Bukan mudah air mata laki nk menitis. Tindakan isteri fairuz dah melampau. Tak sangka luarannye sgt lah brbeza

Kisah di bawah ini sangat memberi 1001 pengajaran kepada pasangan di luar yang sudah mendirikan rumah tangga. Mari kita ikuti kisah dibawah.

Hai. Aku terpanggil menulis di sini setelah berpuluh kali aku menangis mendengar kisah si sahabat baikku. Bukan senang air mata lelaki mengalir.

Sahabat aku bernama Fairuz.Dia sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Luaran rumah tangga mereka nmpk bahagia sehinggalah suatu hari, Fairuz mengajak aku keluar minum selepas Maghrib, hari Jumaat, awal tahun ni. Terlalu penting katanya.

Lepas Maghrib, aku pun tunggu di satu kedai mamak di Nilai. 30 minit lepas tu, Fairuz sampai dan terus memelok aku dan menangis. “Aku tak dapat tahan lagi Riel. Aku terpaksa cari seseorang untuk luah masalah aku.”

Teresak-esak Fairuz menangis.Sedih bunyinya. “Kalau ye pun, duduk dulu Fairuz, malu aku, ramai ni. Apa cerita?” “Nah,” sambil Fairuz menghulurkan paparan skrin telefon terpamer nama isterinya, Faizah.

Kau cerraikan aku. Kau dah tak sayangkan aku kan? Ada kau bagi kesenangan kat aku?Menyusahkan aku lagi, adalah! – Whatsapp isterinya, Faizah.

Aku tergamam. “Pertama kali?” “Tak. Berpuluh kali, aku dah putus asa..”

Masa tu Fairuz berkahwin atas dasar suka sama suka. Aku ingat lagi, masa fairuz mula berkahwin semuanya indah. Isteri fairuz cantik, lemah lembut. Mengujakan. Fairuz Gembira mendapat isteri solehah. Syukur Ya Allah.

Kegembiraan fairuz berganda apabila doktor mengumumkan isteri fairuz bunting pelamin. Fairuz bahagia, walaupun fairuz bukanlah kerja senang. Kerja di pejabat elektronik bergaji lebih kurang 3K. Campur sikit-sikit elaun adalh 3500 keseluruhan.

Masa ni, isteri fairuz masih taat, tapi dia agak berubah. Mengungkit nak itu ini. Fairuz layankan dan manjakan isteri dia.

Sebab Fairuz sayang dia. Tambahan pula, dia mengandung. Fairuz rasa patut memberikan yang terbaik untuk dia, dan bakal anak fairuz.

Maka, lahirlah zuriat sulung fairuz. Fairuz menatang bagai minyak yang penuh. Syukur.

Keadaan berjalan seperti biasa. Isteri fairuz pun bekerja semula dengan gaji lebih kurang dengan fairuz, tetapi di syarikat lain. Selepas setahun, isteri fairuz hamil lagi.

Fairuz gembira walaupun letih krna terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung keperluan keluarga. Fairuz rela.

Fairuz buat macam-macam kerja. Balik petang, fairuz terus sambung buat kerja wiring orang-orang taman,wiring masjid n tadika. Alhamdulillah. Rezeki dimudahkan.

Tetapi, semakin banyak dan melimpah rezeki fairuz, isteri fairuz jadi lain macam. Meminta pelbagai makanan mewah-mewah.

KF-C, MC-D, Subwy, Tex-as Chicken, Western Food dan sebagainya. Sekali-sekala fairuz tak kisah, tapi ini boleh dikatakan hari-hari.

Fairuz turut dan akur. Sampailah suatu hari, dalam akaun fairuz tinggal, RM 200 berbaki untuk menghabiskan 10 hari bulan tu sebelum gaji seterusnya. fairuz menangis keseorgan.

fairuz berdoa kepada AlIah untuk memudahkan setelah fairuz meminta pinjam dr isterinya, disindirr pula mentah-mentah.

“Abang patut rasa malu untuk meminjam dengan saya. Gaji sama, tapi abang habis dulu. Tak berhemah!” sinis isteri fairuz pedih. Dia campak Rm100 atas meja. Fairuz rendahkan ego, capai duit tu.

“Nanti abang bayar ye sayang.” “Tak payah. Jangan nak berjanji sangat. Nanti termakan janji. Memanjang susahkan saya.” Fairuz terpaku.

Tu pertama kali, Fauruz dih1na terang -terangan. Fairuz menangis sambil mencuci n4jis anak sulungnya.

Masa ni, isteri balik kerja, dia dah tak peduli dengan anak sulungnya. Katanya letih bekerja dan tugas suami, bukan tugas isteri. fairuz sebak, tetapi fairuz cekalkan hati.

“Mungkin pembawakan budak, mengandung kali kedua.” Slepas anak kedua fairuz dilahirkan, keadaan semakin parah. Isteri fairuz makin berani. Dia rasa nak mrah fairuz, kutok fairuz, m4ki fairuz sesuka hati.

Fauruz pun tak tahu perkataan apa selayaknya bagi fairuz. D4yuskah? Tetapi fairuz sayang isterinya dan anak-anak.

Fairuz kuatkan semangat, bersabar dengan segala karenahnya. Kadang-kadang isteri fairuz call siap mengarahkan.

“Abang, pinggan banyak dalam sink. Nanti kau basuh. Aku tak larat nak tidur. Jaga anak!” Itu alasan isteri fairuz saban hari.

Jaga anak. Susukan anak. Walhal, semua tugasan tu fairuz pikul. Tugasan isteri fairuz cuma perah susu dan simpan dalam botol.

Lepas tu, pandai-pandailah fairuz mnguruskan anak-anaknya jika mereka lapar. Dia tak peduli. Dia tidur dan main telefon pintar. Ada juga fairuz cuba nasihatkan.

Tetapi disorongkannya video ustz-ustz terkenal di Malaysia. “Abang dengar ni!”. ‘Tugas memasak, susukan anak, kerja rumah adalah tugasan suami.’ Fairuz terdiam.Fairuz sebak. Patah hati.

Malam ni? Malam ni aku jumpa kau. Isteri aku semakin melampau, Hairiel. Dia tudoh aku ada prempuan lain. Siap tudoh aku tdur dengan prempuan tu.

Sumpah Hairiel. Aku tak pernah ada mana-mana perempuan. Aku sayang dia je. Tapi ini yang aku dapat Hairiel.

Berkali aku pindah kerja demi dia. Demi mendapatkan gaji yang tinggi. Sebab katanya, gaji aku ciput dan tidak menjamin kesenangan hidup kami sekeluarga. Aku turutkan dia Hairiel. Aku dah tak tahan. Aku menangis sambil memelok Hairiel.

Itu kisah Fairuz. Aku simpati. Aku juga tak semena-mena turut mengalirkan air mata mendengar cerita sedih si Fairuz sambil membaca kata-kata kes4t sang isterinya.

Sedih. Aku tulis agar dapat meringankan bebanan kawan aku ni. Supaya anda semua dapat mendoakan kebahagiaan kawan saya dan keluarganya.

Lupa nk bagitahu. Isteri Fairuz luarannya seorang yg lemah lembut, brtudung labuh, persisi perempuan melayu terakhir. Tapi anda semua kena ingat,

“PARAS LUARAN TAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA.”. Moga ada sinar.

Terima kasih kerana membaca cerita ini. Semoga anda semua mendapat pengajaran dalam cerita ini.