Setelah 13 tahun bru sedar, diprb0d0hkn suami dan mertua. Walau suami cvrang dan sksaa sya. Sya benar2 buntu cari jln kluar

Saya pernah bercrai dengan suami kerana dia selalu pkuI saya. Tapi kami rujuk balik dalam edah sebab anak dmam panas. Anak meracau asyik panggil daddy, padahal suami langsung tak pernah jenguk kami lepas keluar rumah.

Ibu mertua dan suami p4ksa saya minum air yang mereka bawa dari berubat. Mungkin sebab itu saya senang diperbod0hkan selama 13 tahun…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Min, maaf ya saya cuma nak minta pendapat h4mba–h4mba Allah yang ada dalam facebook ni. Pendapat yang bernas.

Saya dah berkahwin dalam 13 tahun mempunyai 5 orang anak. Umur saya 34 tahun. Saya pernah bercrai dulu disebabkan suami suka pukuI, tapi dalam tempoh edah, kami rujuk semula disebabkan anak dmam panas dan selalu sebut panggil dady. Padahal daddy dia langsung tak pernah pun tengok anak lepas saya keluar dari rumah suami.

Suami saya jenis kaki enjoy, orang kata mudah terikut dan tak puas enjoy sampai lah sekarang ni. Sampailah sekarang dia masih pkuI saya lagi. Saya sanggup rujuk dan bagi peluang sebab bagi saya manusia boleh berubah tapi saya silap sangat.

Arw4h ibu dan semua family saya pernah meIarang untuk saya rujuk dengan suami dulu tapi disebabkan kedegiIan saya bagi peluang pada manusia yang saya rasa boleh berubah,

Hingga sekarang ni saay rasa menyesal sangat. Saya bagi kepercayaan pada dia tak pernah control mana dia nak pergi, main kereta ke buat kereta ke motor ke beli apa ke semua saya tak kisah.

Sampai dah berkali dia kant0i curang pun saya masih maafkan dia. Berjanji, bersumpah sampai dalam al-quran dia sanggup bersumpah tak nak buat lagi. Akhirnya berkali–kali saya juga yang dikecewakan.

Dia langsung tak bagi saya kerja, tak bagi saya berkawan saya cuma duduk rumah jaga anak dan buat kerja sebagai seorang suri rumah.

Bila saya tanya tentang duit memang tak ada je. Tapi saya sabar lagi saya cakap tak apa la janji untuk anak–anak ada.

Handphone, beg duit dia semua saya tak pernah pun check. Sampai satu hari to tegerak hati saya untuk check fon dia. Ya Allah mesej perempuan banyak sangat dan semua nama dia letak nama lelaki tapi gambar perempuan.

Saya tanya dia cakap mana tahu kalau suami dia orang nak letak muka bini dia. Entah bila fikir balik saya rasa lamanya saya dibod0h–bod0hkan sebab suami dengan mak mertua saya suka pergi bom0h.

Sedangkan diri saya pun pernah ibu mertua mandikan dengan air limau campur apa pun saya tak tahu dan ibu mertua p4ksa saya minum air dalam satu botol dia bawak dari berubat. Saya langsung tak ada kekuatan tapi sebab suami p4ksa, saya pun minum.

Sampai satu masa adik saya sendiri nampak muka saya menyeramkan. Sekarang ni, saya tak tahu nak buat macam mana lagi dgn hidup saya.

Saya dah tak ada family, arw4h mak dah meninggaI dalam 4 tahun lepas, abah pula da lama tak jumpa sebab dia dengan arw4h mak dah berpisah. Kira abah tak pernah jaga saya dari kecil.

Ibarat dia tak ada pun tak kisah sebab dah biasa tak ada. Abah langsung tak pernah ambik kisah tentang kami adik beradik dulu. Min otak saya kusut sangat tak tahu apa nak buat.

Saya tak ada duit saya tak tahu mana nak pergi, saya minta tolong dengan makcik saya tapi semua tak nak tolong saya. Adik saya nak tolong tapi isteri dia pula cakap suruh saya bersabar demi anak–anak.

Isteri adik suruh saya redha dengan hidup saya tapi siapa tahan kalau suami kaki pukuI, enjoy, seumur perkahwinan kami suami tak pernah pun jadi imam saya dalam solat. Puasa jauh sekali tapi bila bab s3ks laju.

Kali ni saya betul–betul berubah hati sebab saya terjumpa gambar dia dengan perempuan, mesej Iucah semua pasal main bersama, pic dalam hotel tapi pic tu gelap. tapi memang dalam hotel.

Dia pernah kena sipIis, tapi dia cakap tu Iuka terkena zip seluar. Bila kami bersama, saya rasa gatal sangat sampai saya pergi hospitaI. Ya Allah masa tu saya langsung tak syak apa–apa.

Bod0hnya saya, kenapa Allah tunjuk bagi kesedaran pada saya lambat sangat. Sudah 13 tahun baru saya sedar semua ni. Kalau saya pergi macam mana dengan anak–anak saya?

Saya tak ada tempat timggal, saya tak ada kerja, semua masih bersekolah yang kecik baru je nak masuk pra sekolah..

Saya tak ada duit, saya tak ada kawan, mana saya pergi semua dengan suami dan anak-anak je.

Lebih banyak duduk rumah dari berjalan sebab suami memang tak pernah bawak saya pergi holiday mana–mana pun. Saya tahu kewangan dia tak cukup tapi untuk enjoy untuk perempuan semua cukup.

Saya nak pergi perjabat agama pun guna duit, nak keluar pun susah dia tak bagi. Saya tak boleh drive kereta, semua suami tak bagi. Jadi mana saya nak pergi??

Saya perlu kerja cari duit utk selesaikan masalah ni supaya saya boleh tuntut fasak. Tapi saya tak tahu mana nak keje nak duduk sebab saya memang tak ada duit, barang kemas semua habis suami gadai.

Saya harap sangat min dan sahabat–sahabat dalam FB ni dapat bagi pendapat yang bernas untuk saya. Terima kasih min. Hanya Allah je dapat baIas jasa anda semua.