Semakin hari, penglihatan dia semakin berkurang. Bila tahu hal sebenar, aku terasa gelap. Tabahnye suamiku

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Saya dan suami berumur 34 tahun, berkenalan semasa di universiti dan telah mendirikan rumahtangga hampir 9 tahun.

Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang berumur 7 dan 1 tahun. Selama ini saya merasakan hidup saya cukup lengkap dengan adanya kerjaya yang stabil, keluarga yang bahagia, rumah, kereta dan semua perbelanjaan alhamdulillah sentiasa cukup.

Sehinggalah pada Mac 2018, Allah uji kami sekeluarga dengan ujian yang saya tidak pasti mampu hadapi atau tidak.

Suami saya didiagn0s menghidap penykit Retinitis Pigment0sa atau disebut RP. RP ni adalah penykit genetik, walaupun mak dan ayah suami tiada penykit ini.

Suami sendiri tidak pasti dia mendapat penykit ini daripada siapa. RP adalah sejenis penyaakit mata yang boleh menyebabkan kebuutaan.

Dalam retina mata dia, ada pigmen atau tompok-tompok hitam di sekeliling retina menyebabkan medan penglihatan menjadi kecil, semakin mengecil setiap hari dan akhirnya menjadi buta.

Suami didiagnos menghidap penykit ini pada 2018 setelah pemeriksaan penuh dilakukan sebelum menjalani pembdahan lasik.

Dktor menyatakan bahawa lasik tidak akan dapat menyelesaikan masalah mata suami kerana RP sememangnya tiada ubat buat masa ini.

Pada awal perkahwinan, saya perasan suami kerap sepak barang atau apa sahaja benda yang berada di atas lantai di kawasan laluannya. Sama juga dia selalu lggar kaki kerusi, kaki meja, lggar orang bila di tempat awam dan banyak lagi la.

Suami juga akan menggenggam erat tangan saya atau memeluk bahu saya sekiranya kami keluar pada waktu malam, katanya kurang nampak.

Pernah juga dia jatuh longkang dan jatuh tangga kerana menjangkakan anak tangga telah habis tapi sebenarnya masih ada. Perkara ni selalu terjadi dan saya cuma ingat dia memang tidak perasan sahaja.

Dia juga beberapa kali terlggar kereta orang ketika keluar parking, keluar dari simpang dan hampir hampir mlgar orang yang hendak melintas jalan raya.

Saya memang ingat dia tidak perasan saja. Sehinggalah suatu hari pada tahun 2018 selepas dia berlnggar dengan bas mini ketika hendak keluar dari simpang, dia nekad untuk melakukan pembdahan lasik kerana menjangkakan masalah rabun silau yang semakin teruk.

Kami pun melakukan temujanji dan pergi berdua melakukan semua ujian yang diminta. Setelah itu, dktor memanggil kami masuk dan menceritakan hal yang sebenar. Gelap seketika dunia saya ketika itu.

Kami tidak banyak bercakap, mungkin masing masing masih belum dapat hadam apa yang dktor sampaikan. Dktor meminta kami untuk datang melakukan pemeriksaan selanjutkan pada petang hari.

Kami pun balik ke hotel tengahari itu, solat jamak dan menangis bersama sama selepas itu. Kami terlalu sedih dengan berita yang baru kami dengar. Kami berehat seketika dan kembali ke hspital untuk pemeriksaan lanjut.

Dktor menjangkakan suami akan kehiilangan penglihatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Medan penglihatan suami pada ketika itu cuma tinggal 10 percent sahaja (Untuk kita yang normal, medan penglihatan kita adalah sebanyak 180 percent).

Bertambah gelita dunia saya rasakan. Suami saya akan buta?

Macam mana penerimaan dia? Macam mana dia mahu meneruskan kehidupan?

Macam mana dengan kerjaya dia? Macam mana dengan saya? Macam mana dengan anak kami?

Terlalu banyak yang bermain di fikiran saya ketika itu. Dktor menyatakan peratusan untuk penyaakit ini menurun kepada anak kami adalah 50/50. Ujian cuma boleh dibuat setelah dia berumur 7 tahun ke atas (masa ni anak kami baru 5 tahun).

Dktor menyarankan agar suami tidak lagi memandu kereta, mengikuti kursus mobiliti dan memohon kad 0KU.

Kini 2 tahun setengah telah berlalu. Bila saya tanyakan suami, macam mana penglihatan abang sekarang?

Katanya, kalau dia tengok muka orang, dia hanya nampak muka sahaja. Yang lain lain tu cuma nampak kabur. Dia juga tidak memandu lagi sejak didiagn0s dan menjadi pengguna grab tegar sehingga kini.

Kami menjalani hari hari seperti biasa. Cuma saya lebih peka, barang barang tidak lagi bersepah di lantai atau tengah tengah rumah. Jarang sangat keluar waktu malam. Kalau dia perlu keluar, dia akan bawa saya sekali.

Bermula waktu senja, penglihatan dia memang sangat terhad. Even di dalam rumah, di bawah lampu, dia sudah tidak boleh membezakan warna. Dia cuma nampak warna yang gelap dan terang sahaja.

Saya sedih bila mengingatkan hal ini. Semakin hari, penglihatan dia semakin berkurang. Tapi saya lihat dia sangat tabah. Kalau saya, tidak tahulah macam mana saya boleh hadapi semua itu.

Minta maaf agak panjang coretan saya. Saya cuma ingin berkongsi resah hati ini. Doakan saya dan suami diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Doakan juga anak anak saya tidak mendapat penyaakit ini. Merekalah kekuatan saya sehingga kini.

Terima kasih sudi membaca sehingga habis. Semoga semua pembaca sentiasa dalam lindungan dan redha Allah hendaknya. Aamiin