Kluarga ak mmg xletak hantaran tp pada la nak kahwin dgn d0ktor tp hantaran dan mas kahwin nak bg RM2k je. D0ktor bakhil

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Terima kasih admin sekiranya konfesi ini disiarkan. Straight to the point, lelaki yang jenis berkira bab hantaran ni ada juga.

Kalau yang tak mampu tu takpa la. Takda hantaran pun takpa. Ni yang jenis taik idung masin macam k3s adik aku nak kahwin dengan dktor tapi hantaran nak bagi 2k je.

Katanya nak ikut sunnah mahar rendah. Oh ya famili kitorang hantaran tu sekali dengan mahar. Maknanya duit hantaran tu la mahar. Ya aku tau kau nak ikut sunnah. Tapi kau kena consider juga benda lain.

Kalau k3s kau nak ikut sunnah, nabi dulu nikah dengan siti khadijah mahar dah 500 dirham. Zaman sekarang takkan kau nak expect bagi rm500 juga.

Ni zaman moden bukan zaman logam. Agak2 500 dirham tu dah jadi rm berapa zaman sekarang? Maknya 50k takpun 500k. Alahai.

Kitorang bukannya kjam sgt nk letak sampai 50k. Kami masih sedar diri. Ayah aku pun tak pernah nk letak nilai berapa2 tapi agak2 la 2k je tambahan kau doktor, kau mampu…

Even lelaki aku yang kerja biasa2 je lagi tinggi dia bagi. Kalau kau sayang sangat duit tak payah nikah. Ikut sunnah konon. Cakap je kau tu kedekut habis cerita. Dengan isteri pun nak berkira. Lastnya adik aku tak jadi kahwin.

Ya adik aku tak jadi kahwin sebab duit hantaran. Lelaki tu cakap dia hanya boleh bagi setakat 2k sebab lepas kahwin lagi banyak nak guna. Ayah aku dah tau camtu memang tak kasi la. Nampak sangat kedekutnya. Nanti dah nikah makan dalam adik aku.

Kadang ayah ni dia bukan nak sangat letak tinggi oi. Dia pun lelaki dan tahu tanggungjawab orang lelaki camna lepas kahwin. Dia just nak tengok lelaki yang dia nak serah anak dia nanti camna. Bersungguh ke tak, berkira ke tak, beradab ke tak.

Sentuh bab adab ni satu hal bila si lelaki nampak sangat tak hormat ayah aku. Siap cakap kalau takleh terima hantaran yang dia tetapkan dia akan undur diri. Aduhai aku rasa nak kakikan je spesis camni.

Datang rumah orang masuk pintu belakang. Siap cakap camtu dia ingat kami ni apa? Jangan sebab eager nak buang adat (ikut sunnah), kita turut membuang adab. Sedangkan adab (akhlak) nabi la yang patut kita contohi.

Adat tu selagi tak bertentangan dengan islam hukum dia harus ikut dengan syarat tak menyusahkan. Hormat la sikit mak ayah perempuan. Jangan asyik nak tunjuk pandai kita je. Macam kita sorang tahu hukum hakam. Adab dah kelaut.

Aku cuma nak nasihat pada lelaki. Ada perempuan jenis tak letak nilai dan serahkan pada kau untuk tentukan tapi itu bukanlah tiket untuk kau bagi sesuka hati.

Banyak yang kau kena consider especially perasaan mak ayah perempuan. Yes ni penting sebab tu anak dia and soon mereka akan jadi mak ayah kau juga. Jadi janganlah kedekut sangat nak bagi banyak sikit.

Anggap itu sedekah kau buat bakal isteri and family dia. Satu lagi kau kena tengok jugak ‘urf. ‘Urf ni adat kebiasaan. Contohnya kakak2 dia sebelum ni mahar berapa. Bukan kau main letak suka hati je. Nak ikut sunnah tu dah bagus tapi mengaji biar habis.

Ok maaf kalau aku bebel panjang. Aku cakap pun sebab ramai tak tahu. Bila buka bab hantaran ni jalan sebaiknya adalah bersederhana. Ni kan cara yang dianjur islam. Jangan terlalu rendah and jangan terlalu tinggi.

Kalau kau tak mampu takpa nak bagi rendah. Yang tu aku tak hangin. Ni yang berkemampuan tapi sengaja buat tak mampu. Sebab apa aku cakap camni? sebab boleh jadi fitnah. Ya fitnah. Kau pun tahu mulut manusia zaman sekarang kan.

Sebaiknya elak daripada orang bercakap tentang kita. Nanti ada yang tanya ni lelaki kerja apa? Apsal rendah sangat? Ke ada nak tutup apa2? Sudah.

Habisnya maruah pengantin pula jadi persoalan. So sebaiknya bersederhana, nak ikut sunnah pun jangan sampai undang fitnah.

Ok balik kisah adik aku tadi memang dia sedih tak jadi nikah tapi nak buat camna. Ayah aku memang takkan serah anak dia kat lelaki camtu. Kisah ni dah setahun berlalu.

Adik aku pun dah move on and sekarang dia tengah struggle habiskan master dia. Aku doakan one day dia akan jumpa dengan lelaki yang tepat and aku juga doakan lelaki tu jumpa dengan perempuan yang sanggup terima hantaran bakhil dia tu.