Rumah sya ni kerap digangu. Jenuh fikir dri mana dtg benda tu. Rupanya angkara mulut suami, hingga kini kmi sngsara

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Moga dapat pengajaran. Salam admin. Harap admin boleh siarkan kisah dalam rumah tangga saya sekarang.

Habis ikhtiar dah saya ni. Saya dan suami beli rumah tahun 2018. Awal tahun. Kami hias rumah cantik cantik, deko sana sini. Semuanya ok sangat sangat sampailah awal tahun ni.

Sejak awal January tahun ni, kami mula diganggu. Bukan kaleng kaleng gangguan dia yeee. Ni saya sedang menaip ni pun dia tengah ketuk ketuk tingkap bilik.

Mula mula kami kerap dengar orang menangis diselang seli dengan ketawa. Almost hari hari dengar.

Satu hari tu, saya nampak anak sulung saya masuk bilik untuk tidur. Saya yang tutup lampu bilik dia sebab dia dah tertidur dulu.

Tiba tiba pergi ruang tamu, saya nampak anak sulung saya. Saya tanya buat apa kat sini?Tadi mama nampak dah masuk bilik. Masa bila turun? Dia kata,

“Mama ni suka la mengusik. Abang ada kat sini dari tadi”.

Berlari saya pi bilik dia. Kosong bilik. Tak ada orang. Itu tak seram sangat.

Lepastu, saya dan suami selalu terdengar orang ketuk tingkap bilik kami. Rumah kami dua tingkat. Siapa nak ketuk malam malam ni.

Suami saya kata sabar jangan layan. Ok saya sabar. Dia ketuk lagi saya sabar lagi. Pastu dia ketuk lagi. Saya terus jerkah, “kau nak apa”.

Tiba tiba dia mengilai seumpama mengejek sayaaa.. Then ketawa. Kemudian dia ketuk lagi, lama lama then hilanggg tak ada dah.

Suami saya lagi lah kuat kena ganggu. Bayangkan suami tengah main game kat ruang tamu tiba tiba dia boleh lari berdesup masuk bilik sebab dia kata tengah tengah main game dia nampak ada perempuan pakai telekung duduk bersimpuh depan kaki dia. Muka tak nampak sebab tunduk ke bawah.

Sampai ke pagi lah kami tidur pluk pluk tak lepas macam baru kahwin. Hantu punya pasal.

Lagi satu hantu ni dia tunjuk diri dia kat suami saya je. Dan anak lelaki saya. Anak lelaki saya kata dia pakai macam hantu Valak tu. Muka pun macam Valak. Suka senyum..

Anak saya kata dia kerap nampak hantu ni depan pintu bilik diaa. Senyum sengih kat dia. Kadang kadang dia rasa hantu tu tidur belakang dia. Macam macam lagi lah..

Kalau saya masak kat dapur, tak payah cakap lah berapa kali barang dialihkan. Api tengah masak sup, ditutup nya. Tengah kacau kacau sup, rasa dia hembus belakang tengkuk. Rasa dia geletek belakang badan.

Bila saya jerkah, “nak apa kau ni”. Macam biasa dia mengilai dan ketawa. Mula mula tu memang seram, sekarang lantak lah sebab siang siang pun dia kacau.

Tapi dalam lantak lah pun saya kecut jugak kadang kadang. Kami anak beranak sejak awal PKP sampailah awal bulan 6 memang duduk di rumah work from home.

Baru baru ni awal bulan 6 je suami dah dipanggil bertugas. Saya dah mula risau. Mula takut balik sebab suami takde. Suami saya bekerja shif. Dalam seminggu mesti ada kerja malam.

Satu pagi tu, saya siapkan sarapan. Buat kopi dalam teko yang memang dah lama dengan keluarga saya. Tapi pagi tu teko tu pecahhh retak seribu. Saya cuba husnuzon. Saya buat kopi dalam teko lain. Pecah juga.

Kemudian macam biasa suara mengilai lagi sekaliii seolah mengejek. Saya sampai dah tak tahan saya menangis. Tapi bila saya menangis, hantu tu pun ikut menangis. Lagi sayu pulak dari saya yang menangis pecah 2 teko. Mntal betul rasa.

Saya dengan suami panggil macam macam orang dah datang tengok. Elok sekejap jee. Pastu jadi balik. Saya sampai str3sss sangat sangat.

Kalau saya nak bersama dengan suami memang rasa ada orang perhatikan. Kena tutup semua lampu sampai tak nampak apa barulah selesa.

Kalau nak solat, bacaan selalu ke laut sebab terdengar je kat telinga dia ketawa mengejek. Tengah mandi lagi lah rasa diperhatikan. Hilang privasi sungguh sungguh..

Satu hari saya duduk fikir dari mana datang gangguan ni. Fikir punya fikir barulah saya teringat. Memang sah inilah punca gangguan.

Gangguan ni bermula lepas suami saya yang suka sangat bergurau, suka main main ni buat sesuatu yang dia rasa lawak kot.

Malam tu saya suami dan anak anak tengok movie hantu kat ruang tamu. Tiba tiba dengar orang ketuk pintu. Padahal pintu kayu belah dalam terbuka. Grill je tutup. Kalau ada orang ketuk pintu memang nampak lahhh…

Mula mula bunyi ketuk tu kami semua diam. Lepas lagi satu ketukan tu, suami saya boleh main main cakap sambil gelak gelak. Dia kata,

“Siapa ketuk tu, masuklah. Buat apa duk kat luar tu.. Mehla masuk buat macam rumah sendiri”.

Saya ingat, saya marah suami saya gila gila sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa apa. Tapi sejak dari tu la semua gangguan ni terjadi. Suami saya memang baik, happy go lucky, sembahyang memang tak tinggal tapi tulah suka bergurau bukan bukan..

Saya nak pesan, janganlah buat main benda benda macam ni. Jangan jadi macam suami saya yang happy go lucky entah apa apa.

Dan satu lagi sesiapa yang tau orang pandai berubat, pandai tengok tengok, tolong lah letak no telefon atau alamat orang tu kat ruangan komen.

Nanti saya akan baca satu satu dan kol. Saya dan suami sayang sangat rumah kami. Memang kami ikhtiar macam macam dah. Harap admin boleh siarkan mana tahu ada sesiapa dalam ni yang boleh menolong. In Sha Allah. Terima kasih..