Ak bahagia bersama suami H1V positif. Kluarga tak tahu sejarah hidup suami kami nekad ingin rahsiakan

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengaharan dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Nama aku Hanan. Aku tak tahu apa persepsi orang bila baca tajuk c0retan ni.

Dan tak tahu pula jika dipublishkan atau tidak. Ini pertama kali aku menulis disini. Ya, suamiku seorang H1V positif. Panjang kisah kalau ingin aku ceritakan, tapi cuba aku tulis supaya tidak meleret.

Suamiku telah mendapat rawatan H4ART sebelum kami berkahwin, cd4 (bacaan sel antibodi lebih kurang) adalah 900+ sewaktu kami berkahwin, dan vrus dalam badannya telahpun mencapai undtect.

Senang kata, selamat untuk berkahwin, kerana telah tiada risiko untuk mengjangkiti orang lain.

Dia bekas bnduan, bekas pen4gih ddah. Bekas alc0holic juga. Beberapa tahun sebelum kami bertemu, dia dah cuci tangan. Malah pernah bertugas sebagai staff di sebuah pusat after care untuk pengih ddah.

Kalian rasa dia bagaimana? Kenapa aku terima dia?

Aku datang dari keluarga pertengahan, mak ayah penjawat awam, adik beradik semua masuk universiti, kecuali adik bongsu aku yang masuk kolej je. Aku pun seorang penjawat awam.

Tiada siapa tahu latar belakang suami aku. Kecuali aku.

Sebelum kami berkahwin, suami aku cerita semua tentang dirinya pada aku. Penjara mana dia pernah masuk, macamana dia dapat H1V, dan hampir semua yang dia pernah buat.

Aku terima dia setelah 3 kali istikarah. Dan aku juga belajar tentang H1V. Selagi dia mendapatkan rawatan, H1V bukanlah satu masalah. Dan aku juga berbaik dengan rakan-rakan dia yang telah pulih dari ddah.

Suami aku memang baik. Kelakar kan, macamana aku boleh kata bekas banduan memang baik. Yaa, dia memang baik.

Di rumah, suami aku yang masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, jemur baju, semua lah kerja-kerja beliau buat.

Aku cuma jaga anak je. Pagi-pagi sarapan dah terhidang, lunch dinner semua suami aku sediakan. Kadangkala aku rajin aku masaklah sikit.

Pendek kata, dia memang baik, sangat baik. Kelemahan sebagai manusia biasa tu, adalah yang kecil-kecil, mana ada manusia sempurna kan. Aku lagilah jauh sempurna.

Baiknya suami aku ni sampai kan kadang-kadang aku terfikir untuk jadikan kawan-kawan aku yang belum kahwin ni, madu.

Supaya mereka dilindungi dan dapat suami yang baik, tapi belum nekad lagi la, takut gak nanti aku yang jeles, yelah perempuan mana yang tak de perasaan cemburu kan.

So H1V langsung bukan masalah. Suami aku dah berumur sikit, dalam 50an. Aku pula dah nak 40an. Akhir-akhir ni suami aku mula rajin bangun malam, solat sunat. PKP ni lagilah suami aku rajin kemas rumah, sebab dia bosan tak buat apa.

Tentang ubat, yelah ub4t H4ART tu, suami aku memang cukup jaga dan on time.

Cuma, yelah suami aku kadangkala rendah diri juga dengan keluarga aku. Tapi keluarga aku sebenarnya happy lihat aku dan suami bahagia, cuma, mereka tak tahu sejarah suami aku.

Suami aku kadangkala segan nak cerita die kerja dimana, takut adik beradik aku dapat hidu dia juga adalah bekas pen4gih ddah.

Lepas tu kalau pergi appointment kat klinik untuk rawatan H4ART pun dia takut kalau jumpa ahli keluarga aku.

Pernah gak terserempak dengan kakak aku, gelabah dia, puas dia pusing cerita kenapa ke klinik.

Yaa, dia taknak aku mendapat sebarang cemuhan dari masyarakat. Katanya kalau dia sahaja yang kena, tak apa, tapi bukan aku.

Sedih aku bila dia kata begitu. Aku bangga yang dia adalah seorang dapat berubah walaupun beliau dah berjinak dengan ddah sejak kecil dulu. Malah rkok pun dia dah berhenti lama.

Ar4k pun, semua jenis ar4k dia tahu, kalau tengok movie tu, selalu aku tanya dia jenis ar4k yang pelakon dia minum. Dia gelak je, boleh cerita rasa jenis ar4k tu. Tapi benda-benda tu dah lama dia tinggal.

Aku sangat bertuah berkahwin dengan dia. Suamiku H1V positif tapi aku bahagia.

Dahla tangan aku dah kebas menaip. Hehe. Dan suami aku dah panggil sarapan. Masa PKP ni lagi dia rajin masak, cakap apa je dia buatkan.