

Tapi redha je la. Aku dah tak larat nak minta-minta. Bab ni tak nak cerita sangat, sebab aku ikhlas dalam terpaksa (Tak ikhlas la tuu.. Hahah).

Itu si A, kita masuk lak kisah si B. Si B ni memang geng aku dalam rumah ni. Dia pon AJK kuat dapur.

Bab kekemasan bagi dekat dia.Dia memang superb bab ni. Kadang dia protes juga bila dapur tu asyik berkecah. Tapi apa yang mampu selain bersabar. B ok, pembersih dan pengemas.

Yang buat aku tertekan dengan B ni, dia macam tak dek perasaan toward others people. Senang cakap dia tak ada respect dengan barang-barang kepunyaan orang.

Dari segi semua benda. Tanpa izin dan pengetahuan dia tanpa rasa bersalah akan guna. Any barang yang dia nak guna dia akan dengan senang hati guna tanpa izin mahupun bertanya dahulu.

Mungkin dia anggap semua orang open minded & tak kisah. Contoh kalau dalam peti ais ada makanan yang dia taktahu siapa punya, dia akan sebat.

Lepastu baru dia tanya dan mengaku dengan bahagia nya. Pernah aku simpan kek (dalam kotak, packing cantik punya) untuk di berikan kat orang lain, tengok-tengok dah separuh. Hangin tak?

Barang kosmetik aku (paling favourite dia lipstick lipmatte or apa2 ) memang dalam beg make up dia je. Tak akan ada peluang untuk kau memiliki barang kepunyaan sendiri.

Alasan dia letak je situ, senang dia nak guna,kalau nak guna datang ambik sendiri dan letak semula.

Apa2 barang yang dia pinjam memang tak akan balik pada tempat asal, tuan badan kena usaha sendiri untuk ambil semula barang anda.

Itu tak teruk lagi, aku baru bagi gambaran sikit-sikit. The worst part is, kau punya underware pon dia boleh sebat.

Ya Allah, bersabar je la aku. Tak ke stress kau jah bila kau buka drawer underware kau yang tinggal yang kembang-kembang je, bila pakai terlucut sepantas tiga saat. Ini memang mengundang amarah aku.

Kenapa dia boleh berminat nak pakai underware aku? Sebab ada one time tu, dia memang dalam saat kritikal dan aku pon menghulurkan bantuan dengan meminjamkan underware aku.

Si B ni gembira sangat sebab ada kawan yang tak kisah &open minded cam aku. Tapi…. Niat nak tolong tu sampai sekarang aku merana. Memang la masa tu aku tak kisah sebab time tu urgent tapi sampai sekarang dia pegang “tak kisah” aku tu, kena pula saiz ngam dengan dia. Percaya atau tak, aku selalu dirundung kemurungan sebab masalah lacking of underware ni.

Mesti ada yang terpikir “Itu pon nak berkira, beli la lain 3 RM 10 je pon kat hari-hari,sedekah je kat dia underwaretu”. Halamakkk aii, jenuh la pula nak buat pelaburan setiap bulan hanya untuk underware je.

Ok, isu sekarang bila dia pinjam tu, akan ada dalam drawer dia selamanya. Aku pula nak kena pergi bilik dia cari-cari underware milik sendiri. Hamak tak hamak aku terpaksa. Sebab setiap kali aku beli yang baru akan jadi mangsa dia juga.

B ni jenis careless. Barang dia selalu akan MIA. Termasuklah underware yang dia pinjam tu. Rajin pula aku nak tolong isi kan drawer underware dia tiap bulan.

Gaji dia tinggi daripada aku kot. Yang kembang semangkuk dia tak nak, yang in good shape tu la dia berkenan.

Aku boleh cakap dia ni jenis “rakus” pon ada, boleh underware jadi rabak terkoyak, berlubang-lubang.

Then, dia akan rejek jenis underware macam ni. Sorry to say la, aku memang dah se ikhlas hati sedekah yang “ghupe” itu.

Aku yang ikhlas jadi tak ikhlas sebab perkara macam ni la. Tak ada human senses lansung. Aku beli untuk memudahkan aku, tapi akhirnya aku yang susah.

Kalau bab baju-baju jangan cakapla. Ibarat pergi tak kembali. Sama naseb macam underware la, nak pilih baju tapi tak dak baju! Aku nak shopping pakaian pon dah naik seram.

Aku pernah bawa balik dia ke kampung, dan aku pinjam kan dia pakaian tidur. Boleh pula dia berkenan dan niait nak jadikan hak milik.

Sampaikan pakai siap-siap masa nak balik ke rumah sewa kitorang tu(sanggup weh pakai baju tidur nak balik ke kota).Cakap depan mak aku, aku nak baju ni sebab best kau beli lain. Menyirap beb!

Terbaru, tudung aku baru beli, belum sempat pakai, dia rasmikan (ok tak apa, sis chill lagi), bila time aku nak pakai condition tudung tu dah teruk dan tak boleh pakai.

Dan aku pon berkata dalam hati “masihkah ada ruang untuk kau bersabar kerana ini hanyalah ujian di dunia yang fana”.

Macam mana aku ak tegur lagi. Aku dah pesan banyak kali. Pernah dia masuk lepak bilik aku & pergi kat almari aku, dia tengok tak dek baju bergantung dia gelak kuat-kuat, lepas tu dia cakap “Haha kesian gila kau doh, baju-baju kau kat aku, nanti nak pakai pergi lah ambik”.

Eh si*l.Aku menyirap je, kena juga serangan padu dengan aku. Tapi B ni bukan jenis berperasaan. Kau cakap apa tak makan.

Ke kawan aku ni saiko. Kah! Tapi letih handle kawan macam ni. Aku ni pendam la perasaan dengan kisah hidup aku yang misarable macam ni. Penat pikir cara.

Dekat dapur tu siap aku buat kan “panduan pengurusan di dapur” lekat kat dinding. Kat barang aku semua dah di sertakan dengan peringatan lembut “sila pastikan barangan ini dipulangkan setelah digunakan”(kalau lah aku boleh tulis ni dekat semua pakaian aku).

Oh! Pasal underware aku dah dapat alternatif baru, aku akan ubah keududukan secara kerap. Yang cantik-cantik aku akan sorokkan. Maaf kawan! Aku terpaksa kedekut untuk bab ni, its about hygiene juga.

Baju tudung tu aku tetap kena lebihkan usaha untuk pergi mencari sendiri di kawasan beliau. Yang aku sayang aku akan sorokkan atau simpan dekat rumah mak aku kat kampung.

Bukan kedekut, tapi barang yang kita sayang mestilah ada nilai tersendiri. sanggup weh aku tak pakai depan dia.

Aku dapat merasakan sikap aku makin teruk. Adakah aku sedang memusnahkan akhlak aku sendiri?!!

Aku sumpah taknak kedekut , tak nak berkira dalam semua hal,tapi bila perkara macam ni aku lalui, apa yang aku ikhlas akan jadi tak ikhlas, aku akan merungut juga akhirnya.

Yes, aku tak baik sangat, sebab tu aku ter confess kat sini, sebab baru sakit hati bilik di ceroboh masuk dan baju bersepah.

Kadang-kadang bila kau pikir-pikir, lucu pon ada. Doa kanlah aku bertabah dengan dugaan kecil sebegini. Sebab aku condem pon diorang tetap kawan aku.

Aku akan tetap hargai siapa kawan. Aku pon bukan lah wanita paling sempurna di dunia ni. Ada sisi buruk aku juga dan aku mengaku. Kalau ada yang nak tegur, its ok, aku bersikap terbuka,

Anyway, aku cuma harapkan readers dapat ambil sesuatu dari pengalaman aku ni. Setakat ni aku tak dek tempat nak lari.Kah!

Aku sayang dua orang ni, tapi dah tak dek cara nak cegah macam mana. haha. Saja share supaya kita sama-sama buka mata, adakah kita ni menyusahkan atau menyenangkan orang lain di sekeliling hidup kita.

Sekian dari housemates teraniaya ! 🙁

– RakanRumah