Abg brcinta dgn A tp kene kawin dgn adik A plk. Dah 3 tahun kawin 1 kmpg kenal kak ipar brbanding dgn kmi sekeluarga

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum. First sekali, terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku. Oh ya, nama aku Ani.

Berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Aku bukan nak cerita pasal diri aku, tapi pasal kakak ipar sulung aku. Harap korang boleh ambil iktibar daripada cerita ni. Untuk pengetahuan korang.

Abang sulung aku aku bertunang dengan Si A, tapi mungkin jodoh tak ada, Si A minta pvtus tanpa pengetahuan ibu bapa Si A.

Bila ibu bapa Si A ni dapat tahu, ibu bapa Si A ni tak setuju dengan keputusan anak diorang sebab diorang sayangkan abang aku. Aku bukan nak puji ke apa, tapi abang aku ni memang baik, hormat orang tua, dengan adik-adik tak pernah kedekut.

Berbalik pada kisah tadi, Si A tetap nak putus jugak, jadi mak ayah Si A ni punya sayang dekat abang aku, minta abang aku berkahwin dengan adik Si A ni, aku namakan Kak Ain yang dah jadi kakak ipar aku. Abang aku cuma menurut sahaja, lagi pun mak ayah aku pun cakap benda sama.

Tak salah nak tukar tikar bak kata orang tua-tua. Jadinya abang aku dengan kakak ipar aku ni berkahwin tanpa rasa cinta kecuali rasa hormat kepada mak ayah masing-masing.

Setahun lepas kawin, dapatlah anak pertama. Tiga tahun kemudian, dapat anak kedua. Lelaki dan perempuan. Kira sepasang la anak abang aku.

Semua comel-comel je. Lepas bersalin, kakak ipar aku berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak.

Kakak ipar aku tak nak mak ayah yg jaga sebab kak ipar aku pernah cakap, bukan dia tak percaya, tapi tak nak susahkan mak ayah, cukuplah mak ayah besarkan anak-anak, takkan cucu pun nak kena jaga juga… Tabik spring betul dengan kakak ipar aku punya pemikiran.

Oh ye, abang aku kerja bukan bergaji bulanan. Hanya kerja sebagai pekebun. Ada hasil, ada la rezekinya.

Tapi, setakat yang aku tengok, rezeki abang aku sentiasa murah, tak pernah putus rezeki. Abang aku selalu cakap, ni rezeki anak-anaknya.

Bila anak-anak abang aku dah bersekolah, kakak ipar aku mula nak cari duit sendiri. Nak bantu abang aku katanya.

Jadi, kakak ipar aku pun berniaga sayur-sayuran kampung di pasar pagi. Hasil jualan tu semua adalah daripada hasil kebun abang aku sendiri.

Pagi-pagi lepas subuh, kakak ipar aku dah keluar berniaga, naik motosikal, dengan tong sayurnya di belakang.

Tengah hari, kakak ipar aku balik daripada berniaga, uruskan hal di rumah macam masak, kemas rumah. Bila petang, keluar cari barang untuk jualan esok. Pokoknya, setiasa sibuk la kakak ipar aku ni.

Ada satu hari tu, abang aku kemlangan, kaki ptah, tak dapat nak cari rezeki dalam sebulan jugak la. So, kakak ipar aku yang ambil alih tugas abang aku, jual sayur-sayurannya. Beruntung abang aku dapat kakak ipar yang baik macam kak Ain.

Dah la Kak Ain ni tak suka bermake up. Rimas katanya. Unik betul kak ipar aku ni. Sedangkan aku, nak pergi kedai depan rumah pun kena make up juga sikit, sebab kalau keluar dari rumah dengan muka yang tak bermake up hatta secalit bedak, mesti tak selesa.

Sampai mak ayah aku pun pernah puji kakak aku, cakap kakak ipar aku ni susah nak dapat, mana nak cari perempuan yang sanggup jual sayur-sayuran kampung ni, bawa dengan moto, kalau perempuan lain, mesti malu. Itu yang mak ayah aku cakap.

Lagi satu, kakak ipar aku ni pandai bawa diri. Bayangkan dia baru 3 tahun berkahwin dan menetap di kampung, dia dah kenal semua orang kampung sedangkan mak ayah aku pun tak berapa nak kenal sangat. Sekarang dah lebih 10 tahun menetap, memang dah kenal sangat la.

Lepastu, pantang ada jemputan kenduri, mesti kakak ipar aku pergi, sebab katanya nak kenal dengan orang kampung. Subhanallah, kadang-kadang segan juga dengan kakak ipar aku ni.

Kalau pergi mana-mana, mesti orang kampung kenal kakak ipar aku. Ramai yang puji. Mak ayah aku pun apa lagi, bangga la.

Kadang-kadang tu aku rasa, betul la. Jodoh kita ni cerminan diri kita. Abang aku ni baik, murah dengan senyuman, susah nak tengok dia marah. Alhamdulillah, dapat pula bidadari yang baik dan boleh dijadikan kebanggaan.

Walaupun hidup dalam kekurangan, tapi Kak Ain tak pernah mengungkit. Beruntung abang aku dapat Kak Ain.

Beruntung juga mak ayah aku dapat menantu macam Kak Ain dan tak lupa juga, beruntung mak ayah Kak Ain ada anak perempuan yang boleh dikatakan berjaya dididik dengan sempurna.

Mengenai ex tunang abang long, Si A, sampai sekarang masih belum bertemu jodoh. Mungkin Allah sedang mengujinya.

Selepas abang long berkahwin dengan Kak Ain, hubungan abang long, Kak Ain dengan Si A berjalan seperti biasa. Yela, si A dengan Kak Ain kan adik beradik.

Takkan kerana seorang lelaki,nak bermusohan. Lagi pun, air dicncang tak akan pvtus kan? Mungkin masa Si A pvtuskan, dia dah tak ada rasa dekat abang long.

Betul la cakap orang kan, jodoh tu rahsia Allah. Siapa sangka, bercinta dengan orang lain, tapi berkahwin dengan orang lain.

Abang long dan Kak Ain masih melayan Si A dengan baik. Kadang-kadang bila Si A datang ke rumah abang long, mereka akan makan beramai-ramai.

Si A pun layan anak-anak abang long dengan baik. Cuma masa mula-mula dulu, Si A seolah-olah cuba mengapi-apikan rumahtangga abang long.

Contoh, Si A akan cakap, “Kau kerja buat apa la Ain? Dah la kerja jual sayur je. Buat malu je. ” Tapi, Kak Ain tak cepat melatah, Kak Ain akan menjawab juga. Ayat Kak Ain boleh tahan pedasnya. Mungkin sebab diorang adik beradik.

Lagi satu, Si A ni suka tag abang long bila dia selfie. Last-last abang long bl0ck Si A. Kak Ain?

Tak pernah pun nak cemburu. Kadang-kadang tu aku tanya la juga perasaan Kak Ain bila Si A ni rapat dengan abang long.

Kak Ain cakap, b0hong la kalau tak cemburu tapi, malas nak layan. Tak nak keruhkan keharmonian rumahtangga diorang.

Lagipun, Kak Ain cakap, benda dah lepas, tak elok mengungkit. Lebih baik fokus dengan apa yang ada sekarang dan fikir macam mana nak jaga keharmonian rumah tangga dan fokus kepada anak-anak.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan sedikit sebanyak hubungan Si A dengan Kak Ain dan abang long aku. Walaupun Si A pernah skitkan hati abang long, tapi kami semua dah lupakan hal tu, dan mulakan hidup baru.

Nak simpan dndam pun sampai mana kan, alih-alih akan berjumpa juga. So, better kita buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sekarang aku nak sambung lagi kebaikan Kak Ain. Abang long ni nak cakap pandai agama, tak sangat. Tapi, aku boleh nampak usaha abang long yang pentingkan ilmu agama kepada keluarganya.

Buktinya, abang aku beri izin kepada Kak Ain untuk pergi mencari guru untuk mengaji. Bukan dekat jarak Kak Ain ke tempat mengaji tu. Lebih kurang 30 minit kalau naik motosikal.

Satu yang aku puji pasal Kak Ain, dia tak pernah nak susahkan abang long. Kak Ain akan pergi mengaji sendiri, naik motosikal sendiri.

Bila abang long nak hantar, Kak Ain akan menolak, mungkin sebab Kak Ain faham situasi kerja abang long aku.

Alhamdulillah, Kak Ain dah 3 kali khatam al-Quran. Sekarang, anak-anak Kak Ain pula mengaji, yang sulung dah khatam al-Quran manakala yang bongsu baru juzuk 1.

Dari segi didikan kepada anak-anak. Abang long dan Kak Ain tak suka nak pkul anak-anak. Diorang akan nasihat elok-elok, cakap kenapa tak elok buat macam ni, kenapa mesti macam ni.

Kadang-kadang kalau anak-anak nakal, Kak Ain akan membebel je, satu part yang aku suka, Kak Ain akan bebel guna bahasa utara.

Siapa yang asal dari utara, tak kira la dari Kedah, Perlis, Penang atau Perak akan tahu cara bebelannya.

Kadang-kadang aku yang dengar pun boleh mengekek gelak. Suka betul aku dengar Kak Ain pot pet pot pet.

Dari segi hubungan dengan orang sekeliling, Kak Ain ni sangat tip top. Kadang-kadang Kak Ain tak lokek nak sedekahkan hasil jualan dia kepada orang lain.

Ada juga saudara mara yang jual hasil kebun mereka kepada Kak Ain, sedikit sebanyak boleh la membantu untuk beli lauk pauk diorang.

Kak Ain pun tak kedekut kalau ada orang yang ingin pinjam duit daripada dia, tapi bergantung juga la berapa yang nak pinjam.

Mungkin sebab kemurahan hati Kak Ain, Allah murahkan lagi rezeki Kak Ain dan abang long sekeluarga.

Semoga rumah tangga abang long sentiasa dilimpahi rahmat Allah, aamiin. Terima kasih Kak Ain sebab sudi menjadi bidadari abang long. Sayang Kak Ain sangat-sangat. Sekian, terima kasih.