Semua geli tgk bdn aku byk bulu dan berkumis. Satu hr ak tidur dgn kwn pmpuan, semua brkemban tp aku..

Gambar sekadar hiasan.Assalamualaikum all. Aku tulis ni dengan penuh emosi; bear with me. Sorry lah kalau ada yang rasa benda ni to personal. Tapi dah nama pun confession. This isn’t something yang aku boleh confide dekat just anyone.

Also, I hope in a way it brings awareness.

Aku baru balik dari majlis nikah best friend aku masa menulis ni; sumpah aku jeles. Oh ye, aku perempuan. Umur 29. Andalusia dah ni hihi. Kerja gomen. Peminat ramai; tapi single sampai sekarang.

Sebab aku tak confident nak kahwin.

Jeles tengok orang kahwin, ada pasangan. Tapi aku takut betul nak kahwin. Sebab aku rasa kesian dengan bakal suami aku. Nanti diorang ingat diorang kahwin dengan jelmaan pondan

Sebab aku ada masalah hirsutism – bulu badan berlebihan. Based on readings, it is caused by excessive testosterone. Hmm. Nak jumpa doktor pun aku malu, apatah lagi nak kahwin.

So aku decide takyah lah kahwin. Tapi sedih betul hati bila buat decision macamtu. Walaupun aku okay je single sampai sekarang, in future tak tahu lagi. Sekarang ni ada mak lagi, yang boleh aku jaga, boleh aku teman. Dan mak juga yang teman aku.

Tapi bila mak aku dah takde nanti? Sorang2 je lah ye aku? Kalau aku panjang umur, hidup sampai dah tua kerepot, siapa lah nak jaga aku kan? Masalah hirsutism aku ni annoying gila.

Bayangkan, kalau nak shave kaki tu, aku kena shave dari bawah pinggang sampai ke jari. Punya lah berbulu dah macam kaki jantan. Kaki jantan pun ada yang lagi smooth daripada aku. Jeles betul tengok. Penat weh. Lenguh2 pinggang nak shave licin. Tapi bertahan sehari je. Esoknya dah naik stubbles, dah tak smooth.

Gatal pula tu. Sebab tu aku benci shave kaki aku. Nak shave hari2 memang tak larat lah. Mau lama2 bongkok kekal aku. Pastu pinggang ke atas pun bukannya hairless. Berbulu juga. Bawah pusat pun ada garisan bulu. Kalau kahwin, pastu laki aku nampak mau kena cerrai malam pertama haha.

Malu gila. Misai pun aku ada, facial hair pun ada. Sideburn ada. Yang aku tak miss untuk shave hanyalah ketiak dan down there sebab small areas and kinda tak selesa kalau nak biar tak trim . Cuma the rest of my body, I’m fine with it. I’m fine with my hairy legs, hairy back, hairy stomach.

Hairy body overall, a mix of coarse and fine hairs. Tapi rasa lega betul kalau tak memerlukan shaving. Jangan kata dengan lelaki, dengan kawan2 perempuan pun aku malu.

Bila sleepover orang lain relax je berkemban keluar bathroom, aku keluar siap pakai baju dah. Diorang tido pakai baju kelawar, aku kena pakai seluar sebab maluuuu. Waxing pun aku pernah try dah; sakit gila pastu sama je. 2-3 hari je licin, pastu naik stubbles, ingrown hair bagai. Lagi laa sakit. Insaf terus. Sekali tu je aku wax.

Laser – tak mampu. Bila pergi buat consultation, all the areas yang aku nak laser total dia dalam RM20k for 6 sessions.

Dan lepas 6 sessions tu mungkin tumbuh balik, mungkin tak. But there’s no gurantee. Kalau tumbuh lagi? Mana nak cari lagi 20k? The first 20k pun tak tahu nak cari kat mana.Kadang2 terfikir, kenapalah Allah cipta aku sebegini rupa.

Selalu dengar, with clothings memang orang ada puji aku lawa lah apa bagai. If only they knew what’s underneath, mau diorang jadi penyokong teori manusia beruk Darwin.

Dah berbulu camni, takkan lah ada lelaki sanggup hadap kan? Aku pun tak tahu kenapa ada stigma geli kat bulu badan perempuan. Setakat aku belajar sains, bulu lelaki dengan perempuan sama je komponen dia.

Tapi kenapa kat perempuan, bulu dikira menggelikan and kotor sedangkan kat lelaki tak pun? Sedih kan? Rakan2 andalusia yang lain tolong bagi tips cemana nak hidup happy sorang2. Aku tahu takde lelaki yang mampu hadap bulu2 aku ni.

Kalau dia nak keluar duit bawa pi laser aci juga. Ni setakat complain geli je memang tak lah. Lagi sadis kalau dia tinggalkan aku untuk perempuan lain yang lebih sempurna kejadiannya. Sedih juga hati ni bila memikirkan takkan kahwin tapi nak buat cemana kan?

Aku selalu imagine I could be a good wife, bangun pagi2 buta setiap hari masak untuk suami, siapkan anak2 pastu pergi kerja. Rasa hebat betul kalau mampu jadi isteri & ibu and still keep my job. Tapi takde nasib kot nak hidup camtu.

Haih semoga Allah padamkan lah cita-cita aku yang takkan tercapai tu. Kurang2 takdelah kecewa mengharap. Huhuhu, Sekian,

– Andar2 (Bukan nama sebenar)