Ak ada 8 beradik perempuan. Mak pakai tudung labuh, lps cerai jual kuih tp xlaku. Mak free hair lps bwk lelaki blk rumah

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Izinkan saya luahkan perasaan saya kat sini. Setelah sekian lama tersimpan, saya rasa nak meletup.

Kisah pahit saya bermula bila ayah saya cerraikan mak saya, dan kahwin lain. Saya seorang je anak lelaki, ada 8 orang adik perempuan. Masa mak ayah saya berpisah, saya masih sekolah menengah.

Mak saya bekerja, tapi terpaksa berhenti sebab masih ‘terkejut’ dengan keadaan baru. Bermula mak saya duduk rumah, mak saya tak ada duit nak bayar sewa.

Nak bayar bil sampai bil elektrik dan air terpotong berbulan-bulan. Kami adik-beradik makan 3 hari sekali je nasi. Study berlampukan lilin. Mak saya jual kuih dan berniaga macam-macam tapi tetap tak laku.

Sampailah satu hari mak saya bawa lelaki setiap hari. Setiap hari tu lelaki yang berbeza. Tak lama lepastu, mak saya dah tak bertudung labuh.

Dia jadi freehair dan pakai make up. Kami dah ada elektrik dan air semula. Kami dah dapat makan sehari sekali.. Masa ni saya masih tak tahu pekerjaan mak saya.

Saya sangat sibuk uruskan adik-adik. Antara 8 orang tu ada kembar 3. Mereka setiap masa bergduh tarik rambut. Nak layan lagi 5 orang punya kerja sekolah.

Saya tersangat pening masa ni. Masa saya tingkatan 5, saya kenal dengan isteri saya yang sekarang. Dia 1st love saya.. semua yang saya buat, dialah yang pertama dan sampai sekarang cuma dia.

Masa saya kecil, mak saya selalu pesan jangan sentuh perempuan bukan mahram. Tapi waktu ni, mak saya selalu suruh saya bawa gf saya ni datang rumah.

Dia siap bagi knd0m supaya saya berhati-hati. Bila mak sendiri dah support, campur dengan h0rmon yg tengah menaik.. saya akhirnya sentuh dia.

Tapi tidaklah sampai buat hubungan kelamin. Hanya sentuh biasa. Tak lama lepas tu parents dia bercerrai dan mak ayah dia takde duit nak besarkan dia.

Waktu yang sama, saya dapat tahu pekerjaan mak saya yang sebenar. Jiran-jiran semua pulaukan keluarga kami, bergosip tentang kami, tak mahu berjual beli dengan keluarga kami. Sebab mereka kata, taknak makan duit haram. Saya? Saya nak menangis, nak menjerit, nak lari.

Tapi saya ada 8 orang adik perempuan. Emosi mereka lebih terganggu dari saya sampai ada yang cuba kerat tangan sendiri.

Disebabkan hal ni, 8 orang adik perempuan saya ni, saya jaga betul-betul macam saya seorang ayah. Dapat result spm, saya dapat result 6A. Tapi saya tak sambung study.

Saya tsayat adik-adik saya terikut mak saya. Saya pilih duduk kat rumah tu dan kerja yang flexible.

Supaya saya ada masa nak ambil report card diorang. Kenapa saya tak marah mak saya? Sebab saya tahu, mak saya sendiri faham apa yang baik dan yg buruk.

Dan saya faham bagaimana teruknya keadaan mak saya masa ayah saya craikan dia.Saya pilih untuk nasihat secara berhemah. Secara lembut dan baik.

Saya taknak jadi lelaki macam bapak saya. Sekarang saya umur 24 tahun.. saya dah kahwin dengan gf saya yang dulu masa tingkatan 5.

Kami ada seorang anak lelaki.. apa yang membuatkan saya serabut sekarang ni.. sebab 2 tahun lepas mak saya berhenti buat pekerjaan tu dan berniaga goreng pisang.

Jangan salah faham, saya sangat gembira tentang hal tu. Cuma saya tertekan je.. mak saya jual goreng pisang.

Memang tak mampu nak sara adik-adik saya. Jadi saya ambil kembar 3 dengan sorang lagi duduk dengan saya dan isteri.

Jadi saya rasa terbeban.. dengan gaji saya yang cukup makan. Tak cukup nak saving. Perbelanjaan sekolah ,makan anak bini.. hulur duit kat mak saya lagi.. saya kadang menangis sorang2.

Kawan-kawan saya ramai yang suruh saya minta nafkah adik-adik saya kat ayah. Tapi bapak saya tak peduli macam adik-adik saya ni bukan drah daging dia. Bukan dna dia. Bukan berbintikan nama dia.

Takpelah, saya bukan nak apa, saya cuma nak luahkan rasa s4kit hati saya je.. Saya kesiankan bini saya je. Tiap hari masak bekal untuk adik-adik. Uruskan pakaian diorang, masak, ajarkan homework. Sambil jaga anak kecik kami.. takde pun mengeluh.

kadang bini saya cakap dia bahagia rumah ni bising dengan kembar 3 yang selalu bergaduh.. Cuma tulah.. saya kerja dari pkul 7 pagi sampai 3 pagi.

Mntal saya kadang tak boleh terima.. Saya tersangat penat.. Saya kerja sebenarnya start 7 pagi sampai 6 petang. 6 petang sampai pkul 3 pagi saya buat grabfood..

salah satu penyumbang kepada tekanan saya, jiran -jiran saya dulu. Selalu kacau mak saya.. tak kira depan atau di media.

Kadang saya terbaca komen media sosial mak saya share hal agama, ternampak komen “bila pelacvr berbicara..” saya ni, sampai mti saya ingat benda tu.. mak saya langsung tak balas apa-apa.

Adik-adik, saya jaga habis baik. Tak boleh couple, tak boleh keluar malam. Tak boleh tu tak boleh ini. Saya explain kesan dan akibat kalau diorang lggar pesan saya.

Setiap hari saya tanya dah solat ke belum. Alhamdulillah diorang dengar cakap saya.. Haih. Sorry la ayat berterabur, saya ni tak belajar tinggi..

Maaf menumpang confess kat page ni. Sorry ye. Tak dapat nak kawal emosi ni.. Maaf kalau ada terkasar bahasa..Doakan saya dipermudahkan segala urusan, Assalamualaikum.