Atas dasar cinta, tanpa segan ak duduk serumah dgn suami org.Tak sngka istri muncul semual lps berbulan hilang.

Aku Jijik, Namun Aku Mahu Kembali KepadaNya

Assalammualaikum buat pembaca. Aku hanya seorang gadis mentah. Aku menulis kerana aku hanya inginkan suatu semangat, untuk melangkah hari demi hari.

Aku baru sahaja melangkah dalam usia 20-an. Namun, kesucianku telah tern0da. Atas nama cinta, aku merelakan segalanya pada dia yang sebenarnya suami orang.

Titik perkenalan kami hampir setahun, namun di sepanjang perkenalan itu. Aku tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang suami kepada sang isteri yang taat. Aku hanya mengetahui setelah kami terl4njur.

Pernah aku bertanya kepada dia, jawapanya ialah dia bujang. Bukan sekali aku bertanya, malah berkali kali. Aku mengetahui kebenaran tersebut setelah bertanyakan kepada seorang kawan yang bekerja di tempat yang sama.

Dia berjauhan dari isterinya. Entah kenapa, aku tidak memahami. Jika punya isteri yang taat, mengapa harus mencari insan lain untuk berteduh kasih?

Aku sangat menyesali segala perbuatan tersebut sehingga aku terlampau jauh berfikir dan d3pr3ssion.

Aku seorang pelajar namun prestasi ku menurun kerana d3pr3ssion. Sedang aku belajar, tanpa ku pinta air mata menitis. Daripada titisan hingga berjujuran.

Tidur ku sering terganggu sehinggakan roomate ku mengatakan aku sering mer4cau dalam tidur, aku sering menangis. Aku juga pernah terfikir untuk menmatkan riwayat aku sendiri.

Sebulan lebih aku begitu, sehingga lah aku berkenalan dengan seorang hamba Allah ini. Baru sahaja seminggu usia perkenalan kami. Kami terus berjumpa namun tiada langsung rasa canggung antara kami.

Kami sering meluangkan masa bersama sama. Sehingga lah seberapa detik, aku tanpa segan silu meluahkan rasa di hati. Katanya dia turut merasa kan perkara yang sama.

Dan pada malam itu juga, dia memberitahu ku perkara sebenar bahawa dia adalah seorang suami dan bapa kepada seorang anak. Dia di tinggalkan oleh isterinya bersama anak kecil. Dan katanya juga, akan bercerrai pada masa terdekat.

Pada masa itu jujur, aku sedih. Aku sangat menyayanginya. Sebab sayang, aku buta akan status suami orang tersebut. Hari demi hari aku menjadi tempat untuk meluahkan rasa, menenangkan jiwa yang lara. Aku selesa dengan keadaan begitu.

Aku terlampau selesa sehingga aku pernah mengunjungi rumahnya. Dan, pada tanggal 18 Mac, iaitu hari pertama pkp. Aku mendiami rumahnya. Kami tinggal berdua tanpa rasa takut akan Tuhan. Kami juga pernah bersama atas dasar cinta.

Aku akui, aku juga terlampau b*d*h. Aku telah menyesali perbuatan ku yang dulu. Namun di usia ini, nfsu ku juga bergelonjak. Sebulan pertama aku di sana semua nya indah. Aku di layan sangat bagus, perkataan terima kasih tidak pernah lekang dari bibirnya.

Aku berjanji untuk sentiasa menjaganya, memasak, kemas rumah bahkan baju semua aku uruskan. Tanpa minta balasan. Aku ikhlas, sungguh ikhlas.

Bagiku, perempuan yang tidak menghargai insan sebaik dia adalah b*d*h. Aku tahu dia terluka, aku cuma ingin dia rasa di hargai dan di sayangi sebagaimana yang selayaknya.

Katanya, dia tidak pernah di layan sebegitu. Tiap hari, dia memuji masakan ku sedap. Tiap hari juga, selepas turun untuk bekerja dia akan bertanyakan khabar ku di rumah walaupun dia sibuk bekerja (frontliner).

Langit tidak selalu nya cerah, pantai tidak selalunya tenang. Maka, mimpi indah bertukar ngeri apabila dia, sang isteri mula muncul kembali (dalam chat) setelah berbulan menghilang atas dasar duit.

Oleh sebab kasih akan anaknya, dia tidak sanggup untuk di bl0ck semula oleh sang isteri. Dia melayan isteri setiap saat.

Tidak lekang dari telefon pintar. Setiap kali si isteri bervdeo call, aku terpaksa menyorok. Aku menangis dalam diam. Namun tetap semua kerja ku di rumah, aku buat.

Tidak pernah aku meluah tentang apa yang aku rasa. Tidak juga merungut. Bahkan, bukan sang isteri sahaja di layan dengan bagus. Ada juga perempuan lain yang sering berwhatsapp.

Bila di tanya perempuan tu siapa, katanya kawan. Dan aku juga kawan. Ya, hatiku remok. Hncur. Rasa di tusuk. Sebeginikah melayan seorang kawan hingga ke atas katil?

Aku sering bermonolog sendiri. Tidak cukup kah perhatian dan kasih sayang ku beri? Tidak cukup kah aku berkorban untuk kebahagiaan dia? Kenapa mesti ada insan lain? Hari demi hari aku merasakan dunia ku semakin kelam.

Genap 2 bulan di sana, aku mendapat pelepasan untuk balik ke tempat asalku. Aku bahagia. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menghubunginya lagi. Namun, aku kesian. Aku takut, di saat dia jatuh tiada insan yang akan menemaninya.

Sebagaimana aku pernah menyaksikan jatuhnya air mata seorang lelaki disebabkan seorang isteri. Rasa sayangku terlampau kuat di susuli rasa kesian ku. Ya, aku setia di sisi nya. Dan mengharapkan satu perhubungan yang halal.

Hari demi hari, perhubungan kami makin renggang. Dia sering mendiamkan diri. Dan aku juga tahu dia sudah menemui perempuan lain. Namun kasih itu sungguh besar. Aku setia. Aku ingin kan satu kepastian.

Dan kata akhirnya adalah, “aku tidak inginkan suatu perkahwinan lagi. Cukuplah, dia perkahwinan pertama dan terakhir ku. Cukup lah dia perempuan yang aku sayang. Aku tr4uma. Dan kau seharusnya tahu membezakan antara layanan yang baik dan cinta.”

Tanpa dia sedar, dia telah membuatku tr4uma. Tr4uma sehingga aku d3pr3ssion lagi. Bagiku, dunia ini terlampau kej4m. Di mana silap ku? Sehingga aku diperlakukan sedemikian. Mengapa suami orang yang mendekati ku?

Sumpah, semua ini terlampau sakit untuk ku jalani sendirian. Aku juga cuba mendekat kan diri dengan Dia, Yang Maha Besar. Aku malah cuba untuk redha. Namun, semua terlalu berat untuk insan sekerdil ini.

Tuhan, kuat kan lah Jiwaku! Aku hanya ingin kan kata semangat untuk meneruskan perjuangan ini kerana aku rapuh dan ingin sahaja berputus asa. Aku akui, aku pernah hidup dalam gelumang d0sa aku cipta kan sendiri. Aku kot0r. Aku j1jik. Aku b*d*h.

Dan, andai anda ingin mengec4m perbuatan ku. Aku tidak menyalahkan mana mana pihak. Ya, silapku sendiri. Kerana niat ku tidak menghalalkan cara. Aku menjaga dia yang sudah tentunya bukan milikku. I want to fix him, but he br0ke me down instead.