Ak satu2 nye anak mak tapi knp mak layan ak mcm ni. Lepas akad nikah mak jerit2 dlm masjid. Aku malu dgn tetamu dan mertua

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang perempuan yang dah berkahwin, punya anak 2 orang. Sebenarnya tak tahu nak mula cerita daripada mana sebab dalam hati ni dah tak tertanggung rasanya.

Aku ada masalah sedikit dengan mak aku. Kami ni diibaratkan macam “panas”, tak boleh nak sehaluan. Sejak kecil apa yang aku buat seringkali ada sahaja yang tak kena dimatanya.

Mak aku pernah bercrai dengan bapa aku. Waktu tu umur aku 2 tahun. Lepas bercrai bapa aku tak pernah ambil tahu pasal kami. Nafkah jauh sekali. Mak aku selalu salahkan aku.

Bila2 aku berperangai degil atau tak ikut apa yang dia suruh, dia akan cakap “ko ni memang ikut baka bapak ko, Baka tak elok, keturunan aku semua elok2 takde perangai macam ko ni. Susah nak dibentuk”.

Kadang2 sampai mengeluarkan perkataan, “sedarlah sikit diri ko tu, aku pungut ko duduk dengan aku pun ko tak reti bersyukur, Kalau ko duduk dengan atok nenek ko baru ko tau langit tinggi ke rendah” kata2 hinaan dah memang lali dek telinga.

Lepas tu mak aku ada berkahwin semula beberapa tahun kemudian, dalam umur aku 5 6 tahun gitu. Tu yang aku ingat. Selepas berkahwin mereka tak pernah ada anak.

Mungkin kerana bapa tiri – panas baran, suka baling barang, pernah juga sepak terajang aku, pernah juga lempar aku hingga kepala hempas ke lantai. Rumah aku tak pernah aman dari kecil sampai sekarang pun.

Pernah aku membenci bapa tiri sampai berkata dalam hati, kalau dia mngal nanti aku takkan jejak kvbur dia.

Masa tu aku darjah 5 lepas dia tolak aku hingga terhantuk ke lantai sebab bergaduh dengan mak. Cuma sekarang dah makin slow sebab bapa aku dah mula skit. Skit tua.

Setiap kali mak bapa tiri aku bergaduh, ada masanya aku yang dipersalahkan. Ada masanya juga aku ambil sikap berani dengan tengking mereka berdua suruh diam. Tapi lepas tu aku yang kena balik. Bapa tiri tak pernah ada pekerjaan tetap.

Mak aku alhamdulillah seorang penjawat awam dan ada gaji yang agak tinggi. Aku akui, mak aku membesarkan aku dengan hasil usaha dia sendiri.

Tapi ada sikap mak aku yang aku tak berapa suka, tak berapa senang. Dia suka mengarah, suka marah2, suka memaksa, suka control power, take charge semua benda.

Banyak kali juga mak aku cerita yang buruk pasal aku pada saudara mara, banding2 kan aku dengan sepupu2 aku, sehingga aku jadi tertekan. Sepupu2 aku memang pandai2 belaka. Belajar sampai oversea.

Aku pon belajar takat diploma jela. Sampai sekarang da ada anak pun mak aku masih suka nak banding2 kan aku dengan sepupu2 lain. Aku rimas dengan sikap mak aku.

Sebelum aku nak kahwin, macam2 aku buat untuk buktikan yang aku memang dah bersedia untum kahwin. Sebab aku memang dah tak tahan nak duduk rumah tu lagi.

Hanya perkahwinan je yang boleh buat aku keluar dari rumah. Mak aku langsung tak ambil tau urusan aku nak kahwin. Semuanya aku buat sendiri A-Z.

Mak siap cakap, lepas ko kahwin aku nak ko berambus dari rumah ni, Aku tercabar. Aku jawab, fine, Memang sampai bila2 takkan balik sini dah.

Waktu aku nak bertunang, mak aku maluukan aku depan semua orang. Dikatanya make up aku buruk, hodoh, muka jadi lain. Padehal kawan2 aku yang datang masing2 puji make up cantik.

Tapi aku malu dan sedih sebab mak aku sendiri sanggup cakap macam tu depan ramai2 orang. Waktu nak bernikah pun sama. Dia marah2 depan semua orang, depan bakal besan. Aku malu sangat.

Lepas akad nikah fotografer nak ambil gambar kami semua. Tapi mak marah2 dalam msjid dia kata mana boleh ambil2 gambar,balik terus.

Sampai fotografer pun macam terkedu. Dia kata mama memang macam tu ke.. Garang ye..huhu..aku senyum je.

Sampai la habis majlis, satu gambar pun dia tak sudi nak ambil dengan kami. Dalam album kahwin takde pun gambar mak. Aku sedih dan kecewa rasanya. Sedangkan aku ni satu2nya anak mak.

Macam2 lagi yang mak aku pernah cakap. Kata2 yang keluar semuanya berbisa. Dan dia ada sikap paranoid, mungkin kesan bercrai.

Kadang2 macam psiko pun ada. Makcik2 aku pun kata yang mak aku tu macam “s4kit”, maksudnya kurang normal.

Makcik2 aku pun kata kat aku dorang tak tahan kalau bersembang dengan mak aku. Dalam hati aku, tak guna punya makcik, sanggup cakap macam ty kat adik beradik sendiri. Tapi hakikatnya memang betul apa yang dorang cakap.

Mak aku kalau bercakap 3 4 jam non stop pun dia boleh. Hebat tak hebat. Memang koyak mntal dan telinga. Entah lah bila mak aku nak berubah. Hubungan aku dengan mak memang tak pernah mesra.

Tak tahu macam mana nak pulihkan. Sekarang ni pun memang jarang2 aku balik rumah mak. Segala perkataan2 mak masih aku tak dapat lupakan.

Setiap kali jumpa pun mak aku suka nak mengungkit. Aku tak boleh nak tahan lagi, tak boleh nak dengar lagi. Aku selalu harap yang mak aku macam mak orang lain.

Penuh kata2 lembut, kata2 sayang, boleh pluk2 dan boleh sembang2 macam kawan baik. Tapi tak pernahnya berlaku.

Aku cuba macam mana pun, tetap macam tu juga. Aku sayang mak aku cuma tak tahu nak berbaik macam mana. Dia pun bukan sejenis yang berfikiran terbuka dan tak suka disentuh2.

Bila nak bersalam pun dia cepat2 tarik tangan. Memang tak faham. Suami aku pun banyak juga terasa hati dengan mak aku. Tapi aku kata dah memang perangai mak macam tu, jangan dilayan perasaan tu..

Doakan aku semoga hati aku pulih dan aku rajin untuk balik ke rumah mak aku. Setakat ni memang berat sangat hati setiap kali nak balik. Setiap kali balik ada je kata2 yang tak sedap didengar. Doakan aku lebih tabah dan sabar. Terima kasih semua.