Ak diejek gelojoh sbb dpt anak awal, masa study plk tu. 2 kali aku mengandung ketika belajar. Tergamak mak ckp mcm tu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Nama aku Zie. Umur 28 tahun. Aku kahwin awal. Dapat anak pun awal. Alhamdulillah.

Tu rezeki aku. Aku kahwin masa belajar. Belum habis degree, aku dah ada dua orang anak. Kawan-kawan aku ejek cakap, aku gelojoh sangat. Berahi kata mereka.

Aku tak tau kalau dapat anak awal sebelum habis belajar tu maksudnya gelojoh. Jadi kalau aku m4ti awal, tu pun namanya aku gelojoh juga ke nak jumpa malaikat m4ut? Baru aku tahu.

Aku sepatutnya habiskan apa yang aku belajar dalam tempoh 4 tahun. Tapi jadi lebih lama sebab banyak rehat atas sebab yang sangat-sangat tidak dapat dielakkan dan atas saranan pensyarah.

Habis belajar, aku bincang dengan suami aku tak mahu bekerja. Kami berkira-kira, untung atau tidak sekiranya aku bekerja. Tapi keyakinan suami pada rezeki Allah sangat luar biasa.

Dia kata, ‘isteri ni amanah Allah untuk dia jaga. Urusan nafkah keluarga tanggungjawab dia. Urusan asuhan dan didikan anak, tanggungjawab isteri.

Kelak nanti Allah akan tanya tentang tanggungan kita di dunia untuk dijawab di akhirat. Yakin pada Allah, ya sayang. Duit mak, nanti dia kirimkan tiap bulan’. Aku tersentuh hati.

Maka setelah itu, disebabkan aku hanya duduk rumah, ramailah yang sedara mara, jiran-jiran berkata. ‘Belajar lama-lama, tinggi-tinggi, untuk duduk rumah je?’

‘Perempuan sekarang belajar untuk kahwin jeee keeee?’ ‘Duduk rumah senangla kan? Rehat-rehat je’. Asal jumpa orang kampung, itulah soalannya kat aku.

Anak-anak bawa banyak rezeki kat kami. Anak pertama, suami aku dapat kerja dan gaji yang tak terjangka. Anak kedua, suami beli kereta dan hadiahkan kereta kedua untuk aku.

Anak ketiga, kami miliki rumah pertama kami diusia suami hujung 20-an. Anak keempat? Tiga dulu. ‘Nikmat Tuhan yang mana mahu kamu dustakan?’

Tapi orang lain menilai, rezeki itu hanya pada duit saja. Mak aku sendiri kata, bahagia dia hanya pada duit.

Yelah, mungkin bila jiran-jiran datang bercerita kat mak, minggu ni anak Senah bawa berjalan ke Langkawi, anak Tijah belikan maknya beg Sembonia, anak Leha bawa mak Leha pergi umrah, dll, mak aku teringin.

Aku tanya, ‘Mak, Zie belum mampu nak kasi mak duit banyak-banyak. Tapi anak cucu-cucu mak datang tiap minggu, kadang-kadang kita berjalan, kita makan sedap-sedap, itu bukan sebahagian perkara yang bahagia ke untuk mak?’. Mak aku hanya senyap.

Itulah permulaan aku merasai dipresi. Untuk memenuhi kepuasan hati mak dan penuhi kepuasan hati orang lain serta aku mula membanding-bandingkan kehidupan aku dengan orang lain yang lebih berduit. Dan sesungguhnya mak sememangnya layak untuk merasai itu.

Merasai penat lelah aku dan hasilnya untuk membalasi jasanya. Aku takkan mampu membalas tiap titik susu mak, penat lelah dia membesarkan aku. Cumanya aku harap mak bersabar.

Hari ni aku belajar dengan suami, betulkan al-Fatihah, makhraj huruf hijaiyah, bacaan al-Quran agar aku dapat sedeqahkan al-Fatihah tiap lepas solat dan doa dengan bacaan yang betul buat mak ayah.

Aku dan suami tengah kumpul duit ni. Nak bawa mak jalan-jalan dekat-dekat, siapkan bilik mak kat rumah baru kalau-kalau mak skit, biar aku jaga, belikan kelengkapan untuk raya nanti, dll.

Point aku kat sini ialah kadang-kadang kita perkecilkan rezeki orang yang belajar tinggi-tinggi, tapi kerjanya hanya jual burger, berniaga kerepek, duduk rumah jaga anak.

Tapi kenapa perasaan orang yang lambat dikurniakan anak dan orang lambat bertemu jodoh, rata-rata kita ramai mampu faham? Tak berani perkecilkan sebab nak jaga hati.

Padahal, pedihnya sama sahaja. Bukankah semua itu berbaliknya pada rezeki dan aturan takdir Allah?

Suami aku pernah pujuk aku. (Pujuk aku sebab dia nampak aku tertekan jaga anak sambil berbisnes atas talian.)

Katanya, “Yang..ada orang banyak masa, tapi anaknya tiada, jadi mereka sunyi. Ada orang ramai anak, masanya tiada kerana sibuk didik anak dan berkerja untuk cari nafkah.

Ada orang ramai anak tapi banyak masa sebab ada pengasuh diupah untuk jaga anak tapi anak-anak tak dapat rasa air tangan ibuayaah sepenuh masa macam kita.

Jangan sedih-sedih, yang. Yakin pada Allah. Allah sayang kita. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.”

Habib Tohhir Muhammad Al-Haddar pernah berpesan, risau pada rezeki menandakan lemahnya iman seseorang. Apa yang kita risaukan, kita akan diuji. Itu saje luahan aku.

Doakan aku dapat sentiasa berfikiran positif ya semua. Moga-moga kita semua lebih yakin pada Allah Ar Razaq. Bukan manusia, bukan sijil, bukan duit. Amin