Aku orang kampung. Setiap hari diorang bangun lewat aku terpaksa tunggu mcm driver.Rasa diperguna.Suatu hari aku nekad tinggalkan semua walaupun dirayu

Actually, aku graduated for banking but since aku tak berapa minat utk kerja bank, aku lari scope kerja pergi ke manufacturing a.k.a kerja kilang. Aku kerja satu tempat nie almost 3 years.

Masa start kerja tu memang zero habis and my lady boss trained aku sampai aku well known pekerja. Chinese ok. Very kind lady.

Ok. Itu intro, actually aku nak cerita. Aku ada sorang kawan sekerja, Zai, sama post dengan aku but dah kerja lama compare dengan aku.

Aku adalah manusia yang susah say “NO” and benda tu buat orang senang nak ambil kesempatan. Zai ni dah kawin, umur dah lanjut tapi belum ada anak.

Dia dengan husband dia PJJ seminggu sekali jumpa. So kami duduk rumah company. Bila hujung minggu, aku balik kampung, dia akan balik jumpa husband dia.

Mula2 dia sangat baik dengan aku. Yelala, satu dept. kan, satu rumah pulak tu. Tapi……………..

Yang first sekali, aku tak pernah berkira cuma setiap hari pergi balik kerja memang dia tumpang aku. Siap ajak housemate kitorang yang lain tumpang sekali without tanya aku. Hmmm.

Actually dalam rumah tu kitorang 6org (double storey, market price around MYR400k), so memang cukup selesa.

Baik kan boss kilang aku. 3org ada kereta (termasuk aku), 3orang tak ada (termasuk zai). Sebelum aku kerja sana, mereka y tak ada kereta memang akan naik bas kilang.

So sebab aku ada, Zai aja la semua naik dengan aku. Naik bass kilang tak boleh melaram pakai hills bagai, bangun pun kena awa, pukul 7bas sampai.

So aku chill je. Tapi sebulan, 2bulan, 3bulan xpernah pun hulur duit minyak. Balik kerja singgah makan pun xpernah kata nak belanja.

Hmmmm. Ok lah, aku tak nak berkira for me kalau aku sorang2 pun aku kena bayar jugak duit minyak.

Kedua, makin lama aku kena ikut rentak dia. Aku jenis bangun awal, even hari tak kerja pun pukul 6 aku dah terjaga. Dah biasa dari kecik, mak ayah aku ajar.

Aku kan orang kampung. Setiap hari diorang bangun lewat dan aku terpaksa tunggu diorang siap.

Aku memang jenis datang awal sebab nak bfast. Lagi pun kerja aku kebiasaan nya busy diwaktu pagi, aku suka jalan dekat production and tengok report before start kerja.

Jadi kau senang nak report kalau ada apa2 urgency. Dan tergendala la semua plan aku.

Hosemate lain y ada kereta pun sampai tegur aku. Siap awal2 tapi dok tunggu dalam kereta, macam driver kan?

Hahaha. Sekali dua kali kau boleh sabar, tapi kalau hari2, Allah. Nak suruh aku sabar tahap mana lagi.

Ketiga, nak pergi mana2 memang mengharapkan aku and tak pernah tuang minyak pun. Aku pakai kereta bukan guna air nak gerak hoi.

Berbudi bahasa la sikit kak. Gaji kau berganda dengan aku. Tak kan la berkira sangat. Naik teksi pun kau bayar kan, bukan free.

Pernah satu hari tu, lepas balik kerja dia nak jumpa husband dia. Dia mintak aku tolong hantar.

Masa tu dah pukul 8malam, jarak ke tempat husband dia sejam and tol pun sehala RM10++. Aku kerja 8am – 5pm. Tapi selalu kena balik lewat sebab kerja tak pernah siap.

Biasalah, kita kerja berurusan dengan customer. Aku pun nak tak nak, tolong la. Sebab mcm desperate sangat. Sampai sana, dia suruh aku tunggu dia, dia naik jumpa husband dia.

Aku tunggu2 dia kata sekejap2, last2 sampi dekat 2jam. (kau buat apa lama2 syaitoooon)-dalam hati.

Dia turun senyum2, lepas tu lambai husband dia and dia start cerita, dia manja2 dulu dengan husband dia sekejap.

What??? Omg! Aku speechless. Kau urgent nak berjimak ke apa sebenarnya. Aku hantar kau pergi balik je 2jam, tol RM20 utk kau berjimak ke? Hahahaha siot.

Actually dia mintak duit dengan husband dia, tapi part y paling best seposen pun tak bagi dekat aku utk duit minyak dengan tol.

Hahahaha sungguh aku rasa nak maki. Tapi aku diam je. Bila fikir balik, hahaha kenapa la aku bdoh gla masa tu.

Keempat, the nexy day aku nak pergi kerja dah lewat sebab balik lambat, turun2 tengok tayar pancit. Omg! Aku langgar paku, masa tu kelam kabut la bagi tau si zai ni.

Dia cuma cakap dengan aku, xpe dia tumpang housemate kita lagi sorg y ada kereta. Kereta dia kecik sikit.

Kitorang bulat2. Kalau nak tumpang, muat 3org je. Maka, aku lah org y ditinggalkan dengan kereta y tayar pancit. Wakakakaka.

Aku call boss cakap lambat sikit, lepas tu call kawan aku y kebetulan duduk area situ mintak tolong hantar aku. Dia pun datang, masa tu dah pukul 8lebih pun.

Terima kasih sahabat. Lunch hour aku rush balik rumah dengak kawan lelaki satu tempat kerja, mintak tolong bukak tayar, hantar bengkel nak tampal.

Terima kasih sahabat. Aku pun bawak kereta semula pergi office. Si Zai nie langsung tak tanya kereta aku dah ok ke tak ke.

Dia tanya masa dia nak balik sebab nak tumpang. Actually, aku bukan nak kau bayar pun, tapi kau xda rasa manners meh, sebab aku tolong kau malam tadi, tayar aku pancit. Walaupun sebenarnya memang takdir, tapi kau tanya sikit pun dah cukup baik.

Actually banyak lagi benda yang dia buat, sampai aku rasa irritated. Termasuk pengotor dekat rumah.

Hahaha tu tak nak cerita. Gila dipergunakan. Paling tak best depan lain belakang lain. Aku bukan kaya, family biasa2.

Gaji pun belum sampai tahap kena income tax. Ehh ke tak declare eh. Hihiji. Kereta pun hutang lagi. PTPTN pun celup2 bayar, nak fly pergi oversea macam kau pun aku tak boleh.

Kena black list. Hahaha. Aku pernah cerita dengan kawan baik aku satu kilang Rashid, hahaha kena bambu kaw2.

Dia siap cakap, aku orang paling bdoh dalam dunia. Aku gelak2 je. Pada aku, sabar selagi boleh. Aku pun tak pernah cerita dengan sesiapa pun pasal kecuali Si Rashid tu.

Tapi lelaki weh, masa kau cerita tu dia nasihat kau beria2, dua tiga hari lepas tu dia lupa dah. Hahaha.

The reason kawan baik aku lelaki, sebab lelaki masa kau cerita dia kurang bagi perhatian, atau dia bagi pergatian lepas tu dia lupa.

Jadi apa kau luah tak kan tersebar, tapi kau dah rasa lega sebab dah luah kan dekat someone.

Last hal yang dia buat, sampai aku berhenti kerja. Sebab dia fitnah aku. Hmmm. Mungkin pada awal nya ramai yang salah faham, tapi kalau Zai tak tambah garam gula.

Actually benda tak ada apa2. Dia buat keadaan jadi huru hara, walaupun dia tak tahu hal sebenar.

And cerita tu spread out to the whole company. Aku sampai tak datang 3hari, and my big boss company call aku personally suruh aku masuk kerja.

And few more managers pun call aku. I am a bit of calm after that. Tapi, semua benda dah jadi. Kau tak boleh betul kan keadaan yang dah huru hara.

Aku rasa malu. Aku naik, tender 2weeks atas masalah peribadi. Semua org try tu pujuk aku to stay especially all the managers sebab diorang suka cara aku.

Customer suka puji aku. Sebab kerja kau teratur. Ini bukan masuk bakul angakt sendiri yaaa.

Zai pun tahu dia salah satu punca. Dia pun pujuk aku. Say sorry. Tapi. Aku dah hilang rasa nak kerja. Aku jujur, aku memang tak kan maaf kan kau.

Kau kena ingat, masa kau huru harakan account customer kau, boss suruh aku take over. Siapa y buat sampai semua ok.

Kau takut aku blah, lepas tu kau kena tengok balik account tu? Ke kau takut tak ada siapa sudi tumpang kan kau pergi kerja for free? Kau dah selesa kan xpayah naik bas lagi.

Bukan sikit aku tolong kau Zai. Aku cuma tak nak ungkit satu2, cuma cuba kau letak secebis rasa simpat dekat hati kau.

Actually, Zai memang ada iri hati dengan aku, tapi aku bukan type kipas boss. Dia dah kerja lama tapi ramai y layan dia ala kadar. Aku pulak, kebanyak kan manager suka aku.

Big boss aku sayang aku, chinese ok. Kalau hari raya dia mesti bagi angpau, lepas la kasut n beg raya aku.

Aku kerja memang berkait dengan semua dept. dalam kilang aku. Jadi for me, aku kena baik dengan semua org. Aku jenis soft, jarang marah2 even i have a right to do that.

Tapi Zai, dia suka compain org, jadi ramai orang tak senang dengan aku. Jadi bukan salah aku.

In 2weeks duration tu, semua pujuk aku suruh stay. Xcukup face to face, personal wasap. Cakap dalam meeting. But, i still leave the company. Sebulan lebih menaggur, aku dapat kerja lain.

And, hikmah disebalik tu, scope kerja aku lebih kecil. Gaji lebih besar. Aku xperlu deal dengan customer directly. My GM and my new team very professional. Aku jarang dengar orang marah2.

Semua masalah y datang kita akan discuss baik2. I still got my OT claim after officr hour. Sabtu Ahad cuti.

Aku jarang OT sebab kerja aku jarang melambak sampai kena OT. Jadi hari2 balik sharp. Kikiki. Sebulan 3jam OT pun susah. Hahaha.

Sungguh ada hikmah disebalik apa yg dah jadi. Tapi bial orang tanya pasal company lama, aku memang bangga cerita kebaikan company lama.

Walauoun aku kejr macam nak mati, stay back malam2, weekend masuk xda gaji xda OT. Tapi the management tahu nak takle staff dia.

Aku ambil cuti, jarang potong gaji. Boss bertolal ansur. Aku ada parking sendiri dalam kilang, bukan semua org entitle ok.

Aku tinggalkan company tu bukan pasal company tu tak bagus. And aku still bangga bila bercerita pasal company lama aku.

Kesimpulan nya, for me, actually Allah tu dia bagi ujian mungkin sebab dia nak atur hidup kita lebih sempurna, lebih baik.

Apa ya g berlaku ada hikmah. Buat sahabat2 yang terasa tengah mengambil kesempatan dekat someone, please.

Stop it. You can ruin someone life. Mungkin anda sedar, separa sedar atau tidak sedar. Moga tersedar.

Pada aku, kalau nak hidup senang sendiri dan pijak orang lain, kau cuma perlu campak hati kau dalam tong sampah.