Suami ak punye pemalas ni lain sikit. Ak cuma risau bila dia mngal, anak2 malas nk urus sbb ikot prangai malas dia

Foto sekadar hiasan. Salam Sejahtera semua, Aku Munah. Semestinya bukan nama sebenar. Pinjam sekejap. Pelik kan tajuk coretan aku ni? Suami aku ni bukan jenis pemalas bekerja, pemalas sampai nak harapkan orang.

Tapi pemalas dia bila bab isteri dan anak-anak. Aku dengan suami dah berumah tangga hampir 13 tahun. Lama kan? Sejak dari tahun pertama aku dah hadap perangai pemalas family dia ni.

Tahun pertama kahwin, first time berpuasa sama-sama, ajak dia beli juadah kat bazaar yang mana sekangkang kera je dari rumah. Malas katanya. ‘Awak la pegi sendiri.’

Aku pulak jenis ‘tak mau buat, aku buat’ jadi dengan perut boyot aku (masa tu tengah mengandung anak sulung), berjalan la sorang-sorang pegi bazaar.

Beli juadah untuk aku dengan dia. Dah on the way nak naik rumah, terserempak dia kat lif. ‘Tunggu si ‘A’ dia ajak pi bazaar’.

Walawey, bini ajak kau suruh pegi sendiri? Kawan ajak kau sanggup tunggu di bawah. Time tu aku dah boleh agak macam mana keadaan masa depan aku. Dari haritu, aku dah belajar, aku tak perlu tunggu dia kalau aku nak apa-apa. Aku boleh buat sendiri.

Disebabkan kemalasan suami aku, aku belajar berdikari naik transport sendiri. Masa ni belum ambik lesen lagi, sebab kenderaan yang ada pun moto saja. Dia guna untuk ke tempat kerja.

Jadi aku selalunya naik bas ke mana-mana saja aku nak pergi. Checkup anak, hspital, jalan-jalan. Sampai anak ke dua pun aku naik bas.

Senang. Seronok naik bas dengan anak-anak. Diorang happy tengok permandangan. Lagipun murah. RM2.50 dah sampai destinasi. Anak-anak half price.

Suami aku? Selagi tak menyusahkan dia, dia OK. Jadi selalunya aku dengan anak-anak boleh rancang nak kemana-mana sesuka hati kami.

Duit? Alhamdulillah gaji aku masa tu lebih dari mencukupi untuk aku dengan anak-anak.

‘Kau tinggal je suami macam tu, dia ‘makan luar’ nanti macam mana?’

Isu ‘makan luar’ dari anak pertama aku dah tau dia ada side ch1ck. Maklumlah, suami aku kerja malam. Restoran dan bar.

Jadi haruslah ada side ch1ck. Sebab aku kan dah tak fun macam awal-awal dia kenal aku. Aku sibuk dengan anak dan rumah tangga.

Jadi benda ni aku pun naik malas nak gaduh. Bila sampai masa dia sendiri akan berubah. Mana taknya, duit gaji RM4k sebulan. Duit untuk aku dengan anak2 RM500 je.

Bil semua dia bayar. Gaji dia habis ke side chick la apa lagi. So dia takde simpanan langsung. Malas nak menyimpan katanya.

Aku gaji RM2K je sebulan. Tapi setengah aku buat simpanan. Sebab bercita-cita nak beli kereta sendiri.

Jadi dia pelik macam mana aku boleh bermewah padahal dia macam tak ada apa-apa. Sekarang dia dah tak kerja malam, gaji dah 2K je sebulan. Masih dia pelik macam mana aku yang buat Grab ni boleh survive sampai waktu PKP ni.

Bila aku dah ambik kereta second hand, aku selalu jugak minta tolong dia hantar kami kemana-mana. Macam biasa la alasan dia, ‘Awak boleh pegi sendiri kan, dah ada lesen kan?’.

So aku pun tak pernah harapkan dia. Berdikari. Pegi mana pun hadap. Dari pakai GPS sampai la zaman Waze aku hadap sendiri.

So aku sekarang lebih tech savvy dari dia. Dan dari kerja dengan orang sekarang aku dah kerja sendiri. Buat Grab. Buat runner. Masa sendiri.

Saakit nak beranak? Pegi hspital sendiri. Suami busy. Jadi kelebihan sekarang aku lebih tau macam-macam prosedur dan aku lebih kenal ramai orang yang boleh tolong aku dari segi rasmi dan tak rasmi.

Bulan puasa selalunya bulan yang paling mencabar. Aku tak pernah berharap dia nak pegi beli apa-apa pun kat bazaar. Dari 1st year kahwin sampai la sekarang.

Alasan dia malas nak bersesak. Tapi nak aku belikan dia tepung pelita la, karipap la, nasi beriyani la, onde-onde la. Duit? Guna duit aku la.

Disebabkan kemalasan dia nak ke bazaar dan nak bagi duit, aku belajar semua resepi makanan yang dia nak. Semua aku dah pro sekarang. Terkadang buat lebih untuk berniaga. Dapat duit sikit. Bertambah simpanan aku.

Terkadang tu minta jugak ke kedai belikan bahan, dia tarik muka. Kalau dah gitu baik la aku pegi sendiri. Malas nak melayan.

Dia malas nak hadap apa-apa pun yg melibatkan family aku dan jugak anak-anak dia. Aku pulak malas nak cari gduh. Ikut suka dia la.

Kalau aku atau anak-anak minta tolong memanjang malas. Jadi kami belajar berdikari. Buat semua sendiri.

Kalau kawan-kawan dia yang minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup. Mula-mula aku kecik hati jugak. Tapi dah lama ni aku dah redha. Allah pun dah lapangkan hati aku.

Ada kelebihannya ada suami macam ni. Ada hikmahnya suami aku perangai macam ni. Ada macam-macam lagi kemalasan yang aku boleh cerita tapi aku rasa esok pun tak habis.

Aku selalu doa supaya dia berubah. Bimbang nanti dia dah mngal, anak-anak pun malas nak urus sebab perangai malas dia masa anak-anak minta tolong.

Jadi yang mana dapat suami yang lebih kurang macam aku ni. Jangan tengok kekurangan. Tengok kelebihan. Doa yang baik-baik.

Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab hati ni milik Dia. Lillahi taala. In Sya Allah kita akan sentiasa bersabar.