Dikata isteri kedua itu perampas. Mmg bahagian bristeri dua. Saat aku diuji jatuh miskin, baru tahu mana yg setia dan mana yg pergi

Foto sekadar hiasan. Kisah ini aku lalui sendiri. Yaa, aku sblm ini ada dua isteri. Isteri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun.

Memang aku nikah kedua tanpa izin isteri pertama Tapi aku nikah kali kedua dengan terhormat, bukan kawin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua.

Malah, waktu aku bersanding, isteri pertama hadir dan tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya. Alhamdulillah isteri-isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Hubungan memang tidak baik antara mereka, aku akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama. Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang.

Kesilapan sendiri dengan alpha lalai kemewahan dan lupa Allah. Sehingga tahap aku tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa.

Anak2 masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu aku sediakan, aku sediakn utk kedua-dua isteri dan anak aku.

Sampai satu tahap, dah tak mampu dan perniagaan tutup. Aku tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa.

Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari aku. Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak-anak

Maka, disini la aku lihat ujian Allah yang Maha Besar. Seorang isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa.

Isteri mula layan acuh tak acuh. Hubunggn sekadar ada duit baru boleh, tak de duit tak boleh. dan aku mula tawar hati.

Maka, isteri pertama menuntut crai dalam aku tertekan mencari dahan utk berpaut naik ke atas semula. Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yg diminta oleh isteri pertama.

Paling jengkel, isteri pertama melarang abg bermain dgn kakak, dihina kakak sbb anak perampas.

Hina yang dilempar mcm hina aku, mmg aku pd masa tue btul2 rasa hina tapi aku pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun. Aku percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik.

Lagi hina bila dimahkamah, aku langsung tidak dipandang apa pun kebaikan dan aku senyum tanda kecewa dgn apa yg berlaku. Maka bercrailah aku dgn isteri pertama.

Aku keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa-apa aku bawa selain kain baju demi keselesaan anak-anak kelak. Aku redha dan bergantung pd isteri kedua slps itu.

Isteri kedua, Alhamdulillah walau dihina oleh ibu ku sendiri dan bekas isteri sebagai perampas dan tidak berpelajaran, dia lah yang susah payah berhujan panas dgn aku mencari rezeki.

sama2 susah, sehingga tidur di RNR setiap mlm sbb tiada tempat tinggal. Mandi dan solat di RNR.

Kami susah tidak meminta-minta dan tidak siapa yang tahu. Isteri kedua dengan senyap jual cincin, gelang dan rantai utk aku dan anak2 duduk rumah sewa.

Malah, sebahagian wang isteri kedua suruh beri kepada anak-anak dgn isteri pertama lepaskan bayaran yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melalak minta duit, dia seakan faham dan rela hati membantu aku. sebab anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika shj.

Masa itu, hanya Allah yg tahu betapa mulia isteri kedua yang masyarakat hina sbg perampas pemusnah rumahtangga.

Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak x masuk tabika demi abg-abg dia. Ya Allah, aku btul rasa hiba dgn pengorbanan isteri aku.

Dan kini, isteri kedua juga yg masak dan mkn bersama anak bekas isteri pertama serta mengajar mengaji dan solat bersama bila aku amik abg-abg bermlm dirumah kecilku.

Anak-anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan drah mereka adalah adik beradik kandung sebapa.

Tak kisah la bekas isteri pertama kasi ke tidak, aku dah tak amik pusing apa dia nak cakap. Hati aku dah tak de rasa apa pada bekas isteri lagi. sekadar tegur gitu jea bila amik anak, pastu bla jea.

Aku syukur kini dengan rezeki yg ada, aku mampu beli semula rantai emas untuk isteriku sebagai ulang tahun ke-8 perkahwinan kami, setelah 2 tahun dlm kesusahan pyh hidup membesarkan anak-anak.

Jadi, aku merayu k4um wanita, bkn semua isteri kedua perampas atau pemusnah kebahagian. Aku dah lalui dan aku amat sygkan isteriku walau orang hina dia.

Dia tetap senyum dan berkata, “syurga mummy pada Abi dan keredhaan Abi utk mummy.. Mummy bkn org berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik utk Abi dan semua anak Abi & mummy..”

Semoga kisah saya menjadi panduan utk semua, bkn status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utama…

tapi siapa yg bertahan utk bersama susah senang. Bkn hanya meminta tapi apa yg kita sanggup beri dgn hati ikhlas demi rumahtangga.