Dah biasa keje makan gaji mmg rasa lain bila keje sendiri. Aku boleh dpt bersih 13 ribu sebulan tp pelik aku rasa sunyi sgt

Assalamualaikum, salam kenal semua… Terima kasih sudi siar cerita aku ni. Nama aku Mira (semestinya bukan nama betul).

Aku ceritakan sedikit background aku. Aku ambil jurusan engineering dan pernah jadi engineer 3 tahun, then berhenti atas alasan keluarga. Lepas tu aku mengajar, then berhenti atas alasan keluarga juga. Aku dah berumahtangga 12 tahun dengan ada 5 kids.

Mula2 berhenti kerja aku dah jadi terkejut sebab suasana di rumah lain dengan tempat kerja. Sudah tiada majlis perlu attend, tiada penghargaan pekerja cemerlang, sudah tiada hari anugerah, dinner event dan lain2.

Memang banyak yang aku nampak kehilangan di ‘sebalik’ berhenti kerja. Ini makan waktu 1-2 bulan juga untuk aku terima suasana yang baru.

Alhamdulillah Allah banyak tolong aku. Aku pun banyak buat istiqarah sebelum aku berhenti kerja hampir setahun juga aku berdoa supaya Allah sentiasa bagi aku pilihan yang betul.

Aku serious buat dropship selepas pantang anak ke-5. Masa tu aku betul2 fokus sibukkan diri sebab mungkin aku pantang sendiri jadi emosi aku mudah terganggu apabila tengok rakan2 update kenaikan pangkat, dapat anugerah itu dan ini, gambar-gambar hadiri event.

Aku mula rasa sedih dengan tiba-tiba. Aku mula fokus untuk berjaya cara aku sendiri. Aku yakin usaha dan doa insyallah masuk bidang apa-apa pun pasti akan berjaya.

Aku mula close fb aku yang lama sebab tidak mahu emosi aku jadi terganggu. Selepas 2 tahun lebih aku dropshiper, aku berjaya buat jualan 6 angka sebulan.

Ini bukan senang yer… Aku buka laptop dari 6.30 pagi dan tutup laptop 6.30 petang, kadang kerja aku sampai ke malam.

Hari-hari aku lari sana lari sini memasak, urus anak, buat kerja rumah dan lain-lain. Maknanya kerja aku ni 24 housewife dan 24 jam online seller. Aku suka kerja ni, tapi bila masuk 2 tahun lebih aku jadi sunyi. Ermmm memang sunyi.

Jika di tempat kerja dulu, aku suka bersaing, memberi pendapat, berkongsi cerita kejayaan boleh di capai, tetapi sebagai dropshipper aku memang tiada kawan untuk berkongsi dan bersaing.

Aku ada je kawan2 kerja dulu tapi sekadar bertanya khabar sajalah, bila bidang berbeza, aku pun tidak tahu apa mahu di bualkan. Kawan-kawan pun memang ramai lari bila tahu aku berniaga, ini semua orang tahu ha ha.

Jadinya, Aku memang sunyi. Tiada masalah untuk bercerita dengan suami sendiri, suami sangat memahami cuma suami kerja, ada di rumah 6 pm, tengok muka dia pun aku nampak dia penat.

Aku pun tak nak menyusahkan dia bercerita itu dan ini. Aku berjaya buat jualan banyak pun sebab suami aku banyak tolong juga, tolong jaga anak, kemas rumah dan lain-lain. So, aku tak nak menyusahkan dia lagi.

Tahun lepas aku bertekad mahu cari pelajar yang aku boleh bimbing untuk sama2 mempelajari dropshipper. Aku cari2 seseorang yang biasa bercerita kisah hidup susah di fb, aku mesej setiap orang untuk aku ajar cara berniaga online.

Free jer pun…. Tapi hanya seorang sahaja yang respond, haha. Aku sempat ajar modul 1 dan terus pelajar ini menghilangkan diri. Entahlah, aku baru jer excited nak ajar macam mana buat sale banyak, terus menghilangkan diri. Erm…

Aku fikir mungkin niat aku tidak betul, itu sebab Allah tak bagi aku jumpa dengan seseorang yang serious nak belajar ilmu berniaga online. Aku ubah niat aku memang mahu tolong seseorang jana ekonomi dan mahu sangat2 cari rakan bidang yang sama sebab aku memang sunyi.

So, this year, ada seorang lagi pelajar mahu belajar, tapi sama jugalah, baru belajar suku, terus sunyikan diri. Aku pun nekad tidak mahu cari pelajar lagi.

So sekarang, setiap kali aku rasanya sunyi bidang ni aku akan buka youtube (kebanyakan dari luar negara).. type je dropshipper berlambak akan berkongsi kejayaan ‘sale’ yang diorang capai dan bagaimana usaha yang diorang buat.

Dari video ni aku banyak belajar ilmu2 baru untuk tingkatkan ‘sale’. Setiap kali aku dengar diorang bercerita, semangat aku akan naik mendadak untuk tingkatkan jualan. Ini sedikit sebanyak boleh mengisi kesunyian aku.

Walaupun aku tidak kenal diorang, tapi sekurang2nya aku mendengar kejayaan diorang dari bidang yang sama dengan aku.

Jujurnya semua dropshipper luar negara amalkan prinsip, ‘the more item you list, the more sale you gain’. Ini betul, as dropshipper jangan bergantung pada 1 supplier sahaja yer. Aku sendiri ada 7 supplier tetap yang boleh aku listkan barang jualan di 6 online kedai aku.

Petua ni sama jer jual di pasaraya dan pasarmini, semestinya jual di pasaraya lagi banyak sale sebab barang pun banyak. Masa mco hari tu aku boleh dapat bersih 13 ribu sebulan, jika bulan-bulan biasa boleh dapat 7-8 ribu sebulan insyaaAllah.

Itu sahajalah aku mahu berkongsi, doakan aku untuk next step aku mahu ada product sendiri dan ada pekerja sendiri, mungkin apabila ada pekerja sendiri, sama2 boleh berkongsi pendapat, tukar pandangan, memberi idea untuk meningkatkan lagi sale, aamiin.