Isteri yg ak syg, kini malu dgn aku. Tiba2, hina aku bisu, memalukn masyrakat. Aku terkejut bila ank cuba tegur, tp dipukulnya pula.

Foto sekadar hiasan. Luahan Si Bisu. Assalamualaikum WBT. Aku suami, seorang ayah kepada seorang puteri yang comel. Melihat tajuk yang ku berikan, pasti anda semua tahu.

Ya, aku seorang bisu. Aku meminati pernulisan dan membaca. Ini mungkin kerana itu sahaja yang aku boleh lakukan.

Aku bekerja biasa, ada business pengangkutan dan sewa kereta. alhamdulillah aku mampu memberikan segala kelengkapan kepada isteri dan anak.

Isteri bekerja sebagai jururawat. Anakku berumur 5 tahun dan cukup rapat denganku kerana isteri bekerja shift.

Isteriku, Mia, sebenarnya dahulu seorang yang cukup baik sifat. Aku nikahinya 7 tahun lepas walaupun ditentang hebat oleh semua orang. Mia berjanji akan bersama denganku susah senang.

Jarak umurnya denganku 6 tahun. Kerana minatnya, aku membayar segala yuran pelajaran semasa dia masih belajar.

Aku support dan cukup berikan galakan kepada Mia untuk menjadi seorang jururawat yang berjaya.

Rezeki Mia, dia dapat tawaran biasiswa oleh hospitalnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Sebagai suami, aku cukup bangga.

Walaupun aku tidak boleh bercakap dan meluahkan bertapa beruntungnya aku mendapat isteri bukan sekadar cantik, malah cukup bijak. Aku tidak langsung mengambil duit gajinya kerana itu adalah haknya.

Aku belikan rumah untuknya sebagai hadiah kebanggaan aku. Setiap hari tidak lupa untukku menulis nota cinta kepadanya sebelum aku ke tempat kerja.

Itulah tanda yang aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang romantik walaupun tanpa ada suara.

Malang tidak berbau, perniagaan aku sedikit jatuh. Kerana itu aku banyak habiskan masa dirumah bersama puteriku.

Mia, pada mulanya ok, tetapi mungkin kerana rasa tidak senang kerana aku banyak duduk dirumah, Mia mula bersuara mengatakan dia malu kepada masyarakat kerana suami hanya tinggal di rumah tanpa ada kerja apa-apa.

Aku kerap beritahunya yang aku masih ada income. Cuma.. tidak selebat dulu. Company aku hanya beroperasi dirumah kerana ingin jimatkan bajet.

Ini menyebabkan Mia semakin marah kerana rasa tiada privacy apabila client aku datang bertanyakan hal sewa lori atau van.

Aku cuba memahaminya dan kerap berjumpa dengan client diluar. Tapi Mia tetap dingin dengan aku.

2 bulan lepas, buat pertama kalinya Mia meninggi suara, Mia mngutukku si bisu, dah lah tak boleh bercakap, tak boleh cari duit lagi. Aku terpempam. Anak aku mendengar dan cuba menegur ibunya.

Ibunya dengan tiba-tiba memukolnya dan ini menyebabkan sedikit pntengkaran. Kerana tidak tahan semua ni, aku bawa anakku dan tinggal di hotel.

Di hotel, kami sama-sama menangis. Anakku sudah trauuma tidak mahu kembali kerumah tersebut.

Aku cuba kembali ke rumah, tapi apa yang aku lihat keluarga mertuaku sudah berkampung disana. Mereka memarahi aku dan mengugut untuk membawa puteriku pergi.

Mereka menghalauku kerana rumah itu adalah atas nama isteri yang dibeli olehku sebagai hadiah untuknya.

Sukar untuk aku cuba terangkan kerana aku tidak boleh bercakap. Waktu itu baru aku tahu bertapa jijiiknya mereka melihatku.

Isteriku yang sudah berjaya juga telah meminggirku kerana aku sedang susah dan cacat.

Kini, walaupun perniagaan aku sudah pulih, aku nekad untuk berpisah kerana masih teringat kez4liman mereka kepada aku.

Tetapi aku takut puteriku akan dituntut oleh Mia sekiranya aku nekad berpisah.

Para netizen sekalian, aku tiada sesiapa didunia ini. Aku hanya ada puteri. Aku perlukan nasihat dari semua, adakah Mia akan dapat hak perjagaan anak sekiranya kami berpisah? Bagaimana perlu aku membuktikan yang aku mampu untuk menjaganya?

Mia sekarang masih merengek untuk kembali kepadaku. Tetapi hati aku cukup terluka. Mungkin netizen akan ketawa melihat bertapa rapuhnya hati aku sebagai lelaki.

Aku lemah bukan? Tetapi perkataan yang dikeluar oleh mulutnya telah mencalar seluruh hati aku.

Mia yang dulu kutatang, manja, sering memberiku ketenangan, rupanya hanya menggunakan aku sewaktu dia tiada apa-apa.

Alhamdulillah bisnes aku begitu “menjadi” sekarang. Tapi aku perlukan puteri untuk sama-sama teruskan hidup dan aku tidak mahu puteri menjadi seperti ibunya apabila dewasa kelak.

Aku perlukan nasihat… tolonglah aku.