Sbb bencinta trlalu lama ak pilih utk kawin. Tp hanya sebulan rasa bahagia. Ak kembali single dan diberi pluang kedua

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hidup sendiri. Jika terpilih, terima kasih pada admin kerana siarkan cerita ini. Harap ia dapat menjadi iktibar untuk semua.

Seperti tajuk yang ditulis, aku telah berstatus single semula. Kenapa single semula? sebab sebelum ni dah pernah berkahwin dan sekarang dah bercerrai. Maka jadilah single semula, lebih sedap didengar kan berbanding Janda.

Aku berkenalan dengan bekas suami N melalui online chatting iaitu ‘yahoo messenger’, masa itu Facebook dan Instagram masih belum wujud lagi. N adalah teman lelaki yang sangat aku impikan.

Sangat ambil berat tentang kehidupan aku dan kami bercinta dalam jangka masa yang agak lama iaitu 8 tahun. Makin tahun aku boleh nampak perubahan dia tapi aku masih bertahan memikirkan kami dah lama bercinta.

Masa mula2 bercinta N bekerja sebagai eksekutif chef di sebuah restoran dan aku di tahun 3 pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kemudian restorannya berpindah ke Singapura dan N berhenti kerja sebab katanya tak nak berjauhan dengan aku. Selepas daripada itu N tidak mempunyai kerja tetap.

Dia banyak kali meminjam dengan aku, walaupun masih belajar aku sanggup menggunakan duit biasiswa aku untuk dia. Setiap kali perluukan duit macam2 cerita sedih yang N ceritakan.

Kemudian setelah tamat belajar, aku mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa itu aku tiada kenderaan dan tiada lesen, maka N lah yang banyak membantu aku untuk pergi temuduga atau kemana-mana. Kemudian aku ditawarkan kerja kerajaan.

Pada masa inilah N mula menggalakkan aku untuk membuat pinjaman peribadi dari bank/koperasi. Bayangkan baru sebulan bekerja N dah minta aku buat pinjaman dengan alasan untuk perkahwinan kami.

Dipendekkan cerita aku telah membuat pinjaman peribadi dan kami berkahwin setelah 8 tahun bercinta.

Semua persiapan kahwin, barang hantaran dan majlis adalah 100% daripada duit pinjaman peribadi aku dan gaji aku. N? Masih tak mempunyai kerja tetap.

Semasa meminang, ayah aku ada meletakkan maskahwin sebanyak RM1000 dan untuk hantaran tidak dinyatakan, terpulang pada kami berdua.

Aku ada menyuarakan untuk N mengeluarkan duitnya untuk maskahwin itu sahaja, yang lain2 aku boleh guna duit aku. Namun, N mula merajuk selepas itu.

Disebabkan malas nak bergduh, aku abaikan sahaja permintaan aku dan gunakan sahaja duit aku kesemuanya untuk majlis kami dan majlis memang diadakan pada belah perempuan sahaja kerana keluarganya bercerrai

dan katanya kedua2 ibu dan ayah N tak nak keluarkan duit dan N pun tiada duit untuk buat majlis lain. Akupun atas dasar nak halalkan hubungan kami tak kisah semua itu.

Seminggu sebelum kahwin kami memang banyak bergduh atas benda benda yang kecil. Aku sampai terfikir, perluukah aku batalkan perkahwinan ini.

Tapi bila memikirkan semua persiapan dah dilakukan aku teruskan juga perkahwinan kami. Semuanya atas dasar aku dah terlalu lama bercinta dengan N, kalau bukan N dengan siapa lagi aku akan kahwin.

Setelah berkahwin aku cuma berasa bahagia sebulan sahaja. Selepas itu aku mula rasakan hakikat perkahwinan di mana walau berapa lama pun kita kenal seseorang itu tapi selagi kita tak tinggal sebumbung dan tidur sekatil dengannya kita memang tak kan dapat tahu perangai nya yang sebenar.

Mungkin salah aku juga sebab aku berkahwin atas dasar dah lama bercinta dan ingin merasa seronoknya kahwin, aku tak luangkan masa aku untuk mendalami ilmu rumahtangga.

Expectation N pada aku sangat tinggi, jadi bila mana aku tak seperti yang N harapkan kami sering bergduh.

Makin tahun kami kahwin makin teruk kami bergduh dan aku juga dibelengu hutang keliling pinggang sebab setiap tahun bila ada kenaikan gaji akan buat pinjaman baru.

Aku memang tak bahagia. Tambah2 bila dia mula angkat tangan dan pkul aku. Akhirnya setelah 4 tahun berkahwin aku nekad untuk lari dari rumah sehelai sepinggang dan dapatkan pertolongan untuk bercerrai.

Pada hari aku melarikan diri, semasa N mencari aku dia melafazkan lafaz cerrai taklik melalui kawan aku.

Kawan aku sampaikan pada aku dan aku bawa k3s itu ke mahkamah, dan 2 minggu kemudian k3s kami dibicarakan dan hakim mengesahkan lafaz taklik tersebut adalah sah, maka jatuh talak 1.

Pada masa itu satu perasaan lega muncul sebab aku dah lepas dari genggaman N dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku.

Sekarang aku telah single semula selama setahun lebih. Untuk makluman kami tiada anak, mungkin itu hikmahnya Allah tak berikan kami anak supaya aku dapat putuskan terus hubungan dengan N.

Sekarang dah hampir setahun setengah aku single semula. Alhamdulillah aku rasa sangat bahagia, aku rasa aku dapat peluang kedua untuk menikmati hidup.

Aku dapat peluang kedua untul berbakti kepada ibu bapa aku yang telah aku abaikan selama aku berkahwin. Doa aku buat mereka yang masih struggle dalam perkahwinan, semoga kamu semua diberikan jalan penyelesaian yang baik.

Banyak drama yang berlaku dari masa aku melarikan dirikan diri sehingga diputuskan jatuh talak. Namun terlalu panjang untuk aku ceritakan. Apa yang aku nak sampaikan, biarlah hidup sendiri daripada berdua tapi menderita.

Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat dan dapat dijadikan teladan.